Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

KURSUS MENJAHIT DI SABAH

Antara alat asas jahitan yang diberi percuma oleh KBS dan beli sendiri :)
Assalamualaikum & hello ! :) Minggu pertama di bulan Januari 2015 baru sahaja berlalu, alhamdulillah minggu pertama kerja di tahun 2015 yang kurang stress, maklumlah sesi persekolahan belum bermula, makanya suasana masih dalam keadaan terkawal hehe. Tunggu sajalah minggu persekolahan bermula, mulalah pening kepala ni nak mengawal anak-anak yang dah puas bercuti, bukan budak umur sekolah rendah ni senang nak bawa bincang sebab diorang faham apa kita cakap. Ni haaa budak umur 1-3 tahun, semangat sila kuat ! Okey, sebenarnya nak buat entri pasal Kursus Menjahit di Sabah sebab sebelum ni banyak dapat email pertanyaan pasal cara nak mendaftar kursus menjahit di Sabah. Kadang-kadang tak sempat nak balas secepat mungkin sebab kekangan masa huhu. Harap entri ni dapat menjawab pertanyaan bagi yang nak tahu pasal kursus menjahit percuma di bawah Kementerian Belia dan Sukan di Sabah (KBS).
Kemeja korporat perempuan dan…