Skip to main content

TIPS TUKAR DOMAIN DOT COM KE BLOGSPOT

Assalamualaikum dan hello readers !
Buat apa tu? Puasa tak? hehe. Dah dah dasar tak reti nak berbunga-bunga ayat, kita straight to the point yaa kawan-kawan. Sebelum ni, blog ni hanya guna domain blogspot.com iaitu suterakasihyann.blogspot.com. Tapi, setelah hampir 3 tahun dalam dunia blogging yg kadang2 syok sendiri ni hehe, teringin jugak nak merasa domain sendiri iaitu domain berbayar. Nak jugak ber dot com bagai. Lepas dah fikir pendek panjang, aku pun buat keputusan melabur beli domain sendiri di NetKL. Rasanya tak salah kalau melabur untuk hobi diri sendiri, melainkan hobi yang kena keluarkan banyak modal tu kan contohnya memancing, nak kena beli pancing, minyak boat, umpan ikan..mahal kot hehe. Duit yang aku guna untuk beli domain baru www.suterakasihyann.com ni adalah hasil dari iklan Nuffnang, thank you Nuffnang walaupun tahun ni jarang dah Nuffnang nak bagi blog ni 'iklan melekat berbayar (Buffered Earning)'. Sombong ahhh Nuffnang hehe. Gurau ja.

Selepas setahun berlalu guna domain ni, March 2012-March 2013, macam biasa, kita kenalah renew dan bayar. Buat mereka yang berkerjaya dan punya gaji bulanan atau pendapatan sampingan, mungkin hal tu bukanlah masalah yg besar. Tapi bagi aku yang masih 'tanam anggur' di Smurf Village ni, ngam-ngam remider notice kena renew, masa tu duit poket dah nipis hehe. Memang bercadang dah nak stop guna domain suterakasihyann.com tapi sebenarnya berat hati jugak huhu. Nak cash out duit Nuffnang masa tu memang tak sempat jugak, kan kena tunggu dlm masa 30 or 60 hari kalau tak silap. Mula dah google cari info cara tukar domain dot com ke blogspot semula, tapi tak jumpa2. Mostly banyak yg ajar cara tukar domain dari blogspot ke dot com.

Pening2 kepala dah google, aku inbox ja Bro Framestone kat facebook. Dia okey jugak ni, walaupun dia tergolong dlm blogger famous amous, tapi tak sombong tau. Dia layan jugak pertanyaan aku blogger baru nak belajar ni hehe. Bro Framestone la yg ajar cara tukar domain dot com ke blogspot. Tapi, bila dah baca mesej yg last di atas tu, terus cancel nak tukar domain ke blogspot semula. Rasa sayang pulak dengan domain suterakasihyann.com ni. Sebelum ni suterakasihyann.blogspot memang dah kamceng dengan search engine di internet especially Google. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, terus pegi renew domain cepat2, sebab takut domain kena beli org lain hikhik. Walaupun domain blog aku ni tak la famous amous dan traffik tinggi, tapi sayang laaaaa..blog ni ibarat sebahagian dlm hidup aku dah. I love you blog ! Okey bye2.

TAG: DOMAIN, TUKAR DOMAIN, CARA TUKAR DOMAIN, BRO FRAMESTONE, DOT COM KE BLOGSPOT, BLOGSPOT KE DOT COM, NETKL, DOMAIN MURAH, DOMAIN TERBAIK, NUFFNANG, BELI DOMAIN DENGAN NUFFNANG, TIPS DOMAIN, TUTORIAL BLOG, TIPS BLOG

Comments

Zuan said…
hehe malu bertanya, sesat jalan..

hehe renew renew
assalam...
saya nak tanya, kenapa blog saya bertukar dari blogspot dot com ke dot in? Harap dapat membantu..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …