Skip to main content

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK


RESEPI AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil-kecil
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
Bunga kobis, Kacang buncis, Lobak dan Jagung manis
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili boh
Bahan perasa

Cara Memasak:
  1. Panaskan kuali, gorengkan ayam sehingga separuh masak.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili boh.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
  5. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Assalamualaikum & hello,
Seperti yang dijanjikan dalam entri Pertandingan Masakan 2013, inilah resepi Ayam masak Paprik. Entri lain nanti, saya kongsi resepi Daging Black Pepper pulak :)

SELAMAT MENCUBA !!

TAG: RESEPI AYAM MASAK PAPRIK, RESEPI MASAKAN, RESEPI MAKANAN KAMPUNG, RESEPI MASAK AYAM, RESEPI MUDAH, AYAM MERAH, CARA MASAK AYAM, RESEPI AYAM SEDAP, AYAM PAPRIK, KONGSI RESEPI, GAMBAR AYAM MASAK PAPRIK, CARA HIAS HIDANGAN AYAM

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …