Skip to main content

PENGALAMAN PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

Assalamualaikum dan hello !
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57, merdekakah kita? Okey, cukup. Isu merdeka nanti kita ulas di entri akan datang hehe. Ayat seperti biasa yg akan saya taip, fuhhh lamanya tidak blogging, kan? Kalau boleh setiap hari mau blogging, tapi masa tidak mengizinkan. Kali ni menggagahkan diri sebab ingat janji yg lepas mesti kongsi pengalaman selepas meghadiri peperiksaan dan program assessment centre (PAC) Pegawai Penerangan Gred S41 dalam blog. Walaupun agak lewat, tapi kena juga kongsi untuk panduan calon-calon akan datang, harap dapat membantu sebab saya sangat memahami situasi tersebut, nervous bah kan? hehe. Mungkin ada info berkaitan yg saya dah lupa sebab PAC tu lama dah berlalu, i will try kongsi mana yg masih diingatlah yaa. Okey, jom kita mula :)

PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

Sebelum ni dah pernah menduduki Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 jugak tapi untuk Pelajaran Kesihatan dan keputusannya mendukacitakan. Boleh baca pengalaman saya di ---> Pengalaman Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 (Pelajaran Kesihatan). Dan peperiksaan kali ni saya LULUSTips lulus? kena gagal yg kali pertama kot haha. Gurau ja la. Mungkin dah tahu bentuk dan jenis soalan-soalan, itu yg membantu, mungkin. Keseluruhan bentuk dan jenis soalan masa Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 untuk Jabatan Penerangan, lebih kurang sama dengan peperiksaan sebelum ni cuma bezanya isu sebab jabatan berlainan. Antaranya, soalan esei berulang. Dengan senyum lebar mengarang esei walaupun bi tak betol sangat.

Antara isu semasa dan jenis soalan yang dikemukakan ialah Generasi Y,  Media Sosial, (Why social media popular among generation Y, and why we can reach them easily by social media? Lebih kurang macam tu la soalan esei bi), 1M4U, PLKN, Subsidi Kerajaan, Gagasan 1 Malaysia, Dasar-dasar kerajaan, Perhubungan Awam, Jabatan Penerangan dan Kementerian berkaitan dengannya. Kena ingat fungsi dan peranan tugas sebagai Pegawai Penerangan dan segala fakta berkaitan jabatan dan kementerian. Ingat tau? Penting sangat.

PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PEGAWAI PENERANGAN GRED S41
Persediaan awal sebelum nak pergi Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan S41, kena bawa alat tulis, gambar pasport biarlah bawa lebih ya sebab memang kena guna lebih nanti, nak lekat di borang kehadiran macam dalam gambar tu. Nasib baiklah saya bawa lebih, fuh! Bawalah juga segala alat pelekat seperti gam, sellotape, atau stapler untuk lekat gambar pasport. Pastikan juga segala dokumen yg diperlukan semasa pendaftaran PAC nanti dibawa dengan selengkapnya. Boleh klik LAMPIRAN SEMAK DOKUMEN PAC untuk panduan awal. Isilah BORANG PROFIL PESERTA SPA awal-awal dari rumah ya, supaya nanti tidaklah kelam kabut. Jadi, nanti masa beratur nak mendaftar, semua dokumen lengkap. Pastikan juga pakaian nanti paling kemas dan bersesuaian, macam nak pergi temuduga jugaklah. Sebab sebelum sesi pendaftaran, kena bergambar secara berkumpulan tau. Berdiri ramai-ramai dalam lebih kurang 10 orang, berbaris memanjang di dinding, pastu pakai name tag bernombor yang besar, can you imagine? haha.

Semasa mendaftar, calon akan diberi dua tajuk isu semasa bahasa melayu dan english untuk sesi public speaking dan pengucapan awam. Jangan risau, pihak SPA tak la kejam mana pun, diorang bagi masa panjang untuk calon cari maklumat sebelum menyampaikan public speaking. Sempat lagi nak google maklumat atau buat panggilan telefon hehe. Tapi masa saya hari tu, agak malang sikit sebab line Maxis di INTAN, Sabah tak bagus sangat. Membazir duit ja langgan internet konon nak surf internet cari maklumat, sedih sangat masa tu tau. Tengok orang lain senyum lebar google info untuk tajuk public speaking. Nasib baiklah masa PAC tu ada coursemate sekepala masa zaman U dtg juga, kami kongsi info lah jwbnya. Saya dapat tajuk "Negara Kita, Tanggungjawab Kita" dan "Youngster Attitude".

Selepas sesi pendaftaran peserta, silalah berduyun-duyun tengok di jadual yang ditampal untuk semak bilik aktiviti masing-masing. Itulah gunanya name tag bernombor tu sebab kita akan dibahagi mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Contoh macam saya peserta 025, aktiviti 1 di bilik 1, aktiviti 2 di bilik 6 dan seterusnya. Zaman moden, tak payah tulis, snap ja la hehe. Dalam kumpulan kecil tu, memang kau tak kenal sorang pun kecuali kebetulan dapat sekumpulan dengan member sendiri, kira bertuahlah tu. Lupa nak bagitau jadual aktiviti, sebelum bergerak ke bilik aktiviti, peserta dikehendaki menjawab Ujian Penaksiran Personaliti SPA dalam masa 30 minit sahaja. Soalannya ada beratus soalan kalau tak silap. Soalan memang banyak berulang, bentuk soalan berlainan tapi maksud soalan sama, haaa faham tak? Diorang nak uji kejujuran kita masa tu. So korang jawab kena jujurlah, baca terus jawab, tiada masa nak fikir dan padam-padam. Kadang diorang guna perkataan-perkataan yg canggih sikit sampai kita pun pening nak faham hehe. Dah nama pun untuk jawatan pegawai gred 41, kena advance la jawabnya.

Boleh tengok contoh jadual di ---> Jadual Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan Gred S41 2014. Aktiviti 1: Debat Ala Parlimen, Aktiviti 2: Daya Penyelesaian Masalah, Aktiviti 3: Group Discussion, Aktiviti 4: Pengucapan Awam dan Aktiviti 5: Public Speaking. Dalam bilik aktiviti, ada seorang penilai dan seorang mentor yang akan memantau. Sepanjang aktiviti, alhamdulillah semua mentor jenis 'sporting' dan sangat memahami peserta, sebab diorang pun dah lalui semua tu dan kebanyakan darinya banyak membantu peserta dari segi mental.


Aktiviti 1: Debat Ala Parlimen

Janganlah korang nak kusutkan fikiran, 'alamak, debat ala parlimen, matilah matilah aku tak reti nak berdebat bagai lagi-lagi ala parlimen'. Sebab saya pun kusut juga masa mula-mula tu hehe. Mentor akan bagi satu tajuk untuk dibahaskan. Peserta akan membentuk dua kumpulan iaitu pihak kerajaan dan pembangkang. Kemudian diberi masa untuk membuat persediaan. Masa tu, kami diberi tajuk berkaitan media massa, kebaikan dan keburukan media tradisional dan media alternatif. Ni saya nak kongsi pengalaman, masa debat ni, please jangan membisu dan takut. Korang cakap ja la apa korang nak cakap asalkan masih dalam tajuk. Contohnya, kalau korang awal berdiri nak berhujah, at least korang hanya akan berhujah tentang pendahuluan, simple sikit. Bila lambat berdiri, korang kenalah bahagian menggulung perbahasan. Lagipun bila korang lambat, idea-idea dan info yg korang dah fikirkan tu dah selamat org lain bahaskan. Itu berdasarkan pengalaman saya la. Masa PAC ni, masing-masing boleh dikatakan 'selfish' sebab semua nak dapat markah terbaik untuk diri sendiri, tapi kena ingat juga jangan terlalu menguasai situasi perbahasan, kita akan dinilai berdasarkan karakter masing-masing.

Aktiviti 2: Daya Penyelesaian Masalah

Bukan jawab soalan matematik, okey? Aktiviti menyelesaikan masalah ni, mentor akan bagi satu situasi permasalahan yang kena kita selesaikan secara berkumpulan dalam bahasa melayu.  Contohnya macam kumpulan kami diberi situasi untuk mengurus sebuah majlis sempena bulan kemerdekaan. Dalam masa 45 minit, peserta dikehendaki membentuk satu gerak kerja berkumpulan yang masing-masing memainkan peranan. Selaku CEO, akan melantik setiausaha, akauntan dan biro lain. Jadi, masa perbincangan tu, korang mesti dan sangat mesti aktifkan diri untuk bagi pendapat dan pandangan bernas untuk membantu menyelesaikan masalah bagi mencapai objektif aktiviti. Please, jangan banyak berdiam diri, pengajaran untuk dikongsi bersama, kalau kita banyak diam, markah pun kurang huhu. Lepas tu, seorang peserta akan membentangkan kertas kerja tersebut, masa tu penilai akan tembak kita dengan pelbagai soalan yg buat kita kadang-kadang terkedu hehe. Di sini, diorang nak nilai kita punya soft skills dan macam-macamlah. Siapapun boleh jawab time penilai persoalkan kertas kerja tu, kalau nak dapat extra mark, kena rajin jawablah :)

Aktiviti 3: Group Discussion

Group Discussion pula semua peserta dikehendaki bercakap dalam bahasa English sahaja. Mentor akan bagi satu tajuk atau isu, peserta akan bagi pendapat. Lebih kurang macam tu la, jadi setiap peserta kena berani bagi pendapat dan tunjuk keyakinan dalam berbahasa English. Kumpulan saya masa tu kebanyakannya hebat-hebat belaka. Yang fresh graduate pun ada, yang bekerja di company besar pun ada, yang berumur pun ada mungkin yg s27 untuk kenaikan pangkat kot. Bayangkanlah persaingan tu macam mana, saya memang dah down masa aktiviti 1 lagi huhu. So, korang jangan rasa down tau, nanti tak dapat nak fokus,

Aktiviti 4: Pengucapan Awam & Aktiviti 5: Public Speaking

Aktiviti Pengucapan Awam dan Public Speaking pula, peserta kena berdiri di hadapan semua peserta, mentor dan penilai. Kalau boleh, penilai tu cakap, janganlah bawa kertas yg padat dgn nota-nota tu, nampak kurang berkeyakinan dan itu bukannya nama public speaking, itu namanya ucapan sebab baca teks. Tips nya, bawa ja kertas tajuk tu, tulis point penting ja, bila kat depan, huraikan saja apa yg termampu, sebab aktiviti ni penilai nak tengok keberanian dan keyakinan peserta.

Akhir sekali, kesimpulannya untuk peperiksaan, PAC dan interview SPA, tak kira jenis jawatan, persediaan tu sangat penting sebenarnya. Kita kena hargai peluang yang sudah kita dapat tu, sebab ada beribu-ribu pemohon SPA yg tidak berpeluang seperti yg kita dapat. Siapa tahu, itu pembuka rezeki utk masa depan kita. Maka, jangan sia-siakannya, okey? Tips masa PAC, masa tu silalah selfish kan diri anda haha kejam punya tips. Tapi, serius, bila mentor sudah bagi peluang untuk bagi pendapat, jangan takut-takut atau bermonolog 'eh, biarlah org lain dulu', please jangan ya. Ada masanya kita bertolak ansur dalam perbincangan berkumpulan, ada masanya kita kena utamakan diri kita sendiri juga. Tips terbaik, bantulah rakan peserta yg terkedu dan tak banyak cakap masa aktivti, kita kongsi idea. Jangan kedekut ilmu. Contohnya, kita sebut nombor mereka semasa perbincangan supaya mereka ada idea nak buka mulut. Semoga perkongsian kali ni dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan kekusutan korang yg nak pergi PAC. Jangan nervous sangat tau ! Good Luck :)

NOTA KAKI: Dapat panggilan peperiksaan bulan 2. Peperiksaan bulan 3. Dapat keputusan peperiksaan bulan 4. Panggilan PAC bulan 4. PAC bulan 5. Dapat keputusan PAC bulan 7. Keputusannya GAGAL setelah sekian lama melalui proses tersebut. Redha dan pasrah, bukan rezeki, sila cuba lagi :)

Klik untuk pautan info berkaitan peperiksaan dan PAC SPA:

TIPS DAN PANDUAN PEPERIKSAAN DAN PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC)
BORANG PROFIL PESERTA SPA
JADUAL PROGRAM ASSESMENT CENTRE (PAC)
LAMPIRAN SEMAK DOKUMEN PAC
PANDUAN AM PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41

TAG: PENGALAMAN PEPERIKSAAN SPA, SOALAN EXAM SPA, SPA, PAC SPA, ASSESSMENT SPA, PEGAWAI PENERANGAN S41, INTAN SABAH, TIPS SPA, TIPS PAC, PENGALAMAN PAC, PENGALAMAN ASSESSMENT, SPA SABAH, SOALAN PAC PEGAWAI PENERANGAN S41, TIPS ASSESSMENT CENTRE

Comments

Mr.Superman said…
banyaknya peperiksaan. tips tu bole pakai la yg memula tu "kne gagal pertama dlu kot". hahaha

takpe yan,cuba lain. rezeki tmpt lain dan lg bgs kot. insyaAllah usaha lg ok. ;)
[sutera kasih] said…
@zarulfarhanayup, pengalaman mengajar kita hehe
[sutera kasih] said…
@Mr.Superman sebelum berjaya, kena gagal dulu bah kan hehe yaa mudahan mcm tu la, mudahan ada rezeki lain yg lebih baik :)
Terima kasih sudi berkongsi. Bulan April 2015 akan ada satu exam online Pen. Pegawai Penerangan S27. Harap lulus, boleh join temuduga ni :)
nourin said…
Sis memang dah dpt jawatan tue ke?
Wani Razali said…
Assalam saudari. Nak tanya, program PAC ni berapa lama ya? T.kasih :)
Unknown said…
Semua aktiviti ni dlm satu hari ke
Satu hari shj PAC skrg ni...
Mula jam 8.00pg smpi 6.00ptg...
InsyaAllah...

A VERY GOOD LUCK PD SEMUA CALON 2017

������:-) KIPIDAP DUN GIBAB :-)������

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …