Skip to main content

ENDING TEMAN LELAKI UPAHAN (EPISOD AKHIR)


Assalamualaikum dan hello peminat #TemanLelakiUpahan !!

Akhirnya tamat sudah drama bersiri Akasi TV3, Teman Lelaki Upahan (TLU)..nampak sangatlah peminat setia drama #TLU sebab sanggup blogging pasal drama ni kat blog hehe. Sebelum ni minat jugak drama yang hot meletop macam Rindu Awak 200%, Istikharah Cinta dan lain-lain, tapi tak seminat drama TLU, jalan ceritanya sangat berlainan dan tidak klise, paling utama, pelakon-pelakon sangat pandai main watak masing-masing terutamanya watak hero, EL iaitu Ezwan Lutfi (Ungku Ismail Aziz), Kyra Lydia (Siti Elizad) dan Adam, kawan baik EL..tiga watak ni sangat banyak bagi impak dalam drama TLU. Ungku Ismail Aziz sangat natural melakonkan watak EL, seolah-olah sememangnya itulah perwatakannya di alam realiti hehe. Watak Kyra pulak, Siti Elizad sememangnya cantik, ditambah lagi dengan bakatnya menjiwai watak, suka tapi malu2, haaa comel hehe. Watak Adam? Jangan cakaplah, dia sangat-sangat membantu menceriakan suasana dalam drama TLU, dia banyak bagi punchline dalam drama ni. Sangat best kalau ada bestfriend macam Adam !!


Sebenarnya, apa nak cerita dalam entri 'ending Teman Lelaki Upahan' ni? Secara keseluruhannya, episod akhir drama Teman Lelaki Upahan memuaskan hati, walaupun bagi saya sangat sukakan moment EL dan Kyra, masa EL jadi fake boyfriend Kyra. Sebab, masa tu watak EL lucu, baik hati, pentingkan kebahagiaan orang lain berbanding dirinya sendiri, tidak terlalu romantik macam watak hero drama sebelum-sebelum ni, Ungku Ismail ada gaya tersendiri untuk hidupkan watak EL, tidak nampak terlalu berlakon, macam betul-betul, haaa faham? Ending Teman Lelaki Upahan malam ni, saya bagi 5 bintang !! hehe..tindakan Kyra Lydia untuk berterus terang perkara sebenar dengan mak EL, itu memang tindakan sepatutnya, sebagaimana EL bantu pulihkan hubungan Kyra dengan ayahnya, Kyra pulak bantu untuk pulihkan masalah antara El dan umminya. Tapi, masa babak EL marahkan Kyra, EL cakap nak jahanamkan hidup Kyra sebagaimana jahanamnya hidup EL disebabkan Kyra, masa tu, kesian tengok Kyra..EL kejam kot tak bagi peluang Kyra untuk bercakap huhu. Nasib baiklah Kyra dah berubah jadi better person, tapi Kyra sememangnya seorang yang cool person dari awal drama sampai akhir drama, walaupun Kyra kena kutuk macam mana pun, dia sakit hati atau sedih, dia sentiasa cool, walaupun sebenarnya makan hati hehe. Kyra beruntung sebab ada bestfriend yang sangat support dan always give positive advice.

EL pulak? masa ending malam ni, EL nampak selfish dan serabut. Dia marahkan Kyra sebab dia kena marah oleh umminya, sebab Kyra lah ummi dia tak tegur dia dan Kyra tinggalkan EL mentah-mentah macam tu saja. Siapa tak bengang kan? At the same time, both of them, masing-masing saling merindui tapi ego. EGO, haaa faham? Sendiri jugaklah sakit hati kan. Kyra pulak asyik terserempak dengan babak Ummi EL suruh EL kahwin dengan Zara, Kyra jadi serba salah. Sampai Kyra termimpi-mimpi yang EL kahwin dengan Zara, haaa babak tu dah buat penonton tak puas hati dah tu kalau betul-betul, nasib baik mimpi haha. Akhirnya, EL jumpa Kyra, pujuk Kyra dan buat pengakuan kat Kyra, 'Kyra, I love you'..haaaa Kyra pun cairlah sambil nangis-nangis hehe. Terus diorang pun pergi semula kat butik pengantin yang masa diorang fitting dulu tu, yang EL jerit kat Kyra, marah-marah kat Kyra sebab keluar dengan Haidar. Fashion designer tu pun pesan, janganlah nak gaduh-gaduh lagi kat butik dia, kalau nak gaduh ke ape ke, lepas kawen haha kelakar watak abang fashion designer tu..akhirnya, babak EL dan Kyra pun berkahwin bersanding, dan bergambar ramai-ramai dengan semua watak-watak utam drama. Akhirnya, habis dah cerita Teman Lelaki Upahan !! Bagi berapa bintang yaa??? 10 bintang !!! Tahniah kepada krew produksi dan pelakon-pelakon drama Teman Lelaki Upahan, terima kasih kerana memberi drama yang terbaik untuk penonton. Lepas ni, rindulah dengan EL & Kyra !! Kat bawah ada koleksi gambar dari facebook Ungku Ismail Aziz a.k.a EL, babak-babak lucu, manis, sedih, dalam Teman Lelaki Upahan, bye bye EL & Kyra :)


#NOTA KAKI: Nak pi cari teman lelaki upahan jugak lah haha #okeygurau

Nak tonton online episod akhir Teman Lelaki Upahan? boleh tonton di www.tonton.com.my !!

sumber gambar-gambar: instagram @slotakasia.tv3 #TemanLelakiUpahan & Facebook Ungku Ismail Aziz

TAG: TEMAN LELAKI UPAHAN, TLU, UNGKU ISMAIL AZIZ, EL, EZWAN LUTFI, KYRA LYDIA, ELIZAD SHARIFUDDIN, KARYA SENI, SLOT AKASIA, TV3 DRAMA, AZMA AIZAL YUSOOF, DRAMA TERBAIK, DRAMA BEST, DRAMA HOT TV3, BEST DRAMA, BEST NOVEL, ENDING TEMAN LELAKI UPAHAN, EPISOD AKHIR TEMAN LELAKI UPAHAN, TONTON ENDING TEMAN LELAKI UPAHAN, TONTON ONLINE EPISOD AKHIR

Comments

Nur Insyirah said…
Assalammualaikum...tinggal jejak kat sini...Hihihi..


Ni mmg betul2 minta dengan cite TLU ni...tak Sempat nak tengok sbb sampai umah lambat...Tp ramai yang Duk review kata best :-)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …