Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

PENGALAMAN SHOPPING DI ZALORA

Assalamualaikum dan hello readers ! :)

ZALORA PENIPU? Sebelum ni ramai yang kata Zalora ni menipu pelanggan. Saya pun tak pasti 'part' mana yang orang marah sangat sampai kata Zalora menipu. Mungkin disebabkan ada masalah teknikal atau operasi pengeposan kiriman, mungkin kot. Sebelum ni pernah bekerjasama dengan pihak Zalora, iaitu di entri DRESS LABUH UNTUK MUSLIMAH EKSKLUSIF DI ZALORA dan sepanjang berhubung dengan pihak Zalora, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih ZALORA MALAYSIA sebab hadiahkan kupon bernilai RM100 untuk pembelian secara online di website ZALORA. Rezeki dari blog hehe.
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan masa shopping online di Zalora. Tapi, tu lah website Zalora ni buat kita jadi pening dan rambang mata sangat sebab terlalu banyak pilihanbarangan berjenama terkenal dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak potongan harga yang sangat mampu milik tau. 'Part' paling syok tu, FREE POSTAGE atas pembelian melebihi RM75 sahaja. 3…

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

sumber:Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAH 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan …

TRAGEDI PILU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014

Assalamualaikum dan hello readers...
sumber: Google Image
Hanya beberapa hari lagi kita melangkah ke 2015. Namun, di penutup 2014, kita seluruh negara bersedih dengan nasib yang menimpa saudara kita di pantai timur Malaysia. Banjir teruk yang melanda di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sangat memilukan hati kita. Sedih melihat 'footage' keadaan mangsa banjir di sana, sama ada di pusat pemindahan banjir mahupun di tempat yang mangsa-mangsa masih menunggu ketibaan pasukan penyelamat. Meremang bulu roma melihat video rakaman aliran deras banjir yang dikongsikan di laman sosial terutamanya di Facebook. Mujurlah rakyat Malaysia sangat prihatin dan sukarela menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sana tidak kira dari aspek bantuan kewangan, makanan, pakaian, keperluan harian, mahupun tenaga, walaupun banyak juga spekulasi dan tohmahan negatif yang dibualkan di laman sosial.
Jika tahun lepas, negara digemparkan dengan tragedi berdarah Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu dan Sem…

PENGALAMAN BELI TIKET ONLINE MAS, DUIT DAH BAYAR TAPI TIKET TAK DAPAT

Assalamualaikum dan hello readers !
Semalam beli tiket MAS (Malaysia Airlines) di online. Member minta tolong sebab ada hal penting nak kena pulang rumah. Jadi, masa tu memang tengah tiada buat apa-apa, plus dah memang kerja selalu beli tiket online kalau orang minta tolong belikan, selama beli tiket di MAS, memang tiada masalah. Servis tiptop gitu. Tapi, semalam malang tak berbau kan orang cakap? Nak dijadikan pengalaman juga supaya belajar berurusan hal-hal serius melibatkan bank dan airlines. Gilaa weiii, RM496 dah bayar tapi tiket tak terima pun. duit orang tu, kalau duit sendiri, boleh tenang lagi sikit huhu. Jadi, saya nak kongsi, manatau kamu pun terkena situasi yang sama, so boleh selesaikannya, nanti saya ajar okey?
Begini situasinya, semalam 26 Dec 2014, tempah tiket untuk 27 Dec 2014 jam 12:45 tengahari, masa dah confirm nak beli tiket, tengah tunggu page tu loading lama sangat, maklumlah kelajuan internet di kampung bukannya laju macam jet pejuang. dengan keadaan traffic …

SEBELUM BERAKHIR

Assalamualaikum dan hello ! :)
Fuhhh fuhhh fuhhh berhabuk sangat dah blog ni. Sedih bila buka blog, jauh sangat jarak bulan tak update blog. 6 hari lagi tahun baru dah. Apa cerita 2014 saya ni? Hmm tiada yg menarik sangatlah. Macam biasa menempuhi hari-hari biasa dengan diri yg sememangnya orang biasa hehe. Tiada yg istimewa macam orang lain. Life gadis lain seusia saya ni mungkin menempuhi hari-hari luar biasa mereka, bangun pagi buka mata, ready bercantik-cantik dengan gaya baju yg cantik turun kerja, ada masa terluang, keluar lepak makan minum dengan rakan taulan ataupun soulmate, hujung minggu keluar bergembira dengan 'geng karas', punya aset sendiri di usia muda, pendek kata happy modern lifestyle, maybe. Seronok kan? Itu kata mereka hehe. Life saya biasa saja, kampung girl. Bangun subuh pagi, keluar cari rezeki, slumber pakai seluar track suit, kekadang jeans, dikenakan dengan long sleeve biasa, tudung instant, tudung main masuk hehe jalan lenggang kangkong menuju ke te…