Skip to main content

WOMEN'S SHIRTS OUTFIT IDEAS

Women’s Shirts Outfit Ideas
Selain baju-t dan blouse, kemeja atau women’s shirts merupakan jenis tops yang paling popular dikalangan ramai wanita. Jenis pakaian ini juga sering menjadi pilihan utama bagi wanita bekerjaya yang ingin tampil bergaya ke pejabat. Mungkin koleksi t-shirt merupakan jenis pakaian yang paling digemari oleh ramai remaja, namun sejumlah bilangan wanita dewasa berpendapat bahawa pemakaian kemeja memberikan mereka keselesaan yang cukup optimum dan meningkatkan tahap keyakinan mereka. Berikut merupakan beberapa idea atau tips menggayakan koleksi kemeja atau women’s shirts;
The best combination adalah dengan menggayakan koleksi kemeja tersebut bersama jeans kegemaran anda. Ini merupakan gaya kasual yang paling ideal untuk anda tampil bergaya dan kasual ketika cuti hujung minggu.

Alternatif kedua adalah dengan menggayakan koleksi kemeja anda tersebut bersama pemakaian skirts untuk kelihatan lebih feminine. Gaya ini sesuai untuk ke pejabat atau apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis istimewa yang lain.


Mahu tampil lebih ranggi dan pada masa yang sama kelihatan classy? Padankan kemeja anda tersebut bersama sepasang seluar kulit atau leather pants seperti berikut. Anda juga boleh memakai jenis seluar lain seperti corduroy atau chino pants.

Idea yang terakhir adalah dengan hanya memakai koleksi kemeja tersebut dengan padanan seluar pendek dan juga dengan bantuan tali pinggang sebagai aksesori tambahan. Dengan syarat, koleksi kemeja tersebut haruslah cukup labuh dan berpotongan loose.

Comments

Umie Adli said…
badan kecik semuanya cantik terletak je pakaiannya

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …