Skip to main content

DRESS LABUH UNTUK MUSLIMAH EKSKLUSIF DI ZALORA

Assalamualaikum & hello my readers!!

Wowwww lama sangat tak update blog. Oppss, kemarin 7 June, birthday empunya blog. Happy birthday to me!! errkkk..Lupakan seketika. Memandangkan puasa tak lama lagi, dah habis ganti puasa? Haaaa ganti cepat tau. Urmmm..dah terfikir tema baju raya tahun ni tak? Tak sempat lagi dah nak hantar baju kat tukang jahitla cik akak semua, gerenti diorang tak terima dah. Jangan risau, kita beli saja yang dah siap, berbaloi jugaklah hehe. Harga baju raya yang dah siap sekarang ni pun lebih kurang sama kalau kita beli kain sendiri lepas tu upah jahit. Kadang, ready made lagi murah huhu.

Memandangkan kita ni tiada masa nak pergi ke kedai tu, meh la kita beli baju dress kat online. Jimat masa dan tenaga hehe. ZALORA? Kenapa pulak mesti beli kat Zalora? Oleh sebab iklan berkesan Zalora kat TV? hehe. Sebabnya, di Zalora ada pelbagai pilihan dress muslimah untuk raya tahun ni tau, harga pun mampu milik. Tak percaya? silalah terjah laman web ZALORA.

Fesyen Muslimah sekarang ni semakin mendapat perhatian dikalangan penggemar fesyen tanah air terutama sekali wanita yang bertudung. Tambahan pulak sekarang ni dah jadi macam fenomena tau fesyen blogger wanita berhijab menjadi ikutan ramai. Kebanyakkan dari mereka juga menggayakan pelbagai koleksi pakaian dari jenama butik-butik pakaian di internet.

Daripada koleksi dress labuh, jubah moden, kaftan, baju kurung moden, dan jenis-jenis pakaian Muslimah yang lain, kesemuanya direka khas untuk wanita Muslimah yang ingin tampil bergaya dan mengikuti fesyen terkini yang juga menjaga aurat wanita. So, korang berpeluang untuk menemui rangkaian koleksi pakaian Muslimah yang terbaik daripada pereka-pereka fesyen termuka tanah air seperti Jovian Mandagie, Syomir Izwa, Rizalman dan ramai lagi di laman web ZALORA !!

Sempena Syawal 2014 yang bakal menjelang tidak lama lagi, jom bergaya dengan sepasang dress labuh yang menawan daripada ZALORA Malaysia. Dress labuh bukan sahaja sesuai untuk korang gayakan pada hari raya nanti, nak pakai ke acara-acara istimewa yang lain pun boleh walaupun ke pejabat!


Untuk penampilan yang lebih gojes dan elegan, pastikan korang memakai sepasang high heels atau platform heels so korang yg konon2 feeling nak jadi macam model tu, bolehlah kasi serlah korang punya ilusi tubuh badan yang tinggi dan langsing.Jangan lupa beli clutch glamor atau beg tangan tote yang menawan so barula nampak vavavavvvooommm!!. Paaaling penting, hijab yang bersesuaian mestilah dipadankan dengan pakaian untuk kelihatan sempurna. Woooowww :)



Calling for all urban Muslimah! Dambakan dress labuh yang menawan dan berkualiti ini? Layari laman web ZALORA Malaysia untuk banyak lagi pilihan koleksi dress Muslimah yang menakjubkan daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia. Kesemuanya korang boleh miliki melalui pembelian secara online dengan beberapa kaedah pembayaran yang mudah dan selamat. Selamat membeli-belah! :)

TAG: ZALORA MALAYSIA, DRESS LABUH, DRESS MUSLIMAH, DRESS MURAH, DRESS MODEN, DRESS CANTIK, BAJU MURAH, JOVIAN MANDAGIE ZALORA, RIZALMAN ZALORA, BAJU RAYA MURAH, BAJU RAYA, BAJU RAYA 2014, TEMA RAYA 2014

Comments

Aspire Angel said…
woa..canteknya dress..sy ingin beritahu bahawa anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html
Lea IsNawi said…
cantek tp harga dia pun cantek

erk

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…