Skip to main content

BILA POKET KOSONG, DUIT ADALAH SEGALANYA


Assalamualaikum & hello :)

DUIT. Kenapa dengan duit? Kenapa duit sangat penting? Kerana duit manusia jadi gila. Kerana duit manusia jadi pencuri. Kerana duit manusia sanggup membunuh, menculik, merompak, dan menipu. Tapi itu semua manusia yang tiada iman dan tamak. Rileks, bukan nak cerita hal serius pun hehe. Semua manusia pun perlu duit. Klise la kata duit bukan segalanya. Memang betul duit bukan segalanya, duit tidak dapat beli kebahagiaan, cinta, masa, mahupun nyawa. Tapi, insha Allah dengan duit itu dapat menyempurnakan kehendak manusia. Contohnya, kau sayang anak tak? kalau sayang, nak anak pandai tak? nak hantar anak ke sekolah tak? Bila nak ke sekolah, perlu duit tak untuk beli keperluan anak? Perlu, kan? Haaa di situ pentingnya duit untuk 'menyempurnakan' rasa sayang kepada anak. Betul tak? Ada orang ni, cakap sayang sangat dengan anak, tapi tiada inisiatif  nak berusaha bekerja cari duit untuk kesenangan anak. Semua orang sayang anak, tapi sayang dengan usaha untuk mencari duit bagi memenuhi keperluan. Bukanlah nak cakap, duit tu lagi penting dari segalanya, macam mana nak explain ni, faham tak apa yang cuba saya sampaikan? hehe *pening*

DUIT. Kerana duit manusia kadang-kadang jadi kejam sekelip mata. Kerana duit jugak anak-anak rasa terabai sebab ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga tak sedar anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Walhal niat murni mereka nak cari duit untuk membahagiakan anak-anak, cuma silap mereka tidak memberi ruang masa untuk perhatian anak-anak. Kerana duit jugak, kadang-kadang menyebabkan seorang suami menjadi ego terhadap isteri. Bila mana jika isteri daripada anak orang kaya, suami hanya orang biasa, suami akan terlalu fokus bekerja dan terus bekerja cari duit untuk membahagiakan isterinya kerana menyangka isterinya mahukan harta benda, sedangkan isterinya bukan mahukan 'duit' itu tapi hanya mahukan kebahagiaan hidup berumah tangga. Hakikatnya, duit itu juga racun juga penawar. Terpulang kepada individu tersebut nak menilai pentingya sekeping 'RM 1' dan tahu untuk mengurus kewangan.

Taraf kehidupan zaman moden, semua barang pun naik harga. Bagi yang berpendapatan tinggi, mampulah nak beli. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana? Kebanyakan dari kita semuanya pening fikir DUIT. Bukan sebab gila duit, sebab hujung bulan nak kena bayar bil-bil, hutang piutang rumah kereta, keperluan dapur, minyak kereta dan sebagainya. Semuanya memerlukan DUIT. Bagi graduan yang berhutang dengan PTPTN, lagi pening. Apa boleh buat, dah nama hutang, wajiblah bayar. Contoh, graduan lepasan degree universiti, baru dapat kerja, hujung bulan pertama, bayar hutang PTPTN, bagi kat family, bayar bil-bil dan hal-hal berkaitan. Kalau tak pandai saving, memang naya lah jawabnya. Lepas tu, bila dah kerja, nak kena fikir transport. Mula dah kehendak nak beli kereta, kira aset pertama. Bagi yang tak fikir panjang memang habislah. Bila dah ada kereta, mula dah ada komitmen bayar kereta, insuran lagi, minyak kereta lagi. Haaaa semua tu perlukan duit. Belum lagi termasuk saving nak belanja aweks haha.

Domain blog www.suterakasihyann.com ni pun dah terima reminder suruh bayar untuk renew. DUIT lagi huhu. Nak cash out tabung nuffnang macam tak sempat dah ni. Mana nak cari duit ni, uwaaaaaa. Okeylah, nanti kita sambung borak pasal duit, k? Masa dah cukup, kakak kantin nak prepare kejap lagi nak turun kantin hehe. Bye bye !

Comments

nurul janna said…
tengah xde duit 10 cent pon kiter berkira..hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …