Skip to main content

LIDAH KUCING RAINBOW DAN APAM POLKADOT

Assalamualaikum dan hello !

Semenjak dah habis kursus menjahit percuma enam bulan lepas, kehidupan harian kembali seperti biasa menjadi kakak kantin yang garang di sekolah hehe. Tahun baru 2014 azam baru, no more entri merungut-rungut pasal diri jobless okey yann? Okey, set ! Good girl. Selagi sisa-sisa umur masih ada ni, disamping mak tersayang, aku pun merajinkanlah diri main masak-masak kek di dapur, sambil-sambil jual kat budak-budak sekolah. Ada jugak duit poket beli keropok hehe. Memandangkan zaman sekarang, semuanya di hujung jari, antara malas dan rajin saja, semua resepi dan cara buat kek biskut ada di internet. Taip kata kunci lepas tu just 'googling' !! Memang tak rugi siapa yang belajar ambil kursus pastry dan bakery, bukan saja boleh buat untuk makan tapi boleh dijadikan pendapatan sampingan. Lagi-lagi kita yang perempuan ni, memang kena ada kemahiran buat kek, biskut, masak, menjahit dan kemahiran yang bermanfaat. Nanti dah kawen, baru kita akan faham kepentingan kemahiran-kemahiran tu. Okey, jom salin resepi kat bawah lepas tu kita masak :)



RESEPI LIDAH KUCING

Bahan-bahan:

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, hujau, kuning, biru
Loyang khas yang sudah digris mentega

Cara buat:
  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, kemudian ketepikan sebentar.
  2. Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  5. Bahagikan adunan dan letak pewarna.
  6. Guna piping bag dan masukkan adunan tersebut.
  7. Picit di atas loyang mengikut bentuk lidah (bagi yang tiada acuan lidah kucing)
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 10-15 minit. (Tak perlu lama, nanti hangus)

Tips: memandangkan dah buat eksperimen sendiri, jangan sesekali simpan dalam peti ais lebihan adunan, kalau tak larat nak habiskan..sebab apa? sebab nanti masa bakar di oven, hasilnya, biskut tu kurang cantik, banyak lubang udara dan tak berapa nak mengembang huhu.


Nak resepi Apam Polkadot? Boleh klik di RESEPI APAM POLKADOT. Belajar apam ni dari resepi apam polkadot Cik Tom. Setakat ni, dah banyak kali buat tak pernah lagi apam tu failed, asalkan ikut apa yang Cik Tom tu ajar hehe. Cubalah buat, senang sangat ! Selamat mencuba :)

TAG: APAM POLKADOT, LIDAH KUCING PELANGI, RAINBOW BISCUIT, RESEPI APAM POLKADOT, APAM SUSU, APAM TELUR, BISKUT LIDAH KUCING RAINBOW, CARA BUAT BISKUT, CARA BUAT APAM, BAKERY, TIPS BUAT BISKUT, TIPS APAM POLKADOT

Comments

Lea IsNawi said…
comelnya kuih lidah kucing tu

hehehe
Nurzakiah Hanum said…
salam singgah ptg
sory x leh nak komen banyak bz day

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …