Skip to main content

SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum dan hello readers !
Haaaa novel Suami Aku Ustaz pun aku dah rembat tau hehe. Ni pun preloved novel jugak. Tapi still in good condition, macam tak pernah bersentuh, memang tak rugi beli novel secondhand. Memandangkan sekarang ni dah jadi macam trend plak adaptasi dari novel dalam drama dan filem, viewers pun jadi teringin nak baca novel, yang tak minat baca novel macam aku ni pun terus terjebak baca novel sebab orang kata, jalan cerita dalam novel lagi lengkap dan feeling sikit hehe. Macam filem Twilight la jugak, akhirnya dapat jugak rembat Twilight Series Set Book, konon-konon nak feeling sangat haha. Jadi sebelum filem Suami Aku Ustaz ni ditayangkan, aku nak baca habis novel ni, jadi nanti kalau ada part yang kena skip atau dipotong, aku dapat detect, yihaaa !!


SINOPSIS NOVEL SUAMI AKU USTAZ
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.” Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? “Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar? “Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.” Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Sebelum ni, Nora Danish dan Adi Putra bergandingan dalam drama Tentang Dhia. Lepas drama tu banyak sambutan hangat oleh penonton, dipanjangkan lagi gandingan yang sama dalam filem Aku Terima Nikahnya. Memang Nora Danish dan Adi Putra ni ada chemistry yang kuat kalau berlakon bersama-sama, jadi tak sabar nak tunggu filem akan datang gandingan diorang jugak dalam filem Suami Aku Ustaz yang diadaptasi dari novel karya Hannah Daniyah. Nak sambung feeling2 Ehsan Teduhan Kasih hehe.

TAG: KOLEKSI NOVEL, NOVEL LARIS, NOVEL MURAH, NOVEL SUAMI AKU USTAZ, PRELOVED NOVEL, PRELOVED NOVEL MURAH, NOVEL SECONDHAND, NOVEL SECONDHAND MURAH, NORA DANISH, ADI PUTRA, FILEM DARI NOVEL, FILEM SUAMI AKU USTAZ, KAKI NOVEL, JUAL NOVEL MURAH

Comments

huhu tak pandai imaginasi baca buku2 novel ni.. ^^
Razfira said…
ahh comelnye nora! mesti best cite ni. hehe
dhiera said…
aik.. adaptasi novel lagi~
dhiera said…
aik.. adaptasi novel lagi~
sy suka sgt cerita dlm novel ni..mula baca dari blog cerpen dan novel..pastu follow penulisnya...tunggu kt pasaran 1 tahun la juga..then, tahun lepas baru beli novelnya..tup2, buiat filem...

sy lg prefer buku...
HanaRedz said…
dear.. pre-loved novel beli kat mana?
J.Syazwana said…
amboi kemain lagi eh. hahaha. dulu salu gak ushar insta nora danish update pasal filem ni.
dear xila said…
oke kalo teduhan kasih mmg dok teringat gaya ehsan tu...oo selalu beli preloved novel kt mana?
Liza Nova said…
wah..siap beli buku tu.. bagus bagus

mehla melawat kita..
http://novaleeza.blogspot.com
mcm best jer citer ni...
Lea IsNawi said…
macam best novel ni

nak cari gak la!
Syazana Zainn said…
Hello twin :D

Banyak betul trend adaptasi dr novel ni

Btw, belum baca lg suami ku ustaz ni. hihi

Dah lama tak baca novel cinta2 ni

hihi
Miss K said…
beli dekat mane?
Miss K said…
beli dekat mne sis?
FiZ said…
haihh..saya pn dah lama duk aim novel ni tapi tak beli2 lagi..hehe.best x?
FiZ said…
haihh..saya pn dah lama duk aim novel ni tapi tak beli2 lagi..hehe.best x?

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …