Skip to main content

PENGALAMAN TEMUDUGA GURU TADIKA / PEMBANTU GURU TADIKA

Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa :)

Salam kemerdekaan, salam perpaduan, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 58. Hari ni nak berkongsi rasa tentang apa yang dirasa pagi tadi, mungkin tiada kaitan dengan anda tapi saya nak kongsi juga hehe. Setelah berhempas pulas dengan pekerjaan sekarang iaitu pengasuh berdedikasi (dedikasi ke?), sebelum berlakunya masalah nilai wang ringgit negara kita, target sebenar kerja di taska berakhir tahun ini, sebab nak capai target lain pulak. Tapi memandangkan isu-isu berkaitan nilai wang ringgit, bimbang juga bila nak berhenti kerja ni, bukan senang nak cari kerja zaman sekarang waima kerja di pasar raya sekalipun. Jadi, kena berusaha lebih la untuk cari kerja baru sebelum berhenti kerja. Gila nak berhenti kerja saat-saat genting sekarang ni, mana nak cari duit poket sendiri huhu. Ditakdirkan ternampak post di facebook tentang kekosongan jawatan sebagai guru dan pembantu guru di sebuah tadika islamik. Memang teruja la sebab suka sangat dengan tadika tu, suka dengan kurikulum tadika tu yang berasaskan islamik dan english.

Mula-mula tu, berfikir juga nak mohon ka tidak, mohon ka tidak? Sebab sedar diri banyak kekurangan dalam bab bidang agama lagi-lagi english skills huhu. Atas nasihat dan dorongan dari sahabat-sahabat tersayang, mohon la jugak berpandukan tips buat resume dari hasil carian di Google. Dulu resume 4 mukasurat, sekarang dah ringkaskan lagi jadi 2 mukasurat sahaja. Tips buat resume jangan panjang sangat, bagi ringkas tapi padat. Dipendekkan cerita, dapat panggilan pergi interview tadi pagi. Alhamdulillah principal tadika tu sangat mesra orangnya dalam telefon, kelakar juga sebab setiap hujung ayat tak jauh dengan perkataan 'bah' hehe comel kan bila saudara semenanjung cuba untuk adapt kan diri di Sabah, mereka akan berusaha bercakap style Sabahan, 'bah' tu memang tak tinggal hehe. Bukan setakat dalam perbualan di telefon, bila berjumpa face to face pun, sangat mesra orangnya, Masya Allah memang hebat pilihan Allah Taala memilih beliau menerajui tadika itu.

Masa sesi temuduga berlangsung, macam biasa perkenalkan diri dalam bahasa English. Masa ni memang kantoi sangat la kemahiran berbahasa English saya, sangat tunggang langgang huhu. Tapi, principal & guru tadika tu tak ketawa kan saya pun, diorang bagi saya dorongan untuk teruskan bercakap walaupun broken english sampai kadang-kadang diorang pun tak faham apa saya cakap hehe, tak macam pengalaman sebelum ni saya pernah ditertawakan 'disenyum sinis' kan semasa interview kerana broken english. Kantoi lagi rupanya diorang geng dengan bos tempat saya kerja sekarang haha adui2, sebab bos saya ada tadika juga tu yang diorang kenal. Siap diorang tanya lagi, ni 'bos tau tak awak apply kerja lain ni?' Memanglah tak tau hihi.

Lepas fasa perkenalkan diri, principal tu suruh baca Al-Quran. Hmm faham jugak kan bila dah nervous plus darah gemuruh, sampai tak tentu arah dibuatnya. Principal tu cakap arab pulak, suruh buka surah Toha dan ayat 168. Hahh saya dah blurr, mana ada ayat 168, diorang nak uji aku ke apa ni? Saya cakapla eh tiada la ayat 168, principal jawab hahhh macam mana boleh takda pulak?? Saya panik dah masa tu, takkan la saya salah dengar dia sebut nombor dalam arab..tau la kalau dah lama tak ulangkaji bahasa arab ni, memang berkarat dah otak huhu. Rupanya principal salah tengok rupanya dia nak sebut ayat 128, fuhhh bergegar kepala lutut. Lepas tu, baca ayat tu sampai principal cakap stop. Lepas tu, dia tanya bab Tajwid pulak. Haaaa masa ni memang dah kantoi habis. Faham tak perasaan, kau tau baca ayat Al-Quran, bila bahagian dipanjangkan, dipendekkan, didengungkan atau tak, tapi kau tak berapa nak ingat nama hukum tajwid tu, faham tak? huhu. Masa tu saya dah rasa malu sangat, rasa diri ni bodoh teramat. Ya Allah, inilah akibatnya bila ilmu tanpa amal. Allah Taala punya hak nak bagi kau ilmu apa-apa saja, tapi DIA juga berhak nak tarik semula ilmu tu dari ingatan kita sekiranya kita tak amalkan. Tajwid yang asas pun saya boleh tak ingat?? Mad Asli kot!! Ya Allah, masa tu mata dah berlinang air mata, sebab sedih sangat :'(

Balik-balik saya minta maaf cakap tak ingat, rasa teruk sangat. Rasa memalukan ustaz dan ustazah yang pernah ajar saya ilmu-ilmu tu sebelum ni, rasa macam dah mencalarkan imej sekolah tempat saya menimba ilmu dulu. Terdetik dalam hati, Ya Allah ampunkan dosa ku, jangan kau tarik ilmu-ilmu tu dari ingatanku :( Lepas tu, principal tu suruh baca surah Al-Fatihah, alhamdulillah tiada halangan, kalau lupa juga, entahlah apa nak jadi, surah yang selalu baca masa sembahyang pulak tu, kadang-kadang terlalu nervous, benda senang pun kita boleh lupa. Kemudian, sebut Rukun Islam, alhamdulillah ingat. Rukun Iman pun ingat juga walaupun masa ni dah teresak nak nangis huhu. Memang dah nangis pun, siap request lagi nak peluk principal sebab nak tenangkan diri. Saya pun tak tau kenapa boleh terkeluar ayat nak hug principal tu, mungkin sebab saya rasa selesa dengan diorang, walau sekejap tapi ukhuwah fillah tu kita dapat rasa. Principal tu pun baik jugak, dia nak juga peluk sebab faham orang tengah gementar nangis. Masa tu saya bagitau saya rindu sekolah lama saya, rindu suasana islamik, tu yang diorang faham :)

Haishh tak pernah dibuat orang masa interview..Kadang bila fikir balik, kenapa aku boleh jadi macam tu? huhu. Lepas tu, diorang suruh nyanyi lagu nasyid..nasib baiklah layan juga nasyid ni kadang-kadang hehe 'Tak perlu, aku ragui..sucinya cinta yang kau beri....' haaaa tau tak lagu nasyid apa tu? hehe. Nyanyi lagi lagu english kids song yang saya tahu, nasib baik la setiap hari nanyi kids song dengan budak-budak kat taska, tu yang hafal tu siap request lagi nak nyanyi sambil berdiri sebab nak naikkan lagi confident level. Lepas tu, disuruh lagi nyanyi lagu Alif Ba Ta..hehe Berapa kali banyak lepas tu la? haha Akhir sekali, diorang bagi sehelai kertas, suruh melukis. Lukis apa-apa saja. Saya lukis ja la kartun-kartun yang selalu lukis untuk budak taska hehe. Sambil melukis tu, diorang ajak berborak macam-macam. Diorang tanya juga, kenapa berminat nak mohon kerja di tadika tu, apa yang kamu tahu tentang tadika tu, what your expected salary, dan beberapa soalan lain lagilah, oppsss lupa, sorry ! :)

Kesimpulannya, persediaan tu sangat penting kalau nak pergi temuduga untuk apa jua jenis pekerjaan. Paling penting, jadilah diri sendiri jangan 'fake' sangat. Sila jujur, jangan sesekali menipu. Tolong kawal perasaan 'nervous', jangan sampai jadi macam situasi saya, benda senang pun boleh tak tahu nak jawab apa, sangat memalukan huhu. Pesanan bagi adik-adik yang masih muda, yang masih dalam perjalanan menimba ilmu tidak kira di sekolah menengah atau institusi pengajian tinggi, belajarlah rajin-rajin, fahami betul-betul apa yang dibelajar, kuasai bahasa english dengan sebaiknya tidak kira dalam penulisan mahupun lisan, tingkatkan lagi 'communication skills', beranikan diri untuk bersuara dalam suasana berkumpulan, banyakkan belajar untuk berani berucap di khalayak umum, sebab apa saya nasihat benda ni? Sebab saya dah nampak kesannya bila tidak menguasainya, memang akan mengalami kesukaran untuk menempuhi dunia luar, lagi-lagi dunia pekerjaan dan pergaulan dengan orang sekeliling.

Lagi satu, bila dah tamat pengajian, kalau ada rezeki lebih, berusahalah untuk ambil lesen memandu, sebab banyak manfaat bila dah pandai memandu, nak kerja pun senang, majikan pun macam senang tertarik dengan orang yang ada lesen kereta. Untuk memudahkan urusan kerja sekiranya ada hal 'urgent'. Lepas tu, kalau ada rezeki lebih juga, lepas tu macam agak sukar nak cari kerja lepas graduasi tu, berusahalah untuk kuatkan semangat sambung belajar lagi di peringkat yang lebih tinggi..jangan dilayan sangat hasutan jahat dalam diri, maksudnya malas nak belajar, nak enjoy lepas belajar. Please, jangan. Saya bercakap berdasarkan pengalaman, sekiranya berpeluang, rebut peluang yang ada. Kalau belum mampu dari segi kewangan, berusahalah kerja sambilan kumpul duit. Sebab dunia mendatang kan dek, lebih mencabar. Sekarang pun dah cukup mencabar dari aspek ekonomi, apatah lagi akan datang, betul tak? Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup, semoga kita berjaya di dunia dan akhirat, serta mampu menjadi hamba yang beriman.

#NOTA KAKI: Situasi tadi sangat 'wake up call' for me..teguran dariNYA, muhasabah diri, Semoga dapat memberi pengajaran buat kita bersama. Teruskan mencari ilmu dan mengamalkannya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …