Skip to main content

PRELOVED BAJU MURAH

Assalamualaikum dan hello readers !
Apa tu PRELOVED?? Tiba-tiba pulak kan post entri Preloved Baju Murah. Preloved tu maksudnya lebih kurang macam, kau pernah ada baju yang kau sayang teramat, lepas tu tak muat dah atau tak nak pakai dah, lepas tu kau nak let go kat orang lain. Itulah maksudnya barang preloved. Apa beza Preloved dan Bundle? Bagi aku, barang preloved ni tidak sama macam barang bundle. Bundle tu barang-barang yang orang borong secara pukal dari luar negara atau tempatan, ikut nasiblah, ada barangan terpakai dan baru tapi kena reject lepas tu dijual dengan harga murah. Preloved ni pulak bagi aku, barangan koleksi peribadi seseorang yang disayang sangat cuma tak saiz dah atau tak nak lagi, lepas tu kau nak kongsikan rasa sayang kau dengan barang tu kat org lain pulak dengan cara menjual dengan harga yang lebih murah dari harga asal kau beli. Haaaa lebih kurang macam tu la hehe.

Memandangkan almari aku dah penuh sesak dengan pakaian yang tak dipakai dan ada pakaian yang langsung tak pernah pakai, aku nak let go dengan sesiapa yang sudi nak beli. Jangan risaulah, aku ni jenis kalau pakai baju bukan jenis ganas, badan pun bersih tau hihi. Sebelum ni (sekarang pun tapi kurang dah), aku suka shopping baju, lepas tu tak pakai haha gila membazir!! Masa shopping tu, entahlah susah nak gambarkan perasaan keterujaan membeli, hanya mereka yg faham erti shopping saja memahaminya hehe.

Macam baju dress ala korean tu, aku beli baju tu pun preloved dari kakak senior sama belajar, lepas beli tak pakai langsung pun, sekadar cuba. Yang baju kemeja putih ala korean dan vintage blouse tu, langsung tak pernah pakai pun. Sebab tak tau nak pakai blouse tu pegi mana, dah la kita ni jenis yang bertudung ala sopan gitu, lepas tu tak pandai nak berfesyen cantik macam Fatin Liyana, Eva Romina, Fatin Suhana dan blogger cantik yang lain hehe. Jadi, buat keputusan untuk let go semua barangan yang tidak dipakai dengan orang lain. Shawl pun ada jugak. Nanti coming soon pulak tudung-tudung bawal pun nak let go jugak. Jadi, jom follow instagram @koleksisyaza untuk cuci mata dan shopping ! Semua barang dijual dengan harga rendah dlm lingkungan sekitar RM30 ke bawah bergantung dengan kesesuaian keadaan barang, harga mampu milik gitu tapi tidak termasuk kos penghantaran. Kalau beli banyak, mungkin boleh runding lagi harga hehe.

TAG: KOLEKSI SYAZA, KOLEKSI SUTERAKASIHYANN, BARANGAN PRELOVED, PRELOVED MURAH, MAKSUD PRELOVED, MAKSUD BUNDLE, PRELOVED BAJU MURAH, PRELOVED SHAWL MURAH, PRELOVED MURAH, PRELOVED DRESS, PRELOVED BLOUSE, KOLEKSI BLOGGER, CRAZY SALE, JUALAN MURAH

Comments

BOLEH KMK NANGGA2 KELAK..HEHE
suterakasihyann said…
Lai lai semua mari tgk hehe
dear xila said…
emm emm lemari kite pon dah nak rabak sbb penuh dgn baju...tp yg masih elok tu baik letgo kan. boleh buat modal ngee

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …