Skip to main content

KEROPOK KETAM (CRAB STICK SNACK)

Assalamualaikum dan hello :)
Hai, di awal September, pembuka entry untuk bulan ni, hanya nak kongsi resepi paling simple di dunia hehe. Bosan-bosan tengok TV, carik-carik saja crab stick tu banyak-banyak lepas tu goreng, lepas tu 'ngap' masuk mulut masa tengok TV hehe. Selamat mencuba !!


KEROPOK KETAM (CRAB STICK SNACK)

Bahan-bahan:

Crab stick
Tepung Kentucky atau Tepung Crispy (Nona)
Secukup Rasa Maggi
Tepung Gandum
Minyak untuk digoreng

Cara membuat:

1. Carik-carikkan isi ketam (crab stick) tu menjadi kepingan nipis, ikut citarasa masing-masing. Makin nipis makin rangup.

2. Kalau guna tepung kentucky, adun macam biasa dengan telur lepas tu, celup kepingan ketam di dalamnya, kemudian uli lagi dengan tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika digoreng. Kalau guna Tepung Crispy (Nona), campurkan tepung crispy nona dengan 3 sudu minyak dan sedikit air dan sedikit secukup rasa, celup ke dalam adunan tersebut dan uli lagi dengan tepung gandum.

3. Akhir sekali, goreng hingga kekuning kuningan dan garing (crispy). Bila dah sejuk, boleh campurkan serbuk lada untuk perisa tambahan.

SELAMAT MENCUBA !!

TAG: RESEPI KEROPOK KETAM, CRAB STICK RECIPE, KEREPEK KETAM, CARA BUAT KEROPOK KETAM, RESEPIKU, KONGSI RESEPI, RESEPI KEROPOK BERKHASIAT, JAJAN SEDAP, KEROPOK SEDAP, KEROPOK KETAM SEDAP, CRAB STICK, CRAB STICK SNACK

Comments

yui buat ak buh tepung..grg trus..kih2..mmg sedap!
cik atie said…
menarik.... tq for sharing..
yana aina said…
wahh ... resepi yg cukup simple. kena cuba nie... tyvm ^^
miza yusof said…
sedapnya. nak try :)
Hanie Dew said…
weh..hujan hujan ni sedap buat kudap kudapan ni...wallaweh..ko mmg genius.. makaseh...
dear xila said…
mmg plg senang gile yannnnnn hee
Anonymous said…
Wow delicious..I want try this resepi..
simple and easy to make...tq..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …