Skip to main content

TUHAN LEBIH SAINTIFIK BY DR. FARHAN HADI - REVIEW BUKU

Sinopsis Tuhan Lebih Saintifik

Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan.

Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.

Assalamualaikum dan hello !
Alhamdulillah, akhirnya habis jugak aku khatamkan buku tarbiah karya Dr. Farhan Hadi yang bertajuk Tuhan Lebih Saintifik. Sebelum ni dah habis baca buku Denyutan Kasih Medik hasil karya Dr Farhan Hadi juga dan dah pun buat review di SINI. Berkenaan review buku Tuhan Lebih Saintifik, aku simpulkan ianya antara bahan bacaan bagi individu yang mahu mengenali tentang Tuhan. Semasa baca buku ni, seolah-olah kita berada dalam situasi yang diceritakan dalam buku. Bahagian yang paling disukai ialah semasa perdebatan antara Dr. Donald (pensyarah ateis) dan Dr. Ahmad Zahidi (pensyarah Islam, pakar bedah jantung). Antara persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Dr.Donald ialah isu teori evolusi, manusia daripada beruk? adakah terdapat makhluk atau hidupan lain sebelum kewujudan Nabi Adam?, isu poligami yang menindas wanita?, apa yang wujud sebelum adanya Tuhan? dan beberapa isu lain. Perdebatan antara golongan mualaf dan murtad di Indonesia juga antara bahagian yang best sebab mengajak pembaca untuk berfikir dan mencari jawapan sebenar.

Di awal cerita, impian Dr.Donald bertekad untuk mengembangkan fahaman dan ajaran Ateis di seluruh Malaysia di mana beliau mensasarkan pelajar-pelajar ketika sesi kuliah, beliau memberi persoalan-persoalan yang membingungkan pelajar. Sehinggalah kedatangan pensyarah baru iaitu Dr.Ahmad Zahidi yang bukan sahaja pakar bedah jantung malah bertauliahkan agama, beliau yang membantu menjawab persoalan-persoalan tersebut, malah Dr.Donald mengajaknya berdebat berkaitan Tuhan. Adakah Dr.Donald menang dalam perdebatan tersebut? Adakah Dr.Donald berjaya mempengaruhi pelajarnya tentang fahaman Ateis? Adakah Dr.Ahmad Zahidi dibuang kolej disebabkan laporan warden asrama atas tuduhan ajaran sesat? Apakah penghujung cerita Dr.Donald, masih berpegang fahaman Ateis atau sebaliknya? Jawapannya, belilah buku Tuhan Lebih Saintifik hehe. Rajin-rajinkanlah membaca, sesungguhnya orang yang malas membaca adalah sangat rugi :p

Antara review-review pembaca berkenaan buku Tuhan Lebih Saintifik, boleh baca di Good Reads. Antara review pembaca ;
"Buku yang kedua pada tahun 2014.Alhamdulillah.Kali ini pembaca memilih karya Dr.Farhan Hadi yang berkisar tentang Sains dan Tuhan.Watak yang terdapat dalam novel ini termasuklah Dr.Donald, Dr.Ahmad Zahidi,Ustaz Hanafi.Berkisar tentang Dr.Donald yang kuat berpegang pada Ateis iaitu tidak mempercayai Tuhan manakala Ustaz Hanafi yang terlalu taksub dengan agama sehingga menidakkan dan menuduh mereka yang belajar ilmu Sains berdosa. Kafir, neraka, berdosa, haram.Kalimah yang seringkali dikaitkan dengan Islam sehingga Islam itu dituduh sebagai pengganas dan extreme. Pada pandangan pembaca,pengisian novel ini sungguh jelas, faham dan bermakna untuk kita umat Islam apabila ingin berdebat dengan mereka yang meragui kewujudan Tuhan,Allah dan menafikan bahawa mereka yang berpegang pada agama ini ketinggalan zaman.Dipenuhi dengan fakta yang saintifik namun disampaikan dalam bentuk novel, lebih ringan dan mudah difahami oleh pembaca" -anahashim-

Pesanan: Bagi yang malas nak ke kedai buku berdekatan, boleh beli buku Tuhan Lebih Saintifik menerusi online di Blog Sebarkan Bahagia atau Facebook Sebarkan Bahagia.

TAG: BUKU SEBARKAN BAHAGIA, NOVEL TARBIAH, TUHAN LEBIH SAINTIFIK, DR FARHAN HADI, REVIEW BUKU, REVIEW BUKU TUHAN LEBIH SAINTIFIK, FATIMAH SYARHA, BLOG SEBARKAN BAHAGIA, FACEBOOK SEBARKAN BAHAGIA, KOLEKSI BUKU ISLAMIK, BUKU ISLAMIK

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …