Skip to main content

PENGALAMAN SHOPPING DI ZALORA


Assalamualaikum dan hello readers ! :)

ZALORA PENIPU? Sebelum ni ramai yang kata Zalora ni menipu pelanggan. Saya pun tak pasti 'part' mana yang orang marah sangat sampai kata Zalora menipu. Mungkin disebabkan ada masalah teknikal atau operasi pengeposan kiriman, mungkin kot. Sebelum ni pernah bekerjasama dengan pihak Zalora, iaitu di entri DRESS LABUH UNTUK MUSLIMAH EKSKLUSIF DI ZALORA dan sepanjang berhubung dengan pihak Zalora, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih ZALORA MALAYSIA sebab hadiahkan kupon bernilai RM100 untuk pembelian secara online di website ZALORA. Rezeki dari blog hehe.

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan masa shopping online di Zalora. Tapi, tu lah website Zalora ni buat kita jadi pening dan rambang mata sangat sebab terlalu banyak pilihan barangan berjenama terkenal dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak potongan harga yang sangat mampu milik tau. 'Part' paling syok tu, FREE POSTAGE atas pembelian melebihi RM75 sahaja. 30 days free return dan boleh cash on delivery ! Seronok kan?


First Lady pilihan terbaik bagi wanita yang mencari jubah, dress, blouse, skirt dan kemeja labuh. Berjam-jam saya mencari baju di bahagian First Lady, sumpah memang rambang mata dibuatnya. Banyak sales pulak tu, Yang dalam gambar tu, saya beli tiga dress ala jubah iaitu Batiz Jubah dan Slop Jubah by First Lady serta kemeja fishtail by Ethnic Chic. Mula-mula tu worry jugak nak beli dress lycra tu, takut yang jenis melekat di badan. Tapi, bila sampai ja terus saya cuba pakai. Serius, kain jenis lycra yang high quality, tebal dan sejuk, tak melekat di badan pun. Tengok dalam gambar model pakai dress tu, nampak macam singkat di buku lali kaki, bila dah pakai, jadi dress panjang macam jubah. Suka2!! Sangat berbaloi sebab harga cuma RM25 selepas potongan harga. Murah gilerrr kan? Kemeja fishtail tu dari Ethnic Chic, cuma RM25. Memang berbaloi gilerr shopping online di Zalora, bukan saja harga berpatutan, barang pun berkualiti. Dengan kupon bernilai RM100, cuma tambah RM16 dah boleh dapat 4 helai baju, free postage lagi, dalam masa 3 hari dah sampai. Puas hati sangat membeli belah di Zalora online hehe. Terima kasih #ZALORAMALAYSIA !!

Jom shopping online di website Zalora ---> http://www.zalora.com.my/

#NOTA KAKI: Tak tahan kalau dah topup debit banking online, habislah tangan gatal nak bukak website Zalora, Aidijuma dan instashop hehe. Nasib baik tak gaji lagi, sedih tak dapat nak menikmati YEAR END SALE Y.E.S 2014 !!! :'(

TAG: ZALORA MALAYSIA, ZALORA, SHOPPING ZALORA, SHOPPING ONLINE, DRESS MURAH, DRESS ZALORA, BATIZ JUBAH, SLOP JUBAH, FIRST LADY, ETHNIC CHIC, FISHTAIL BLOUSE, CARA BELI ONLINE, ZALORA PENIPU, SERVIS ZALORA, ZALORA MURAH, PENGALAMAN SHOPPING ONLINE, PENGALAMAN MEMBELI DI ZALORA, PENGALAMAN SHOPPING ZALORA

Comments

zarulfarhana said…
xpernah lagi shopping online...mcm best ja
Nurzakiah Hanum said…
anum pun rasa ok je
selalu gak beli kat zalora
Shafiq Fahmi said…
Saya jumpa kedai baju laki yang murah dekat www.ellemaristore.com
Dah beli satu kemeja, style gila.

"Sharing Is Caring."

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …