Skip to main content

PROGRAM PERKADERAN CALON TENAGA PENGGERAK NEGERI SABAH 2015 (BIRO TATANEGARA)

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa !

Bulan ramadhan dan syawal sudah pun berlalu..bulan ni pula bulan kemerdekaan negara kita. Namun, ianya tidak seperti bulan kemerdekaan yang dirasai suatu ketika dulu. Tika umur zaman sekolah dulu, tak payah tunggu arahan sesiapa pun, secara automatik memang semangat dah pasang bendera Jalur Gemilang di setiap sudut segenap ruang, jalan raya pula penuh dengan kibaran Jalur Gemilang di badan-badan kenderaan. Tapi, sekarang? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Semenjak dah menyertai kursus yang dikendalikan oleh pihak Biro Tatanegara, rasa semangat cintakan negara tu lebih bertambah. Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengaku cinta dan sayangkan negara, yang mengamalkan prinsip 5 Rukun Negara seharusnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab malah turut serta menjaga keamanan negara, bukannya terpedaya dengan agenda asing yang sudah lama mahu menjatuhkan negara kita kerna tidak mahu melihat negara kita mencapai tahap negara maju. Jikalau penjuang-pejuang kemerdekaan negara kita melihat keadaan negara kita pada hari ini, pasti merasa kecewa dan sedih. Kerna apa? Kerna mereka telah bermati-matian memperjuangkan nasib negara tetapi kini, ianya seolah-olah tidak dihargai. Lihatlah di ruang media sosial, masing-masing berlagak pandai mengkritik, mengutuk, malah memaki hamun sesama sendiri seolah-olah mereka lah MAHA mengetahui semuanya.

Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai Program Perkaderan Calon Tenaga Penggerak Negeri Sabah 2015. Sebelum ni, langsung tak pernah tahu pun kewujudan program Tenaga Penggerak (TP) dalam Biro Tatanegara (BTN). Ini pun kawan yang ajak turut serta, cari maklumat dalam Google tentang program ni tapi tak jumpa-jumpa, pelik jugak sebenarnya, takkanlah tiada yang kongsi pengalaman dalam media sosial. Dipendekkan cerita, saya pun setuju lah nak ikut kursus ni walaupun 'zero-zero' sebenarnya. Sejujurnya, saya ni memang jenis tak berapa nak punya keyakinan diri yang tahap hebat, nak cakap depan orang ramai? lagilah hancur. Sedangkan dalam program GEMS dulu pun, saya antara pelatih yang tercorot dari segi pemarkahan. Sedih, kan? Memang sangat sedih :'(

Bila dah habis daftar, pada malam taklimat program, agak terkejut juga tengok peserta-peserta dari pelbagai peringkat umur, dari adik-adik yang baru habis degree sampailah otai-otai yang dah berumur 50 tahun. Ada yang kakitangan kerajaan, pelajar Master, berniaga sendiri, kerja swasta pun ada, paling teruk pun, saya lah pengasuh taska hehe. Penyelaras program kata, kursus ni kira high level sebab diorang jangka calon-calon yang turut serta adalah antara calon yang terbaik dicadangkan oleh pihak pengarah, jabatan dan pegawai. Masa tu, saya dah tercengang sebab nama bukan dicadangkan oleh siapa-siapa pun, tiba-tiba rasa macam 'down' sangat-sangat. Yala, bukan calang-calang calon yang terlibat dalam program, kau tu pengasuh taska ja kot? :'(

Sesi Wacana Minda, sesi perkongsian ceramah tentang BTN dan Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Dr.Hj. Hanafi bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Latihan). Masa sesi ni teringat kat pensyarah yang ajar subjek Komunikasi Berkesan dulu. Suka sangat dengan sesi wacana minda ni, sangat berkesan cara beliau menyampaikan ceramah, tidak membosankan malah menyeronokkan.

Sesi ice breaking pula, semua peserta 39 orang dikehendaki berkumpul membentuk bulatan besar mengikut bulan dan tahun kelahiran. Kemudian, setiap peserta perkenalkan diri menggunakan mikrofon di depan semua peserta. Masa ni, boleh lagi temberang sebab mampu buat, yala baru permulaan hehe. Selesai sesi tersebut, peserta-peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan dan bergerak ke dewan masing-masing.

Masa dalam PKPK 1 (lebih kurang macam LDK), dalam kumpulan kami ada 13 orang. Jurulatih kami namanya Tuan Shukri. Sangat tegas dan sangat berterus terang orangnya. Masa sesi perkenalkan diri, Tuan Shukri tanya, ni kenapa graduan Komunikasi Kewartawanan & Penyiaran tiba-tiba jadi pengasuh taska? Jauh sangat larinya, ke graduan komunikasi tak laku? Ya Allah, masa tu rasa malu yang teramat, depan rakan-rakan sekumpulan yang kau baru kenal tak sampai sejam pun. Nasib baik masa tu dapat kawal emosi, tarik nafas dalam-dalam kemudian explain. Jujurnya masa tu, dalam hati geram sangat-sangat, mentang-mentanglah kedudukan kita masa tu jauh berbeza, sukahati nak persoalkan orang macam tu. Tak sensitif ka apa manusia ni? Maaf ya Tuan Shukri, saya tahu mesti ada yang tengah membaca akaun-akaun sosial peserta untuk dinilai. Kemudian, ditanya kenapa nak jadi TP? Apa itu BTN? Lepas habis sesi taaruf, jurulatih pun perkenalkan diri dan latarbelakang. Rupanya sama bidang pengajian, beza universiti saja. Patutlah persoalkan sampai macam tu, tapi memang benar agak jauh tersasar dan hakikatnya agak mengecewakan untuk pencapaian seorang graduan. Okey, lupakan isu tu, maaf ya Tuan, biasalah hati tak cekal masa kena tanya soalan macam tu, sakitnya tu di sini kot hehe.

Sesi PKPK 2 pula, sesi ni best juga sebab menguji pengetahuan am negara kita. Dibagi sehelai kertas yang mengandungi istilah-istilah penting contohnya Dewan Negara, 1 Malaysia, NKRA, KPI, Perkara 3, Perkara 153 dan sebagainya. Peserta dikehendaki menjawab apa saja yang diketahui berkaitan istilah-istilah tersebut. Lepas tu, sama-sama berbincang jawapan dan ternyata tahap pengetahuan am kami secara keseluruhannya sangat teruk huhu. Jurulatih kami sangat bagus dalam menerangkan isu-isu semasa dan berkaitan negara kita. Tuan Shukri jelaskan tentang Negara Persekutuan dari A sampai Z. Kalaulah Tuan cikgu Pengajian Am masa tingkatan 6 dulu, confirm PA saya dapat A hehe. Hanya dalam masa yang singkat, Tuan dapat buat kami faham tentang Negara Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan, isu-isu serius yang berlaku dalam negara sekarang dan menaikkan semangat patriotisme peserta.

Sebelum ni, memanglah mudah cakap 'Saya Sayang Malaysia', tapi apa yang kau buat kalau sayang Malaysia? apa sumbangan kau? bukan setakat di bibir saja, setiap dari kita bertanggungjawab terhadap negara. Saya kagum dengan perwatakan dan pengetahuan jurulatih kami, beliau seorang jurulatih yang sangat berwibawa dan sentiasa bersemangat, tak suka nak ayat bunga-bunga sangat. Bila ditanya awak suka makan apa? Jawablah makan ayam saja, bukannya melalut saya suka makan ayam tapi tak suka ayam yang blablablabla. Bila kena tanya awak betul-betul nak jadi Tenaga Penggerak? Kalau tak bersedia, boleh balik. Haaa nampak tak, beliau jenis yang cakap direct to the point, tak nak buang masa. Walaupun hujung bulan ni nak nikah dah, tapi tetap bagi komitmen kerja. Walaupun masa slot ni, kumpulan lain dah mula berlatih buat aktiviti lain, tapi puas hati juga slot ni kami diberi pendedahan terperinci berkaitan BTN dan ilmu yang sangat bernilai yang tak jumpa di mana-mana pun. Terima kasih Tuan Shukri !

Sesi PKPK 3, sesi yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila hehe. Masa ni peserta berkumpul semula sebanyak 39 orang di dewan utama. Kesemua peserta dikehendaki berlakon di depan semua orang, berdasarkan 4 slaid yang mengandungi skrip-skrip berbeza mengikut gaya dan intonasi suara berbeza. Maaflah tak boleh nak kongsi skrip, tak dibenarkan. Saya bagi contoh, macam dalam kelas drama Akademi Fantasia tu, haaaa susah rupanya nak menjiwai watak tau, ingat senang nak jadi pelakon? Setiap peserta dikehendaki berlakon dengan mimik muka mengikut intonasi suara dan skrip. Bila bahagian yang memerlukan kita teriak, mesti teriaklah, bahagian yang perlu kita buat iklan, buatlah iklan, bila disuruh jadi gergasi, kena buat perwatakan gergasi lah. Dapat bayangkan tak? Rasa teruk sangat sebab dah la tak konfiden dengan rasa malu nak buat semua tu. Nak tak nak, semua kena buat. Tahu tak apa motif sesi ni? Siapa yang buat betul-betul, rasa gemuruh, rasa panik, rasa gementar berhadapan orang ramai, memang akan hilang. Saya akui, walaupun saya tak berapa nak buat 100%, tapi saya dapat mencabar diri untuk buat sesuatu yang saya rasa sebelum ni mustahil nak buat. Confident level tu tiba-tiba menaik, sebab melihat semangat peserta yang lain, kalau orang lain mampu buat, kenapa aku tak mampu nak buat? Walaupun persembahan tak sehebat peserta yang lain, sekurang-kurangnya berani mencuba,

Sesi PKPK 4 & 5, sesi Public Speaking. Sesi yang biasanya orang penakut paling takut nak buat. Hahhh saya la tu antaranya hehe. Itulah gunanya ada sesi PKPK 3, ianya berkaitan untuk membantu diri kita lebih yakin dalam menyampaikan ucapan di depan khalayak umum. Saya dapat tajuk 'Kereta Nasional'. Diberi masa 3 minit sahaja dengan pendahuluan, isi dan penutup. Saya pun tak tahu apa kejadian saya kat depan tadi hehe. Tuan Murad pun tiada komen positif untuk saya. Kalau nak jadi Tenaga Penggerak (TP), kena berani bercakap di depan khalayak ramai, kena sentiasa bersedia untuk menjadi fasilitator dan penceramah. Ingat senang nak jadi TP? Bukan senang kecuali bagi golongan yang betul-betul cintakan negara dan bukannya menjalakan tugas hanya mahukan bayaran semata-mata, TP berperanan sebagai sahabat yang menjernihkan keadaan yang keruh agar kita tidak tergolong di dalam golongan minda kelas ketiga.

Alhamdulillah dapat menamatkan program walaupun rasanya tak layak nak jadi TP. Markah lulus untuk jadi TP sangat tinggi. Pihak BTN mahukan TP yang berkualiti, yang betul-betul mahu menyumbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Sepanjang program, kami semua dinilai dari pelbagai aspek, termasuk aspek kerohanian (kedatangan ke surau), sikap, keyakinan diri, penampilan diri dan sebagainya. Bidang 'training' dan kepimpinan memang sangat seronok jika betul-betul dapat menyesuaikan diri dan mampu keluar dari kepompong diri. Dapat atau tidak, kemudian cerita, yang penting saya dapat belajar sesuatu dari program ini. Budak-budak di taska la yang banyak mendidik saya untuk jadi orang yang lebih sabar, berani bersuara di hadapan walaupun diorang budak-budak kecil, bukan senang nak kawal dan buat mereka faham tentang suatu arahan. Kau penat-penat teriak kat depan mengajar flashcard, tapi budak-budak ni berlari-lari keliling kelas. Kalau budak yang normal, bolehlah nak faham sikit, tapi budak yang ada masalah pendengaran dan autisme, memang kena banyak sabar nak kawal. Rasa-rasa macam mana korang nak kawal tanpa memarahi sebab diorang memang takkan faham pun, budak kecil kan, hehe. Itulah menjadi cabaran saya setiap hari. Apa-apa pun, bersyukur dengan apa yang dimiliki dan dijalani setiap hari, untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan tahu bersyukur, sentiasalah ingat pada mereka serba kekurangan..jangan membandingkan diri dengan mereka yang ada 'lebih'.

Sekian, terima kasih dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Salam Sehati Sejiwa !!

#NOTA KAKI: Tunggulah berbulan-bulan lagi nak update blog hehe.

Comments

ztie said…
busy cik akak aiehh hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …