Skip to main content

PENGALAMAN MAHAL

Assalamualaikum & Hello !

Alhamdulillah, masih mampu bernafas dan jari jemari diberi kekuatan untuk menaip seterusnya mengisi ruang kekosongan blog yang sudah lama sunyi sepi. (hehehe) Kawan-kawan blogger pun dah banyak hilang. Hanya tinggal beberapa orang saja yang masih dilihat perkembangan hidupnya melalui instagram. Sebelum bulan April 2017 melabuhkan tirainya, 'baju' blog pun sudah ditukar kepada 'templete' yang lebih santai dan kelihatan sedikit 'matang'. Matang kerr?? (hahaha)

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..sepanjang blog ini sunyi sepi tanpa sebarang 'post' terkini, lebih kurang 3 tahun rasanya, kan? Sepanjang tempoh itu, disebabkan komitmen kerja yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak, diri ini tidak dapat 'memanjakan' jari jemari untuk mengarang sesuatu di dalam blog. Domain pun 'expired'. TETAPI, sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, terlalu banyak pengalaman berharga yang ditempuhi.

RAGAM MANUSIA. Pengalaman berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dari peringkat umur kanak-kanak sehinggalah dewasa, ianya sangat memberi impak yang sangat besar dalam hidup. Untuk bercerita lebih terperinci berkaitan ragam manusia ni, memerlukan masa untuk mengatur ayat-ayat supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Betul, kan? Ragam kanak-kanak antara penyumbang besar perubahan dalam hidup ini. Mereka lah yang banyak mengajar, mendidik, dan mengubah hati yang 'keras' menjadi lembut, jiwa yang 'amarah' menjadi penyabar, nilai diri yang 'kosong' menjadi lebih 'berisi' dan selalu menjadi pengkritik utama dalam setiap tingkah laku diri ini.

PENGURUSAN. Sebelum ini, hanya tahu mengurus diri sendiri sahaja. Tidak pernah sekalipun mengurus hal ehwal yang tidak berkaitan dengan diri sendiri. Apabila diberi 'mandat' untuk mengurus tadbir hal-hal pejabat dan mengurus karenah pelbagai ragam manusia yang berusia sedikit muda dari diri sendiri, ianya bukan sesuatu yang mudah. Bak kata orang, bila anda menjadi 'ketua', bersedialah untuk berhadapan dengan pelbagai risiko. Bersedialah untuk 'disisihkan' bukan bermakna disisihkan kerna tidak disukai, hanya cuma mungkin tidak mahu sebarang isu atau 'hasil buah fikiran' diketahui. Lebih selesa dikongsi bersama rakan sekerja yang lain. Namun mereka mungkin tidak tahu, jauh di sudut hati ini, sangat suka berkongsi suka duka yang 'gila-gila'. Tapi, mungkin disangka diri ini terlalu serius (hahaha).

BERSAMBUNG...

When I was just a little girl. I asked my mother
"what will I be? Will I be pretty? Will I be rich?"

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …