Skip to main content

RASULULLAH IS MY DOCTOR. KEKUATAN SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan hello readers!
Al-Fatihah. Sebelum baca entri ni sepenuhnya, sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada keluarga, sahabat handai, saudara seIslam kita yang sudah kembali ke Rahmatullah. Hari ini Jumaat yang terakhir di bulan Syaaban sebelum kita berjumpa di bulan Ramadhan, semoga kita diberi peluang bertemu bulan Ramadhan dan diberi kekuatan menjalankan ibadah di bulan tersebut, insya Allah. Tahu tak surah Al-Fatihah mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri yang jarang orang tahu? Maksud Al-Fatihah ialah 'Pembukaan', yang mana pembuka dan permulaan surah dalam Al-Quran. Maksud ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah juga sangat bagus, dimana kita memuji kebesaran Tuhan kita, Allah SWT, dan kita berdoa agar kita diberi petunjuk dan hidayah. Rugi bila kita hanya membaca ayat tetapi tak faham maksud. Sama-sama kita belajar dan memahami maksud ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah, bila kita sudah tahu, faham, hafal dan kita meyakininya, insya'Allah surah Al-Fatihah mempunyai 'magic' tersendiri.

Buku Rasulullah is my Doctor hasil karya Jerry D.Gray. Apa kaitan buku ni dengan surah Al-Fatihah? Ada kaitannya kalau anda baca. Saya dah baca tapi belum habis lagi, baru separuh buku hehe. Buku ni mengajak kita agar mengikuti rawatan perubatan cara Rasulullah yang sebenarnya ternyata lebih berkesan andai kita benar-benar mengamalkannya dan meyakininya. Rasulullah s.a.w. juga berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Dalam surah As-Syu'arak, ayat 80 menyatakan "Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku". Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Pokok pangkalnya, kita kena yakin dengan Allah Taala, setiap penyakit pasti ada hikmah untuk kita renung dan ambil iktibar. Antara kandungan dalam buku ni :

1. Kedoktoran Rasulullah SAW
-Menyedari dan Mempercayai
-Doa, Ubat yang Diperlukan
-Habbatussauda [Biji Jintan Hitam]
-Bekam

2. Manfaat Ramuan Semulajadi
-Tajamkan Pandangan Mata
-Ramuan dari Pasar

3. Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
-Kekacauan Perubatan
-Kebenaran yang Menakutkan Berkenaan Vaksin

Contohnya, seperti sakit demam. Dalam buku tersebut menyatakan hadis berkaitan demam di mana demam adalah daripada panas api neraka, maka redakan demam dengan air (Shahih Bukhari-Bilangan 7, Buku 71, Nombor Hadith 622). Maksudnya, dengan kata lain, kita kena banyakkan minum air dan jika perlu lap badan dengan tuala basah. Logik, kan? Daripada kita ambil pil-pil yang mengandungi bahan kimia, memang ianya juga dapat mengurangkan demam tapi, apakah kesan pil-pil tu terhadap organ dalaman kita? Pernah tak kita fikir? Demam adalah cara tubuh kita bereaksi bagi menyembuhkan diri, dimana ketika demam, pembuluh-buluh darah yg tersumbat menjadi terbuka dan menghancurkan racun-racun yg padat supaya menjadi cair. Dengan cara itu, racun-racun dapat dikeluarkan drpd tubuh dgn mudah. Seterusya, belilah buku tu, memang tak rugi sebab banyak ilmu kita boleh dapat ! :)

Beli buku Rasulullah is my Doctor secara online di PTS http://pts.com.my/buku/rasulullah-is-my-doctor/ .

#NOTA HATI: Ada banyak buku lagi tak baca ni, nak baca masa bulan puasa ni sebab puasa banyak masa free, yahuuuu !! Saya ada kawan yang ulat buku juga, jom lah join contest Uncle Zuan, sebab dia nak bagi hadiah buku !!

TAG: KOLEKSI BUKU, BUKU PILIHAN, BUKU TERBAIK PTS, BUKU TERBITAN PTS, BUKU ISLAMIK, BELI BUKU ONLINE, BUKU MURAH, BUKU AGAMA, REVIEW BUKU, JERRY D.GRAY, MAKSUD AL-FATIHAH, KEKUATAN AL-FATIHAH, UBAT DEMAM

Comments

Umie Artoqiemie said…
best buku ya aieeee.. klak carik hehe.
terlupa nak beli buku ni tadi kat mph.. adeh padahal dah lama plan nak beli.. >_<
dear xila said…
haritu takde keje lepak kat mph 2jam belek satu2 buku kat rak mph tu....rasa mcm nak beli semuaaaa! hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …