Skip to main content

ZALORA MENIPU LAGI? ISU BARANG ROSAK DAN CUSTOMER SERVICE ZALORA

Assalamualaikum dan hello my readers,

ZALORA PENIPU? Zalora menipu lagi? Dah 2015 pun masih menipu ke? Tak serik-serik lagi dengan isu Zalora menipu pelanggan sekitar tahun 2012? Masa tu, agak ramai aduan pelanggan yang membeli di Zalora mengatakan Zalora menipu mereka. Kalau tak percaya, boleh google dengan keyword Zalora Penipu, memang akan banyak entri-entri blog termasuk media sosial yang lain mengkritik pengurusan pihak Zalora suatu ketika dulu. Bak kata orang, permulaan bisnes memang akan banyak kritikan membina supaya lebih peka dan terus memperbaiki mutu pengurusan jualan untuk lebih maju ke hadapan. Namun, pengurusan Zalora kini ternyata jauh lebih baik daripada sebelumnya. Cewahhh !! Okey, isu Zalora 2015 yang akan saya kongsikan pada pembaca, bukanlah untuk mengkritik Zalora habis-habisan. Bukan ya, bukan. Insya'Allah ianya akan lebih kepada perkongsian pengalaman membeli barangan Zalora tetapi barang yang diperolehi didapati rosak atau 'defect' , malah tidak seperti apa yang dilihat di dalam laman web Zalora. Perkongsian ini diharap dapat membantu mereka yang mengalami masalah yang sama agar bertindak secara yang sepatutnya, dan bukan terus melulu 'update' di facebook mahupun twitter dan sebagainya.

Pada 25 Mac 2015 sekitar jam 5;30 pagi (lepas bersiap nak turun kerja hehe), saya beli dua barang di laman web Zalora ianya melebihi RM75 dan layak mendapat pengeposan percuma. Sangat berbaloi, kan? Lagi-lagi saya ni duduk di Sabah, memang agak mahal kos pengeposan barang dari Semenanjung. Selepas membuat pembayaran, Zalora hantar emel pengesahan 'order' dan pada sebelah petang jam 4, Zalora hantar emel lagi pemberitahuan bahawa barang sudah dihantar ke pusat pengeposan GDex dan nombor tracking juga disertakan sekali dalam emel tersebut.
Lepas tu, saya pun klik laman web GDex untuk lihat perjalanan barang tersebut, alhamdulillah dipermudahkan. Pada Jumaat, 27 Mac 2015 barang dari Zalora pun selamat sampai tapi kebetulan bapa tak turun ofis hari tu, jadi hari Isnin 30 Mac 2015 baru dapat di tangan. Boleh klik gambar di bawah untuk tumbesaran, iaitu gambaran kronologi emel antara saya dan pihak Zalora, Customer Service Zalora berkaitan aduan bahawa terdapat sedikit kesan 'defect' dan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan barang, juga barang yang dihantar tidak seperti yang dilihat di laman web.

30 Mac 2015 6:28pm : Saya hantar emel ke Customer Service Zalora di customer@zalora.com.my untuk memaklumkan bahawa terdapat kesan defect dan renyuk pada barang yang dihantar. Jangan lupa sertakan sekali info pembelian seperti invoice number, invoice date dan order number untuk memudahkan rujukan pihak Zalora.

30 Mac 2015 6:55pm : Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan Zalora iaitu Ms AtiqahMior membalas emel aduan dan menyatakan permohonan maaf atas kerosakan barang tersebut, beliau juga meminta saya untuk melampirkan gambar kerosakan.

30 Mac 2015 8:57pm : Saya pun hantar emel dan melampirkan beberapa keping gambar bukti kerosakan pada barang berkenaan.

31 Mac 2015 9:21am dan 1 April 2015 9:01am: Dapat dua emel balasan dari pihak Customer Service Zalora iaitu Ms AtiqahMior dan Customer Experience Zalora Mr Hidayat Jafrie, actually kandungan emel sama saja. Menyatakan permohonan maaf sekali lagi dan menawarkan baucar diskaun untuk pembelian seterusnya, malah membenarkan saya untuk menyimpan barang tersebut sebagai tanda maaf (tidak perlu pos semula). Zalora juga memberi pilihan sama ada saya mahu diganti barang yang sama ataupun pemulangan dana (refund money). Saya memilih untuk dikembalikan wang saya memandangkan saya tidak lagi berminat dengan barang tersebut huhu (sebab bukan seperti apa yang saya gambarkan seperti dalam website)

1 April 2015 12:24pm: Menerima emel dari Refunds & Returns Team | Customer Experience Zalora Ms Syaza Riad menyatakan proses untuk 'refund' duit akan dibuat dalam masa 5-14 hari bekerja bermula pada hari tersebut.

1 April 2015 12:25pm : Emel dari pihak info@zalora.com.my menyatakan bahawa duit 'refund' telah pun dimasukkan ke dalam akaun bank melalui 'Bank Transfer'. Anggaran masa wang diterima 7-14 hari bekerja. Jika tidak menerima duit tersebut, boleh berhubung sekali lagi dengan pihak Customer Service Zalora yang beroperasi 7 hari seminggu bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. (Belum lagi menerima wang tersebut dan masih menanti prosesnya)

Akhir sekali, pada 2 April 2015 13:07 dapat emel dari ZALORA meminta pandangan tentang Customer Service Zalora, sama ada baik dan berpuas hati ataupun sebaliknya. Bagi pendapat saya, Customer Service Zalora sangat tiptop layanannya walaupun hanya melalui emel dan memberi respon dengan cepat dalam masa hanya beberapa hari iaitu 1-2 hari sahaja. Terima kasih Customer Service Zalora, khususnya Ms AtiqahMior, Hidayat Jafrie dan Syaza Riad. TAHNIAH ZALORA !! Ternyata kritikan mahupun komen negatif sebelum ini tidak dipandang sebelah mata sahaja, pihak Zalora mengambil perhatian pada setiap kritikan tersebut dan berusaha terus maju untuk memperbaiki kekurangan seterusnya memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan setia Zalora. Antara yang menarik perhatian saya, format emel oleh pihak Zalora sangat menepati ciri-ciri profesional membalas emel pelanggan. Sebab, ada jugak laman web shopping online terkenal, bila kita hantar emel, mereka balas tak formal malah seperti berbalas emel 'kawan ke kawan'. Jadi, macam mana kita nak yakin dengan servis mereka? 

Kesimpulannya, kepada yang masih ragu-ragu untuk membeli belah di Zalora ataupun 'fobia' dengan servis lama mereka, jangan risau kerana Zalora mempunyai 'teamwork' yang sangat bagus !! Jom shopping di ZALORA MALAYSIA dan dapatkan potongan harga dan baucar bernilai RM20 kepada mereka yang pertama kali mendaftar sebagai ahli di laman web Zalora!! :)

#NOTA KAKI: Ini bukan artikel berbayar dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak hehe. Just a simple review about Zalora's service to their customer. Zalora ada GST? Kurang pasti, boleh view www.zalora.com.my untuk maklumat lanjut ! :)


------>PENGALAMAN BELI BARANG DI ZALORA

TAG: PENGALAMAN ZALORA, ZALORA, ZALORA ONLINE, ZALORA MALAYSIA, ZALORA BEST, ZALORA PENIPU, REVIEW ZALORA, SHOPPING ONLINE, MALAYSIA SHOPPING, SAKIT HATI ZALORA, PENGURUSAN ZALORA, CUSTOMER SERVICE ZALORA, REFUND ZALORA, CARA BELI ZALORA, COD ZALORA, PUBLIC RELATION ZALORA, ZALORA SALE, BAG ZALORA, JUBAH ZALORA. BAG ZALORA MURAH, ZALORA MURAH, CUSTOMER SERVICE ZALORA, SHOPPING ONLINE BAHAYA, KEBURUKAN SHOPPING ONLINE, KEBAIKAN SHOPPING ONLINE, SIAPA ZALORA

Comments

kerja sendiri said…
zalora pun tak terkecuali kena gst.. bukan zalora je, 1malaysia kena gst.
zik said…
semua benda dah kena gst... ehhh sabar jerla,,,huhu
Cocute Button said…
tak pernah beli kat zalora

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …