Skip to main content

PENGALAMAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN (PELAJARAN KESIHATAN) S41


Assalamualaikum dan hello !
Kelmarin 29 Ogos 2013, pergi exam SPA. Ni kira first time la dapat panggilan exam SPA selama 3 tahun aku start memohon di SPA. Sadis, kan? Abaikan. Dipendekkan cerita, sebelum pergi exam, macam biasalah aku Google info berkaitan pengalaman peperiksaan pegawai penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Namun agak mengecewakan sebab tak banyak info tu aku boleh dapat dalam carian di Google. Keyword yang mengena pun, asyik orang jual E-Book soalan peperiksaan pegawai penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Bukan tak nak beli, dah aku pun menganggur, mana nak cari duit nak beli huhu. Takpa lah.

Jadi, aku nak kongsi pengalaman jawab exam kelmarin untuk panduan bagi yang nak jawab exam tu juga di masa akan datang. Aku memahami perasaan korang yang mencari maklumat berkaitan. Jangan risau, soalan-soalan peperiksaan pegawai penerangan (pelajaran kesihatan) S41 tu bukanlah susah sangat pun, susah lagi korang nak jawab exam SPM hehe. Tapi, bagi yang kurang nak ambil tahu isu semasa dan pengetahuan am, memang susah sikitlah korang nak jawab. Sebab apa? Sebab kebanyakan soalan-soalan yang dikeluarkan berkaitan isu semasa dan pengetahuan am berkaitan kesihatan. Dah nama jawatan pun pelajaran kesihatan, kan? Berkaitan media tak banyak sangat walaupun nama jawatan tu pegawai penerangan.

  • Seksyen A - Pengetahuan Am (Objektif, 40 minit, 50 soalan, 30 markah)
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (Objektif, 45 minit, 40 soalan, 30 markah)
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Okey, aku akan kongsi dan jelaskan setiap seksyen tersebut, ikut mana yang aku ingatlah ya. Dalam seksyen A, soalan pertama sekali tentang formula BMi. Anggaran 30 soalan awal kebanyakannya soalan berkaitan isu kesihatan. Antara soalan yang aku ingat, isu kanser serviks, virus yang menyebabkan kanser serviks, berapa dos untuk elak kanser serviks, virus menyebabkan penyakit taun, penyusuan susu ibu, berapa bulan menyusu bayi yang telah digaris panduan oleh kebangsaan, kesan penyakit diabetes, merokok menyebabkan penyakit apa?, kandungan yang terdapat dalam rokok menyebabkan ketagihan, isu AIDS, apakah laman web rasmi yang mempromosi tentang kesihatan kepada msyarakat dan isu-isu kesihatan yang lain. Soalan yang di hujung-hujung pula berkaitan dengan pengurusan dan media.

Seksyen B pula soalan yang berkaitan tentang menyelesaikan masalah dan menganalisis data. Lebih kepada pengiraan dan ikut logik akal. Seksyen ni memang ramai yang kantoi sebab tak cukup masa, bayangkanlah 40 soalan 45 minit. Adoyai. So, bahagian ni memang tiada apa nak dihafal, sebab ianya memerlukan kemahiran mengira dan kecekapan otak kita untuk 'tangkap' maksud soalan. Ada juga soalan trick, soalan panjang lebar, padahal jawapan dah ada depan mata. So, kena hati-hati baca soalan, jangan kelam-kabut.

Seksyen C soalan berbentuk esei dalam bahasa Melayu. Diberi tiga soalan pilihan dan hanya pilih satu tajuk saja. Jawab dalam masa 1 jam dan panjang esei adalah bebas. Antara soalan kelmarin, faktor-faktor yang menyebabkan kesihatan masyarakat negara kita semakin terjejas, bincangkan kenyataan 'Mencegah lebih baik daripada merawat' dan satu soalan tu aku lupa hehe.

Seksyen D soalan berbentuk esei dalam bahasa Inggeris. Sama juga tiga soalan dan pilih satu tajuk saja, jawab dalam masa 1 jam dan panjang esei bebas. Antara soalannya, (dalam bahasa Inggeris) Bincangkan kenyataan 'You are what you eat', tentang pencegahan aedes dalam masyarakat dan generation Y senang dicari melalui media sosial, kenapa generation Y lebih suka kepada media sosial.

Itu sajalah antara pengalaman menjawab soalan peperiksaan pegawai penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Kuncinya, banyakkan membaca dan ambil tahu kempen dan isu berkaitan kesihatan, insyaAllah dapat jawab. Aku pun bukan semua soalan dapat jawab, tak mengharap sangat huhu. Kebanyakan yang datang exam kelmarin yang dah bekerja dan berusia. Bukan senang nak dapat jawatan gred S41. Kena bersaing dengan orang yang dah berpengalaman dalam bidang tersebut. Aku ni? pengalaman kerja pun tak banyak. Berdoa dan tawakal kepada Allah saja yang aku mampu. Usaha dah. Sekarang kena sabar tunggu rezeki kerja dari Allah :) Good luck !

UPDATE: SAYA GAGAL PEPERIKSAAN INI !! hehe its okey, cuba lagi, cayok!

TAG: PENGALAMAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN PELAJARAN KESIHATAN S41, PENGALAMAN PEPERIKSAAN SPA, SPA SABAH, TIPS SPA, TIPS JAWAB EXAM SPA, TIPS MENJAWAB PEPERIKSAAN SPA, TIPS MENJAWAB PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN PELAJARAN KESIHATAN S41, SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN PELAJARAN KESIHATAN S41, SOALAN SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Comments

dear xila said…
takpe dah usaha kan kalo ada rezeki tak kemana :)
all d best!
Anonymous said…
Eh nak tanya la...baru2 ni exam S41, kat kertas OMR tu, saya tak tanda langsung peringkat dan bahagian tu..hanya seksyen sahaja! Kena tanda ke situ? Tengok ada 4 seksyen je, pakai OMR 2 exams.......

Wahhhh..teruknye rasa!
Anonymous said…
salam..dear..tengs for sharing..mudahan ade rezki awak nanti.. sy pun ade dpt panggilan untuk ujian bertulis 1 mac 2014 ni.. untuk jawatan pegawai penerangan s41..erm..musykil sikit, tak sama ke dgn jwtn yg awk dpt tu?sbb tkde pn state pegawai penerangan (pelajaran kesihatan) s41.. clear me dear.. tq.confius..hee..1st time dpt test spa
Anonymous said…
bole email sy tk jwpn soalan sy td?trima kasih.. awanis_hanif@yahoo.com
berkaitan tntang jwtn pegawai penerangan s41 yg sy dpt ni sme ke dgn jwtn yg awk pergi tempoh hari

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …