Skip to main content

TEMAN LELAKI UPAHAN

sumber: myalycia.blogspot.com

Assalamualaikum dan hello !

Holla March 2015..TERIMA KASIH TONTON sebab memudahkan viewers nak tengok drama  tv3 slot akasia, Teman Lelaki Upahan..Tengah hot sekarang ni dengan Teman Lelaki Upahan. Oh tidak, sangat berdrama kau sekarang Yann. Hari ni dah masuk episod 24, episod yang dah moody moody nanges nanges. Meriah whatsapp group dengan cousins i'olls. Biasalah perempuan, kalau berangan nombor satu ! Feeling feeling jadi Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin) lah sangat haha. Macam mana lah jugak orang tak gila dengan #TemanLelakiUpahan ni, sebab watak EL atau Ezwan Lufti (Ungku Ismail Aziz) sangat cool tapi sweet. Tak romantik yang melampau-lampau atau romantik fake, watak EL sangat natural. Tak macam korang tengok lakonan drama yang betul-betul lakonan, faham tak? fahamkan saja la ya, layankan saja excited orang perempuan haha. Ditambah lagi dengan watak Kyra Lydia yang ala-ala egois tapi sebenarnya dalam hati ada taman hehe.

Babak paling seronok, bila EL menyakat si Kyra, amboiii ketawa sendiri tengok gelagat diorang. Kata fake boyfriend tapi macam bukan fake hehe. Kita kasi short and sweet kan cerita, episod minggu ni memang banyak habuk masuk mata. Babak EL kena tanggung risiko penipuan yang dia buat sendiri terhadap keluarga & Kyra, EL kena hadap dugaan kehilangan ayah dan abang dalam masa sekelip mata, kena pikul tanggungjawab besar ganti ayahnya jadi CEO company besar, EL kena tinggal oleh Kyra, kena kutuk oleh Kyra sebab dia just owner restaurant dan tak layak untuk anak orang kaya macam Kyra walau hakikatnya EL lagi kaya haha, Kyra pulak dah berbaik dengan family cuma kena tahan rasa sakit hati sebab EL tipu yang EL anak jutawan Sarawak (amboiii jutawan la sgt kau EL haha), watak Adam kawan baik EL memang sangat THE BEST, Adam memang sangat menghidupakan suasana jalan cerita, bahagia hidup kalau ada kawan baik macam Adam hehe.

Okey, itu sajalah nak kongsi perasaan excited perempuan yang bila dah feeling tengok drama. Yang tak feeling tu memang akan annoyyyyingggg bila baca hehe, apa boleh buat kita tak serupa :D

#NOTA KAKI: Jangan kata nak cari teman lelaki upahan, kawan lelaki pun susah nak cari haha sila kembali ke dunia realiti, jangan nak berdrama sangatlah ! :p


SINOPSIS DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN

Teman Lelaki Upahan mengisahkan El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin. Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

TEMAN LELAKI UPAHAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 9 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia 2015
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof / Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Karya Seni / Primeworks Studio
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll.

LAGU TEMA / OST

Judul : Rahsia
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lagu / Lirik : AG Coco & Azma Aizal Yusoof

Judul : Setapak & Angin Kencang & Sang Penikam
Artis : Noh Salleh

Judul : Sempurna Waktu & Maafkan Aku
Artis : IR Radzi

sumber: infotaip.blogspot.com


Ketinggalan banyak episod drama TEMAN LELAKI UPAHAN? Jom tengok di online website Tonton di ------> http://tonton.com.my


ENDING TEMAN LELAKI UPAHAN !!

TAG: TEMAN LELAKI UPAHAN, TLU, UNGKU ISMAIL AZIZ, EL, EZWAN LUTFI, KYRA LYDIA, ELIZAD SHARIFUDDIN, KARYA SENI, SLOT AKASIA, TV3 DRAMA, AZMA AIZAL YUSOOF, DRAMA TERBAIK, DRAMA BEST, DRAMA HOT TV3, BEST DRAMA, BEST NOVEL

Comments

Lea IsNawi said…
best citer...
suka tgk kyra..cantik sgt!
Zura Tahir said…
Hehe...akk xlayan dah cite melayu berepisod camnie yann...
Eyba Ajibah said…
Berhingus2 nangis tgk episod tu yan. Masa baba n abg long El mati setentak tu. Berat mata memndang berat lg bahu mmikul. Pdahal crta novel ja.hahaha gila emo tgk TLU ni. Uwaaaa. I am Kyra Jiba.hahah. yg plg sadis masa Kyra kena tggal ole bf nya dulu tu. Aduhhhhh. Mcm kena dgn pngalaman.tp bebeza dgn Kyra, dia btul2 strong.. kalo msa i dulu, mcm xpijak bumi. Gilasss. Hihihi
Niza Yusof said…
Citer yg best...natural...tetiba jatuh cinta plak kt el...hihi..
MissKatokiari said…
serius citer ni lain drpd yg lain1! saya bg semua bintang!!!! susah nak carik drama yg mcm gini....
THUMBS UPP !!! memang feeling abeslah..... El charming!
MissKatokiari said…
byk drama yg sebelum ni best tapi x sehebat TLU...... Serius citer ni berbeza drpd yg lain....saya bagi full star... THUMBS UP!!! mmg feelin' abeslah... El charming sgt!! hihi

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …