Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

BILA DAH MASUK, SUSAH NAK KELUAR

Assalamualaikum dan hello readers ! :) Bila dah masuk, memang susah sangat dah nak keluar. Kadang-kadang tak sedar pun dah berjam-jam masuk ke dalam. Sampai satu tahap tu, tak nak keluar, memandangkan sedar diri bukan 'lone ranger', terpaksa jugaklah keluar dengan hati yang sayu hehe. Perempuan dan 'shopping' memang tidak dapat dipisahkan. Nasib baiklah habit buruk dah hilang, habit suka membazir beli pakaian. Oh please lah. Syukur sangat sebab dah tak terjebak lagi kegilaan shopping pakaian. Itu pun sebab semenjak dah bergelar penganggur terhormat, jadi sedar diri sikit. Cuma, sekarang ni masih berbaki sikitlah kegilaan penyakit shopping tu. Kegilaan shopping beli buku haha. Aku pun tak faham penyakit jenis apa? Aku akan beli buku tu banyak-banyak (kalau ada rezeki lebih), lepas tu aku jerukkan dulu buku tu kat rak buku. Itulah masalah terbesar aku bila dah beli buku hehe. Tapi, perlahan-lahan memang buku-buku tu dibaca jugak, biasanya aku akan baca masa tengah jaga k…

TIPS DAN PANDUAN PEPERIKSAAN, ASSESSMENT CENTRE DAN TEMUDUGA SPA 2014

Assalamualaikum dan hello ! Kalau nak cerita pasal Tips dan Panduan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temuduga SPA ni, sehari semalam pun takkan habis. Setakat ni, aku pernah hadiri peperiksaan SPA dan temuduga SPA sahaja. Selain daripada step tu memang tak pernah lagi, contohnya ujian kecerdasan dan assessment centre. Contohnya macam pengalaman aku tahun lepas Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, kalau lulus peperiksaan, calon akan dipanggil untuk ujian seterusnya iaitu assessment centre (pusat penilaian) dan seterusnya temuduga. Tujuan buat entri ni sebab aku rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang pegawai SPA sudah sampaikan masa program "Seminar SPA Outreach" bulan lepas, memandangkan bukan semua calon mencari kerja di seluruh Malaysia dapat hadir program tersebut akibat kekangan masa dan masalah lain. Sorry lah kawan2 sebab terlewat kongsi, baru ada masa nak blogging huhu. Entri kali ni memang panjanglah jawabnya sebab banyak info nak dikongsi. Okey, jom kita…

TUHAN LEBIH SAINTIFIK BY DR. FARHAN HADI - REVIEW BUKU

Sinopsis Tuhan Lebih Saintifik
Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan.
Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.
Assalamualaikum dan hello ! Alhamdulillah, akhirnya habis jugak aku khatamkan buku tarbiah karya Dr. Farhan Hadi yang bertajuk Tuhan Lebih Saintifik. Sebe…

LIDAH KUCING RAINBOW DAN APAM POLKADOT

Assalamualaikum dan hello !
Semenjak dah habis kursus menjahit percuma enam bulan lepas, kehidupan harian kembali seperti biasa menjadi kakak kantin yang garang di sekolah hehe. Tahun baru 2014 azam baru, no more entri merungut-rungut pasal diri jobless okey yann? Okey, set ! Good girl. Selagi sisa-sisa umur masih ada ni, disamping mak tersayang, aku pun merajinkanlah diri main masak-masak kek di dapur, sambil-sambil jual kat budak-budak sekolah. Ada jugak duit poket beli keropok hehe. Memandangkan zaman sekarang, semuanya di hujung jari, antara malas dan rajin saja, semua resepi dan cara buat kek biskut ada di internet. Taip kata kunci lepas tu just 'googling' !! Memang tak rugi siapa yang belajar ambil kursus pastry dan bakery, bukan saja boleh buat untuk makan tapi boleh dijadikan pendapatan sampingan. Lagi-lagi kita yang perempuan ni, memang kena ada kemahiran buat kek, biskut, masak, menjahit dan kemahiran yang bermanfaat. Nanti dah kawen, baru kita akan faham kepentinga…

BILA POKET KOSONG, DUIT ADALAH SEGALANYA

Assalamualaikum & hello :)
DUIT. Kenapa dengan duit? Kenapa duit sangat penting? Kerana duit manusia jadi gila. Kerana duit manusia jadi pencuri. Kerana duit manusia sanggup membunuh, menculik, merompak, dan menipu. Tapi itu semua manusia yang tiada iman dan tamak. Rileks, bukan nak cerita hal serius pun hehe. Semua manusia pun perlu duit. Klise la kata duit bukan segalanya. Memang betul duit bukan segalanya, duit tidak dapat beli kebahagiaan, cinta, masa, mahupun nyawa. Tapi, insha Allah dengan duit itu dapat menyempurnakan kehendak manusia. Contohnya, kau sayang anak tak? kalau sayang, nak anak pandai tak? nak hantar anak ke sekolah tak? Bila nak ke sekolah, perlu duit tak untuk beli keperluan anak? Perlu, kan? Haaa di situ pentingnya duit untuk 'menyempurnakan' rasa sayang kepada anak. Betul tak? Ada orang ni, cakap sayang sangat dengan anak, tapi tiada inisiatif  nak berusaha bekerja cari duit untuk kesenangan anak. Semua orang sayang anak, tapi sayang dengan usaha unt…

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

HELLO 2014 !! APA AZAM BARU?

Assalamualaikum & hello readers!
Erkk..2014 sudah kan? Urm, hampir 5 bulan blog tidak di update. Tahniah kepada diri sendiri huhu. Alhamdulillah, baru habis kursus menjahit selama 6 bulan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Kursus Seni Kreatif Jahitan. Konon, bila habis kelas menjahit sebelah pagi, habis menjual di kantin sebelah petang, konon-konon nak update blog sebelah malam. Memang tak lah, sebab penat huhu. So, memang banyaklah cerita yang dipendam, gambar melambak dalam file, semua tu tak sabar nak 'menonjol' kan diri dalam blog ini hehe. Fuhh, sekejap masa berlalu, bulan Disember 2013 yang lepas tu, genap umur blog ni 6 tahun, apa? 6 tahun??? Are u serious Yann? Oh tidak, sik sangka kmk ehh blog kmk tok dah lamak idup walau makin lamak makin jarang update, kesian ko bahh :')
Azam baru 2014. Apa azam baru? Ehem, dah masuk bulan Febuari bulan cinta kekonon, baru nak cerita pasal azam? Macam biasa, ayat klise, menunaikan azam tahun lepas yang tak tertun…