Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

SOMEBODY'S ME

source: google image
"Somebody's Me"

You, do you remember me?
Like I remember you?
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
'cause I, I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I really fell
And I'm going through hell
Thinking about you with somebody else

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe without you, it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That somebody's me
Yeah

How, how could we go wrong?
It was so good and now it's gone
And I pray at night that our paths soon will cross
And what we had isn't lost
'cause you're always right here in my thoughts

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe without you, it's lonely
Somebody hopes that someday you will see
That somebody's me
Oh, yeah

You'll always be in my life
Even if I'm n…

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

500g daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah
1 biji bawang besar - dimayang halus
2 biji bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus

Cara Memasak:

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil, kemudian perap dengan sos black pepper selama 4 jam.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus, dan kacau sampai terbit bau wangi.Masukkan semua daging yang telah diperap, sos tiram, minyak bijan dan kicap. Gaul. Masukkan air bagi membolehkan daging menjadi empuk. Jika daging masih kurang empuk, tambah air lagi dan biarkan daging masak.Setelah daging empuk dan kuah menjadi sedikit, masukkan cili capsicum dan cili merah serta bahan perasa.Sedia untuk dihidangkan.
Assalamualaikum dan hello, Tadaaa kali ni kongsi resepi Daging Black Pepper pulak. Senang ja masak, orang malas ja bagi alasa…

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil-kecil
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
Bunga kobis, Kacang buncis, Lobak dan Jagung manis
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili boh
Bahan perasa

Cara Memasak:
Panaskan kuali, gorengkan ayam sehingga separuh masak.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili boh.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Assalamualaikum & hello, Seperti yang dijanjikan dalam entri Pertandingan Masakan 2013, inilah resepi Ayam masak Paprik. Entri lain nanti, saya kongsi resepi Daging Black Pepper pulak :)
SELAMAT MENCUBA !!

TAG: RESEPI AYAM MASAK PAPRIK, RESEPI MASAKAN, R…

PERTANDINGAN MASAKAN 2013

Assalamualaikum dan hello, Syawal sudah pun berlalu. Selamat datang Zulkaedah hehe. Jumaat lepas, pergi majlis penutupan kursus masakan yang kami ikut hari tu, Kursus Masakan Percuma 2013. Selain majlis penutupan, diadakan pertandingan masakan dan membuat kek. Kami kumpulan kursus masakan, yang lain kumpulan kursus membuat kek. Urmm, agak kecewa sedikit hari tu, sebab pengurusan masa yang tidak baik. Peserta dah datang awal sekitar jam 8.30 pagi. Tapi, majlis dimulakan agak lewat sekitar jam 11.30 pagi. Memang agak mengecewakan dari aspek pengurusan masa, alasan sebab mesyuarat belum habis. Bila ditanya, kenapa tak buat majlis hari sebelumnya? Alasan, pegawai tiada. Tanya lagi, kenapa tak buat majlis hari Sabtu? Alasan, sebab bukan hari bekerja. Jadi, kenapa buat majlis hari Jumaat? Dah tahu hari Jumaat singkat, orang nak pergi sembahyang Jumaat lagi, jalan raya pun sesak. Orang lain pun ada komitmen lain. Ini bukan kritikan menjatuhkan, ini kritikan positif supaya dapat memperbaiki …

KEROPOK KETAM (CRAB STICK SNACK)

Assalamualaikum dan hello :) Hai, di awal September, pembuka entry untuk bulan ni, hanya nak kongsi resepi paling simple di dunia hehe. Bosan-bosan tengok TV, carik-carik saja crab stick tu banyak-banyak lepas tu goreng, lepas tu 'ngap' masuk mulut masa tengok TV hehe. Selamat mencuba !!

KEROPOK KETAM (CRAB STICK SNACK)

Bahan-bahan:

Crab stick
Tepung Kentucky atau Tepung Crispy (Nona)
Secukup Rasa Maggi
Tepung Gandum
Minyak untuk digoreng

Cara membuat:
1. Carik-carikkan isi ketam (crab stick) tu menjadi kepingan nipis, ikut citarasa masing-masing. Makin nipis makin rangup.
2. Kalau guna tepung kentucky, adun macam biasa dengan telur lepas tu, celup kepingan ketam di dalamnya, kemudian uli lagi dengan tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika digoreng. Kalau guna Tepung Crispy (Nona), campurkan tepung crispy nona dengan 3 sudu minyak dan sedikit air dan sedikit secukup rasa, celup ke dalam adunan tersebut dan uli lagi dengan tepung gandum.
3. Akhir sekali, goreng hingga ke…