Skip to main content

PUISI SEORANG ISTERI YG TABAH

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..

Sumber: Copy paste

Assalamualaikum dan hai readers!
Dalam kesibukan aku ni, bila terdengar isu Ashraf Muslim kahwin kali kedua, membuat aku rasa sentap hingga nk membebel dlm blog, ahhhaa.. Eh kenapa aku pulak yg sentap? Bukannya aku menafikan hak lelaki boleh berpoligami, terpulang kpd individu masing2, tapi aku benci bila suami yg tidak jujur dgn isteri sendiri. Allahuarabbi. Sebelum ni, memang malas nak ambik tahu jugak, tapi lepas baca nukilan puisi di atas dan lihat video komen ayah Dayana, rasa terkedu jugaklah walaupun aku ni bukanlah ada kaitan dgn diorang pun. Tapi, sebagai kaum Hawa, rasa simpati bila dengar isu tu. Kalau ya pun tak sabar tunggu keputusan mahkamah, fikirlah perasaan keluarga bah. Ayooo. Ok dah dah, tak nak komen panjang sbb kita ni tak tau hujung pangkal, nanti jadi fitnah pulak. Nauzubillah. Sebagai pengajaran, walau apa alasan sekalipun, bertindaklah dengan cara yg profesional. Em, bila dengar hal2 camni, aku pulak rasa fobia nak kawen hoho. Apa2pun, kita kena yakin dgn Allah Taala, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga kita kaum Hawa tabah dgn dugaan dariNya dan sentiasa tenang menghadapi walau apa cabaran dlm hidup. Selamat berpuasa ♥


#Update: pencerahan tentang puisi, ianya bukan nukilan atau tulisan Noor Dayana, ianya tersebar luas di laman sosial dan hanya di copy paste yg tidak diketahui penulis asalnya, namun dikongsi dlm blog ini bukan bertujuan utk menjatuhkan sesiapa..sekadar sebagai peringatan dan renungan bersama. Tqvm.

Comments

Zuan said…
hurm, memang dia buat hal ek
OliVe said…
sedihnye.... semoga isteri die tabahkan diri...what goes around come around...
amy1906 said…
aku pun terkejut bla tau isu asyraf....mcm xsgka,hmm,kcewa......npa susa mo cri org laki yg juz stia ngn 1org jak ek,hihi....
dear xila said…
mula2 baca mcm kes dayana kan tp ishhh sape la rajin buat puisi2 ni hehe
eVa said…
jangan fobia sayang.. kawen itu anugerah.. xdahal. setiap pasangan ada dugaan n ada hikmah disebalik ya.. kta pun xtauk apa tersirat dlm dunia perkahwinan ashraf ngn dayana.. nang sedih juak.. tp semua aturan Allah..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …