Skip to main content

KURSUS MASAKAN PERCUMA 2013

Assalamualaikum dan hello readers !
Kursus Masakan Percuma 2013, Latihan Pemprosesan Makanan Lauk Pauk anjuran Jabatan Pertanian Sabah di Papar, Sabah. Kelmarin ikut ibu-ibu kursus singkat sehari saja, kira macam kelas masak-masak. Ibu-ibu yang ikut tu dah pandai masak-masak cuma diorang nak sijil, kebanyakannya yang ikut semuanya peniaga makanan. Saya dengan anak buah saja orang bujang yang memang nak belajar masak hehe. Kira nanti nak tunjuk sijil pandai masak kat bakal mak mertua sebagai bukti boleh masak untuk anak dia makan kelak haha gurau ja ya. Maklumlah penganggur berjaya ni banyak masa, jadi daripada buang masa ikut sajalah aktiviti ibu-ibu untuk masa depan, oyeah !! Sebelum ni pernah ikut kelas buat Bun Sosej dan Tausa Kacang Merah (Pastri Rapuh, Siew Pau).

Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari, tolak masa makan hehe. Dalam masa 3 jam, kami belajar 4 resepi iaitu Daging Masak Hitam Prune, Daging Black Pepper, Ayam Masak Paprik dan Ayam Kuzi. Syok jugak bila buat kerja dapur dengan ibu-ibu di dapur, celoteh diorang yang buat suasana kecoh hehe. Nanti entri seterusnya saya kongsi resepi lauk-pauk tu ehh, tak pun kamu google saja, confirm banyak resepi-resepi lauk pauk hehe. Masak ni senang juga sebenarnya, semuanya dari diri kita saja sama ada rajin atau malas, mahu atau tidak saja. Sekarang ni lagilah senang, semua maklumat resepi di hujung jari di internet contohnya kongsiresepi.com, myresepi.com dan macam-macam lagi, buku resepi pun banyak dijual, tiada alasan untuk perempuan cakap tidak pandai masak.

Jangalah malu kalau masak masih bergantung dengan resepi, biasalah bah tu, semua benda pun kita kena berlatih dan merujuk sesuatu, tuli kan saja telinga kalau ada yang mengata kita reti tak masak asyik tengok resepi, janji niat kita baik hehe. Kepada bakal laki dan bakal mak mertua, kalau dapat bini dan menantu tak berapa pandai nak masak, janganlah dimarah dan 'dikata-kata', sepatutnya anda bagi mereka semangat dan tunjuk ajar memasak, barulah sama-sama perut kita kenyang. Kepada rakan-rakan sejenis, jangan sedih-sedih kalau tak pandai masak, masak maggi tu kira pandai masaklah tu haha.

Bergambar kenangan bersama ibu-ibu dan cikgu yang mengajar kami masak. Lepas ja masak, apa lagi masing-masing ambil piring dan makan hehe. Memang sedap !! Lepas raya nanti, baru dapat sijil sekali ada majlis penutupan, haaaa masa tu semua mesti masak secara berkumpulan, dah macam pertandingan memasak Masterchef Malaysia la pulakkk ! haha.

TAG: KURSUS MEMASAK, KURSUS MASAKAN, KELAS MEMASAK, JABATAN PERTANIAN SABAH, MASAK AYAM, MASAK DAGING, DAGING BLACK PEPPER, DAGING HITAM PRUNE, AYAM KUZI, AYAM PAPRIK

Comments

Umie Artoqiemie said…
best aie ada masak free kdak tok..
DH BOLEH JADI BINI URANG TOK..HAHA
Syazana Zainn said…
Bagusnya ada kelas memasak free :)



p/s: salam kenal, actually dapat tahu blog yann dari bloger abu dan syazwana. :D

mereka kata rupa yann ada iras dgn muka kite. hikhik so kite nak tahu juga ye ke tak

:D

so nampaknya macam adalah iras2 sikit ^^,

-xoxo-
S
Zuan said…
masak satu set lunch plz ;p

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …