Skip to main content

RESEPI DAGING BLACK PEPPER


RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

500g daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah
1 biji bawang besar - dimayang halus
2 biji bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus

Cara Memasak:

  1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil, kemudian perap dengan sos black pepper selama 4 jam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus, dan kacau sampai terbit bau wangi.
  3. Masukkan semua daging yang telah diperap, sos tiram, minyak bijan dan kicap. Gaul. Masukkan air bagi membolehkan daging menjadi empuk. Jika daging masih kurang empuk, tambah air lagi dan biarkan daging masak.
  4. Setelah daging empuk dan kuah menjadi sedikit, masukkan cili capsicum dan cili merah serta bahan perasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Assalamualaikum dan hello,
Tadaaa kali ni kongsi resepi Daging Black Pepper pulak. Senang ja masak, orang malas ja bagi alasan tak pandai masak hehe. Sekarang ni senang, semuanya di hujung jari. Kalau tak tahu apa tu bawang ke, sayur ke, belacan ke, boleh Google saja, tak pun, cari video kat Youtube hehe. Senang, kan?
SELAMAT MENCUBA !!

TAG: RESEPI DAGING BLACK PEPPER, RESEPI MASAK DAGING, CARA DAGING EMPUK, CARA MASAK DAGING, RESEPI DAGING LADA HITAM, CARA HIAS HIDANGAN, RESEPI TRADISIONAL, DAGING LADA HITAM, CARA MASAKAN KAMPUNG, RESEPI MAKANAN KAMPUNG, RESEPI MASAKAN TRADISIONAL, HIASAN DAGING, KONGSI RESEPI

Comments

Myra Jay said…
My peberet :)

Boleh la buat nanti :D
J.Syazwana said…
ish buat orang lapaaaaaaaaaaaaaa.
Abed Saragih said…
Untuk bahan dagingnya bisa diganti dengan daging sapi tidak?
Zuan said…
pandainya dia ni :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …