Skip to main content

AIDIJUMA

Assalamualaikum dan hello ! :)

AIDIJUMA. Siapa tak kenal dengan jenama Aidijuma? Terutamanya golongan peminat tudung bawal, memang kenal sangat dengan jenama tudung bawal Aidijuma. Siapa Aidijuma? Aidijuma merupakan milik Datin Norjuma Habib Mohamed atau lebih dikenali sebagai Datin Juma di bawah syarikat Colors Addiction Sdn. Bhd. Semenjak kebelakangan ini, tudung Aidijuma semakin mendapat tempat di hati peminat tudung bawal. Saya sendiri pun antara peminat tudung Aidijuma (AJ) hehe. Saya suka tudung AJ sebab kualiti kain yang baik, walau saiz bidang 45 tapi besar, corak yang menarik, 'limited edition' dan harga mampu milik. TAPI, memandangkan tudung AJ sekarang mendapat sambutan hangat menyebabkan harganya pun kadang-kadang dah tak jadi harga mampu milik. Maksudnya, bukan harga yang dijual oleh pihak Aidijuma, tetapi harga yang dijual oleh para reseller persendirian, tidak termasuk reseller sah Aidijuma yang sememangnya punya harga tetap. Kalau reseller persendirian tu, kita pun faham, penat beratur tuuu oiii..nak kena berebut lagi, fuhhh memang kau kena bayar upah yang bersesuaianlah sebab mereka sanggup tolong kau belikan tudung AJ. Bagi yang tak dapat nak bayar upah, boleh beli sendiri beratur kat Concept Store (CS) ataupun beli secara online di website www.aidijuma.com itu pun kalau bernasib baiklah dapat beli sebab nak berperang dengan kelajuan internet satu hal, dalam website pun kita nak kena berebut masa 'cash out' hehe.

sumber gambar: Google Image

Bagi harga tudung hot item pulak, maksudnya tudung keluaran yang lepas, yang pihak Aidijuma tak keluarkan lagi, makanya kalau kamu peminat tegar tudung AJ, kenalah rajin 'hunting' tudung OS ni di group FB yang menjual tudung AJ. Kebanyakkan group berkaitan memang closed group atau secret group, ikut nasiblah kalau korang join tu kena approve hehe. Senang ceritalah kan, contoh macam tudung koleksi set Paris, ianya termasuk dalam tudung OS (old season), yang pihak Aidijuma memang tak restock lagi dah, ada pihak akan menjualnya dengan harga yang kadang-kadang tidak masuk dek akal. Tapi, kalau nasib bagus, akan jumpa orang yang jual dengan harga kasih sayang ! Pokok pangkalnya, terpulang kepada diri anda sendiri, pilihan di tangan masing-masing. Kalau rasa fanatik teramat dan tak sabar nak dapatkan tudung plus duit poket mampu, bolehlah beli dengan harga yang tinggi. Pastu, makin ramailah yang akan jual dengan harga tinggi walau dah jadi tahap tudung preloved (tudung dah pakai) sebab limited edition. Lepas tu, kalau dah bosan pakai, bolehlah jual tudung preloved AJ dengan harga yang tinggi..LOL !! Kalau saya, memang takkan jual, biarlah simpan sebagai koleksi dan pakai sendiri, kecuali ada design yang double, bolehlah swap dengan mereka yang suka sama suka nak swap.


Itu tak masuk lagi jumpa penjual tudung AJ yang menipu dalam urusan pembelian. Ada yang minta deposit, lepas tu tudung tak timbul-timbul. Ada pulak, yang buat pre-order, lepas tu mendiamkan diri, orang contact tak dapat-dapat, pastu bagi alasan tak dapat stok lah, HQ lambat hantar stok lah, stok habislah, lepastu bila orang nak refund, marah pembeli pulak, ada pulak tu, melambat-lambatkan bayar balik duit pembeli. Kalau memang betul situasi sukar, takpalah, tapi kenalah berterus terang awal-awal, jadi pembeli tak lah nak bersangka buruk huhu. Isu tudung defect lah, nak design lain tapi penjual bagi design lain, pembeli tipu pun ada tau, yang bagi slip pembayaran yang 'fake', haaa macam-macam karenah tau hehe. Kalau korang masuk facebook atau instagram Aidijuma, di ruang komen memang sangat banyak komen yang mengadu dengan Datin Juma. Itu ruang public, tak tau lagi aduan yang dihantar melalui email, mesti lagi banyak. Entah Datin Juma berkesempatan nak baca ataupun tidak, kita pun tak tau hehe.Saya sendiri pun pernah komen secara terbuka dan hantar note melalui website, tapi tiada respon. Anggap positif saja, Datin terlepas pandang, maklumlah banyak tuuuu komen nak dibaca.

Kenapa suka sangat dengan tudung AJ? Sebab, ianya limited edition hehe, Kalau tak silap, Datin Juma dah daftarkan atau patenkan tudung AJ di bawah Harta Intelek menurut sumber "Norjuma berkata, syarikatnya meminta penjual produk klon AJ supaya tidak menggunakan gambarnya dan jenama AJ pada tudung klon itu kerana tudung AJ didaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)."  Masa mula-mula dulu pakai tudung AJ, rasa malu jugak sebab tengok kiri kanan depan belakang, ehhh samalah tudung kita! Mak pun cakap, kenapa tudung kamu sama?? haha. Maklumlah kita ni, kalau boleh di dunia ni, nak kita seorang saja pakai sesuatu benda, nak rasa rare sangat, tak nak sama dengan orang lain. Amboi amboi hehe..dulu pun saya berpendapat macam tu jugak, tak nak pakai sesuatu barang tu sama dengan orang lain. Tapi sedar diri jugak, duit poket pun ala kadar, ada hati nak pakai barang berjenama mahal yang limited edition haha. Jadi, saya didiklah diri supaya belajar rasa rendah diri dan pakai sesuatu ikut kemampuan, jangan membazir hehe.

sumber gambar: Google Image

Koleksi tudung Aidijuma yang HOT dan memang susah nak dapat sekarang ni ialah koleksi tudung Paris dan Gold Label (GL). Saya sendiri pun ada sehelai saja tudung hot item ni, WL Paris. Nak sangat tudung BL Paris, RL Paris dan Gold Label, tapi susah sangat nak dapat, ada jugak jumpa tapi orang jual mahal lah sampai dua tiga ratus, sedangkan harga asal tak sampai pun RM50 huhu. Gold Label pulak memang mahal orang jual sebab free gift dari Datin, saya pulak tak bertuah, beli tudung tak kena hari. Dah beli tudung sehari sebelum harijadi Datin, takkanlah nak beli tudung lagi masa harijadi datin tu sebab nak dapat GL, macam anak orang kaya saja kau hehe. Tudung OS pulak, orang kata kualiti kain sangat terbaik, tu yang orang jual semula dengan harga yang tinggi.

sumber gambar: Google Image

Kalau nak ikutkan, banyak sangat nak cerita pasal tudung AJ. Tapi nanti korang bosan pulak nak baca panjang lebar hehe. Bagi peminat baru tudung Aidijuma, mari saya kenalkan label-label yang ada dalam koleksi tudung Aidijuma. Setiap label mempunyai kualiti kain dan harga yang berbeza.
Tudung Plain - RM8-9
WL - White Label - RM10
BL - Black Label - RM33
GL - Green Label - RM15
BL - Blue Label - RM20
PL - Pink Label - RM14
RL - Red Label - RM25 (beli di online sahaja)
GL - Gold Label - Free/hadiah sempena Birthday Datin Juma (hanya 200 orang terawal yang membeli di website pada hari jadi Datin dan 'walk-in' customer wanita sahaja di CS  mulai 10am-5pm, pada 5 November 2014 yang lepas)

Sekarang ni nak hunting tudung yang ni saja, please hehe #BLroses #BLblackspring

INFO TUDUNG AIDIJUMA:
TEMAN LELAKI UPAHAN !!

TAG: AIDIJUMA, TUDUNG AIDIJUMA, TUDUNG BAWAL, TUDUNG BAWAL AJ, TUDUNG BAWAL MURAH, TUDUNG MURAH, AJ MAMPU MILIK, KOLEKSI TUDUNG AJ, AIDIJUMA 1 BORNEO, AIDIJUMA MURAH, TUDUNG BAWAL ONLINE, TUDUNG BAWAL AIDIJUMA, DATIN NORJUMA HABIB, KOLEKSI AIDIJUMA, CARA BELI TUDUNG, CARA BELI ONLINE TUDUNG AIDIJUMA, HOW TO BUY ONLINE

Comments

saya pun peminat AJ..tapi susah betul nk dpt tudung idaman.asyik soldout je..pastu seller letak harga tinggi... :(
[sutera kasih] said…
@azizah green line:
yaa, kalau nak beli kt website, kena buka masa diorg release, kdg2 diorg ada announce kt FB or instagram..kdg2 tiada, ikut nasiblah huhu kalau buka lambat, mmg sold out la jwbnya dear :(
Miss Xyz said…
cantiknya aidijumaaaaa... x prnh dpt beli lgi. uhuhu
Mona Lea said…
tudung aidijuma sedpa dipakai dan dibentuk
Cik Aish said…
aish pun minat aj. Tapi skrg g mana2 branch asik sold out je..sakit pulak hati kite hehe
Myra Jay said…
Akak dok hunting jugak BL Paris / RL Paris tu..
Nanti nak swap dengan Satin Paris :)
Anonymous said…
Salam..sy ni baru je jatuh hati dgn tdung AJ ni...tp beli on9 je...sy nak tnye klau ari2 biase nk pg beli kat cs kena ambil no jgk ke...😊
Hafiza AizZawa said…
Fiza pun br je terjebak dgn tudung AJ nie.. beli satu je nak try last2 jatuh cinta sbb cantik dan senang nk bentuk..
Anonymous said…
Akak nak jual murah2 tudung aidijuma. 0199310030
Anonymous said…
Akak nak jual harga murah2 je tudung aidijuma. Beli tp x pernah pakai. 0199310030
Anonymous said…
@Sutera kasih
Kita xpndai lh bli dlm website..mcmna tuhh. Aduhh
Nadia said…
Sya jual aj murah2...tpi stok terhad la
Nadia said…
Sya jual aj jgk..akak tgklah ig sy
Nadia said…
Sy pon jual aj jgk.. Whatsapp 01133729744
Nadia said…
Sy pon jual aj jgk...whatsapp no 01133729744
Nabihah said…
Sape tahu camne nk jd premium reseller. Saya nk cri duit poket sikit2 kt tempat u sy belaja.
Sha Zuan said…
Tlg add sy ke group aj whatapps 0182949749
Sha Zuan said…
Assalamualaikum klu ade group whatapps aj add ay ya 0182949749
mycottonworld said…
Assalamualaikum Yann, tkasih ye dpt juga info tdung aidijuma..kak ina ada stok byk..tak tau design baru atau lama..klau berminat nk jadi seller contact kak ina 0173871778. Tkasih

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …