Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

PULAU MAMUTIK, SABAH / MAMUTIK ISLAND, SABAH

sumber: Google Image
Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa ! Hari ini 31 Ogos 2015 genaplah 58 tahun kita menyambut Hari Kebangsaan negara tercinta, Malaysia ku cemerlang, gemilang dan terbilang. Kelmarin, menghabiskan waktu rehat hujung minggu bersama sahabat baik dari bangku sekolah ke Pulau Mamutik. Bagi mereka yang pertama kali nak jejak kaki ke Sabah, khususnya ke Kota Kinabalu dan merancang nak pergi ke pulau-pulau, Pulau Mamutik antara salah satu pulau yang selalu dikunjungi pelancong. Pulau Mamutik termasuk di dalam Taman Tunku Abdul Rahman, selain itu terdapat pulau-pulau lain yang turut menjadi tumpuan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Setakat ni saya dah pergi Pulau Manukan dan Pulau Mamutik saja. Pulau Manukan dah banyak kali pergi sebab keluasan Pulau Manukan lagi besar berbanding yang lain. Nak tau kedudukan pulau-pulau tu? Boleh rujuk gambar peta di atas.
sumber: Mamutik Island of Sabah
Maaf lah tak banyak sangat gambar pemandangan Pulau Mamu…

PENGALAMAN TEMUDUGA GURU TADIKA / PEMBANTU GURU TADIKA

Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa :)
Salam kemerdekaan, salam perpaduan, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 58. Hari ni nak berkongsi rasa tentang apa yang dirasa pagi tadi, mungkin tiada kaitan dengan anda tapi saya nak kongsi juga hehe. Setelah berhempas pulas dengan pekerjaan sekarang iaitu pengasuh berdedikasi (dedikasi ke?), sebelum berlakunya masalah nilai wang ringgit negara kita, target sebenar kerja di taska berakhir tahun ini, sebab nak capai target lain pulak. Tapi memandangkan isu-isu berkaitan nilai wang ringgit, bimbang juga bila nak berhenti kerja ni, bukan senang nak cari kerja zaman sekarang waima kerja di pasar raya sekalipun. Jadi, kena berusaha lebih la untuk cari kerja baru sebelum berhenti kerja. Gila nak berhenti kerja saat-saat genting sekarang ni, mana nak cari duit poket sendiri huhu. Ditakdirkan ternampak post di facebook tentang kekosongan jawatan sebagai guru dan pembantu guru di sebuah tadika islamik. Memang teruja la sebab suka sangat den…

PROGRAM PERKADERAN CALON TENAGA PENGGERAK NEGERI SABAH 2015 (BIRO TATANEGARA)

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa !
Bulan ramadhan dan syawal sudah pun berlalu..bulan ni pula bulan kemerdekaan negara kita. Namun, ianya tidak seperti bulan kemerdekaan yang dirasai suatu ketika dulu. Tika umur zaman sekolah dulu, tak payah tunggu arahan sesiapa pun, secara automatik memang semangat dah pasang bendera Jalur Gemilang di setiap sudut segenap ruang, jalan raya pula penuh dengan kibaran Jalur Gemilang di badan-badan kenderaan. Tapi, sekarang? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.
Semenjak dah menyertai kursus yang dikendalikan oleh pihak Biro Tatanegara, rasa semangat cintakan negara tu lebih bertambah. Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengaku cinta dan sayangkan negara, yang mengamalkan prinsip 5 Rukun Negara seharusnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab malah turut serta menjaga keamanan negara, bukannya terpedaya dengan agenda asing yang sudah lama mahu menjatuhkan negara kita kerna tidak mahu melihat negara kita mencapai tahap negara maju. Jikalau penjua…