Skip to main content

BLOG DALAM MAJALAH REMAJA: SUTERAKASIHYANN

Assalamualaikum dan hello readers !
Fuhhh..lama tak blogging dan blogwalking, maklumlah bulan puasa ni sibuk sikit hehe. Dipendekkan cerita, terima kasih kepada majalah Remaja sebab pilih blog ini untuk dimasukkan dalam ruang blogspot majalah Remaja edisi 1 Ogos 2013, cover girl Shila Amzah. Kenapa blog tak famous ni boleh masuk dalam majalah remaja? Kenapa followers, readers, commentars blog yang tak ramai boleh masuk dalam majalah remaja? Apa tips cara masukkan dalam majalah remaja? Macam mana majalah Remaja boleh tahu kewujudan blog tu dan masuk dalam majalah remaja? Meh sini aku nak bagitau, kita sendiri yang hantar email kat majalah Remaja hehe. Kebetulan nampak di facebook Remaja aritu bagitau sesiapa yang nak blog mereka terpilih dimasukkan dalam majalah Remaja, bolehlah email segala maklumat berkaitan blog kepada pihak majalah Remaja. Jangan risau, pihak mereka sangat mesra melayan email kita, thanks akak majalah Remaja!

Peluang dah ada depan mata, why not kita grab, betul tak? Itu salah satu cara kita nak promote blog, bagi mereka yang memang minat dalam blogging dan berkongsi dengan pembaca apa yang mereka tulis dalam blog. Lain orang, lain tujuan blogging hehe. Jadi, tak perlulah nak segan masuk majalah, sebab blog kita ni memang dah public satu dunia akan baca kecualilah kamu set kan 'private' atau 'invited readers only'. Tips nak trafik lebih untuk blog kamu, jangan malu untuk ambil peluang yang ada untuk promosikan blog anda, kita dalam dunia blog ni semuanya sama saja, famous ka tidak famous ka, tolak ke tepi. Kalau famous, itu satu bonus untuk blog tersebut. Yang penting, apa? Yang penting, kita sampaikan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada pembaca dan berkongsi ilmu dan juga pengalaman untuk panduan dan mungkin juga motivasi secara tidak langsung kepada orang lain. Kerna, berkongsi sesuatu kebaikan itu sangat indah :)

Sebenarnya saya isteri dia, eh bukan bukan..sebenarnya saya tak sempat lagi beli majalah Remaja edisi 1 Ogos 2013 yang cover nya Shila Amzah yang cun melecun ni. Nasib baiklah ada kawan yg baik hati bagitau dalam instagram hehe. Thank you so much Syazwana yang comel. Kalau korang suka baca blog yang rajin review tempat makan dan makanan yang best, jemput terjah blog Syazwana. Jangan lupa dapatkan majalah Remaja edisi 1 Ogos 2013, cover Shila Amzah. Peminat Shila Amzah jangan lupa beli majalah Remaja, Shila berkongsi kisahnya di Shanghai dan tentang kehidupannya selepas putus cinta! Ohyeahhh tak sabar nak dapatkan majalah Remaja ! Saya masih Remaja bah :p

#Nota Kaki : Lepas baca majalah Remaja nanti, nak buat review pulak..hiksss ! Thank you my readers sbb sentiasa jadi tulang belakang blog ini, yihaaa !!

Facebook Majalah Remaja --> https://www.facebook.com/majalahremaja
Website Majalah Remaja --> http://remaja.karangkraf.com/

TAG: TIPS CARA MASUKKAN BLOG DALAM MAJALAH REMAJA, MAJALAH REMAJA, BLOG DALAM MAJALAH REMAJA, BLOG IN MEDIA, SUTERAKASIHYANN DALAM REMAJA, SHILA AMZAH, TIPS BLOG, MAJALAH REMAJA OGOS, COVER MAJALAH REMAJA OGOS, REMAJA 2013, BACA MAJALAH, BLOG FEATURES IN MEDIA, SENARAI BLOG DALAM REMAJA, MAJALAH NO SATU, LIST BLOG REMAJA, SUTERAKASIHYANN.BLOGSPOT, BLOG DAN MAJALAH

Comments

pena rozie said…
Femes la nanti....
amy1906 said…
wah,beznya..tahniah yan... :)
[sutera kasih] said…
ex xla..biasa2 ja :)
dear xila said…
yeehhaaa tahniah SKY. nak kena beli ni majalah remaja..kite masih remaja ken ;p
Hanie Dew said…
weewitt..congrats dear yann..
Myra Jay said…
Betul tu, dah peluang terhidang haruslah diambil kan :)

Tahniah Yan ;)
Umie Artoqiemie said…
terima kasih.. sebab nama kite pun ade skali aww
n i e t a said…
1 Ogos 2013? sis da naskhah lebih tak? nieta nak beli. cerpen nieta published kat edition tu. tapi, nieta skipped edition tu terus pd 15 Ogos. nieta baru tahu, cerpen published time tu :'(
n i e t a said…
1 Ogos 2013? sis da naskhah lebih tak? nieta nak beli. cerpen nieta published kat edition tu. tapi, nieta skipped edition tu terus pd 15 Ogos. nieta baru tahu, cerpen published time tu :'(
[sutera kasih] said…
@n i e t a:
alala sorry xda copy lg, sy pun mintak dgn cousin sbb x sempat nk beli huhu

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …