Skip to main content

ADAM & HAWA SETIA HUJUNG NYAWA

Assalamualaikum dan hello readers :)
Happy belated birthday to me ! Birthday sendiri, belilah hadiah untuk diri sendiri. Sedih hehe. Ada 4 novel saya beli di group facebook novel secondhand. Walaupun secondhand, cuba tengok dalam gambar tu, nampak masih baru, kan? Beza tiada balutan plastik saja, memang tak rugi beli hehe. Novel dan buku yang famous dan laris di pasaran ni susah sikit nak jumpa di KK, cara paling senang cari di internet sajala, terpaksa bayar kos pengeposan. Kalau nasib baik, dapat barangan yang free postage. Boleh cuci-cuci mata sambil beli novel di Novel Preloved. Paling syok, penjual preloved novel yang kebanyakan saya jumpa, semuanya baik-baik belaka, senang hati berurusan, alhamdulillah :)

Dah kemaruk sangat dengan lakonan Ain Hawani (Nadiya Nisaa) & Adam Mukhriz (Aaron Aziz) dalam drama Adam & Hawa dan Zain Hakimi (Amar Ashraf) & Ersalina Imani (Nelydia Senrose)..lepas dah habis drama, baru terhegeh-hegeh nak cari novel hehe. Maklumlah, saya bukan peminat tegar novel, tapi suka membaca dan kumpul koleksi buku/novel. Novel SSID dan Suami Aku Ustaz pun dah beli jugak, next entri la ya? :)


SINOPSIS NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... (sumber)

SINOPSIS NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.. (sumber)

TAG: NOVEL, KAKI NOVEL, ULATBUKU, SINOPSIS NOVEL, NOVEL MURAH, PRELOVED NOVEL MURAH, NOVEL SECONDHAND MURAH, NOVEL SECONDHAND, PRELOVED NOVEL ADAM DAN HAWA, PRELOVED NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA, SINOPSIS NOVEL ADAM DAN HAWA, SINOPSIS NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA, KOLEKSI NOVEL FAMOUS, DRAMA ADAPTASI NOVEL

Comments

hehe kita tak pandai baca novel
dear xila said…
oooo kat sini eh persoalan tadi...huhu nak try lah cari novel pilot cafe uhukkk

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …