Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

BLOG DALAM MAJALAH REMAJA: SUTERAKASIHYANN

sumber: Blog Syazwana Jamal Assalamualaikum dan hello readers ! Fuhhh..lama tak blogging dan blogwalking, maklumlah bulan puasa ni sibuk sikit hehe. Dipendekkan cerita, terima kasih kepada majalah Remaja sebab pilih blog ini untuk dimasukkan dalam ruang blogspot majalah Remaja edisi 1 Ogos 2013, cover girl Shila Amzah. Kenapa blog tak famous ni boleh masuk dalam majalah remaja? Kenapa followers, readers, commentars blog yang tak ramai boleh masuk dalam majalah remaja? Apa tips cara masukkan dalam majalah remaja? Macam mana majalah Remaja boleh tahu kewujudan blog tu dan masuk dalam majalah remaja? Meh sini aku nak bagitau, kita sendiri yang hantar email kat majalah Remaja hehe. Kebetulan nampak di facebook Remaja aritu bagitau sesiapa yang nak blog mereka terpilih dimasukkan dalam majalah Remaja, bolehlah email segala maklumat berkaitan blog kepada pihak majalah Remaja. Jangan risau, pihak mereka sangat mesra melayan email kita, thanks akak majalah Remaja!
Peluang dah ada depan mata,…

TIKET MURAH MALAYSIA AIRLINES (MAS) JOM BALIK KAMPUNG BERAYA 2013

Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara, Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba, Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu, Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X ), Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X), Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang, Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati, Menyambut kepulangan ku nanti

Lirik Balik Kampung - Sudirman Hj. Arshad

Maklumat lanjut di Laman Web Malaysia Airlines
Assalamualaikum dan hello readers ! Balik kampung..woooooo balik kampung..woooo balik kampung..hati girang! Amboiiii semangat nak raya. Maklumlah tahun ni aku balik kampung, oyeahhh ! Aku tinggal di kampung pun ada kampung tau, kampung girl gitewww hehe. Minggu depan Mak Jemah balik kampung dah u'ols ! Horeyyyy !! Thank you Malaysia Airlines (MAS) sebab menaja penerbangan we'ols..cehhh perasan. Maksudnya, thank you MAS sebab menawarkan h…

TEASER SETIA HUJUNG NYAWA AIDILFITRI - GWIYOMI ZAIN HAKIMI UNTUK ERSALINA IMANI

Assalamualaikum dan hello readers ! Alahai comelnya si Zain Hakimi buat Gwiyomi versi Setia Hujung Nyawa #SHN untuk isterinya, Ersalina Imani hehe. #SHN sebelum ni kan jadi fenomena satu Malaysia sebelum hangatnya drama Teduhan Kasih baru-baru ni. Cuma bezanya #SHN lebih mendapat tempat di hati sebab drama tu hero heroin kahwin muda, jadi yang tak kawen lagi tu berangan-anganlah nak dapat suami macam Zain Hakimi, siap imagine diri sendiri jadi Ersalina Imani haha. Tapi, hakikatnya drama tu memang sangat best, sampai aku pun sanggup beli novel Setia Hujung Nyawa walaupun preloved novel hehe.
via Facebook
Kalau dulu, drama Vanilla Coklat lakonan Izara Aishah dan Aiman Hakim Ridza yang jadi drama hits sampai ada episod khas untuk hari raya. Haaaa kali ni giliran drama Setia Hujung Nyawa pulak ada episod untuk hari raya. Tu pun kebetulan nampak page facebook Setia Hujung Nyawa, Slot Akasia TV3share video teaser Setia Hujung Nyawa Aidilfitri. Dah try cari kat youtube tapi belum ada lagi y…

PUISI SEORANG ISTERI YG TABAH

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimahTak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalananTak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang ituTak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana AllahTak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana diaSucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..Sumber: Copy pasteAssalamualaikum dan hai readers!
Dalam kesibukan aku ni, bila terdengar isu Ashraf Muslim kahwin kali kedua, membuat aku rasa sentap hingga nk membebel dlm blog, ahhhaa.. Eh kenapa aku pulak yg sentap? Bukannya aku menafikan hak lelaki boleh berpo…

SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum dan hello readers ! Haaaa novel Suami Aku Ustaz pun aku dah rembat tau hehe. Ni pun preloved novel jugak. Tapi still in good condition, macam tak pernah bersentuh, memang tak rugi beli novel secondhand. Memandangkan sekarang ni dah jadi macam trend plak adaptasi dari novel dalam drama dan filem, viewers pun jadi teringin nak baca novel, yang tak minat baca novel macam aku ni pun terus terjebak baca novel sebab orang kata, jalan cerita dalam novel lagi lengkap dan feeling sikit hehe. Macam filem Twilight la jugak, akhirnya dapat jugak rembat Twilight Series Set Book, konon-konon nak feeling sangat haha. Jadi sebelum filem Suami Aku Ustaz ni ditayangkan, aku nak baca habis novel ni, jadi nanti kalau ada part yang kena skip atau dipotong, aku dapat detect, yihaaa !!

SINOPSIS NOVEL SUAMI AKU USTAZ Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz se…

TIPS TUKAR DOMAIN DOT COM KE BLOGSPOT

Assalamualaikum dan hello readers ! Buat apa tu? Puasa tak? hehe. Dah dah dasar tak reti nak berbunga-bunga ayat, kita straight to the point yaa kawan-kawan. Sebelum ni, blog ni hanya guna domain blogspot.com iaitu suterakasihyann.blogspot.com. Tapi, setelah hampir 3 tahun dalam dunia blogging yg kadang2 syok sendiri ni hehe, teringin jugak nak merasa domain sendiri iaitu domain berbayar. Nak jugak ber dot com bagai. Lepas dah fikir pendek panjang, aku pun buat keputusan melabur beli domain sendiri di NetKL. Rasanya tak salah kalau melabur untuk hobi diri sendiri, melainkan hobi yang kena keluarkan banyak modal tu kan contohnya memancing, nak kena beli pancing, minyak boat, umpan ikan..mahal kot hehe. Duit yang aku guna untuk beli domain baru www.suterakasihyann.com ni adalah hasil dari iklan Nuffnang, thank you Nuffnang walaupun tahun ni jarang dah Nuffnang nak bagi blog ni 'iklan melekat berbayar (Buffered Earning)'. Sombong ahhh Nuffnang hehe. Gurau ja.
Selepas setahun ber…

365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH : HADIAH CONTEST BLOG UNCLE ZUAN

Assalamualaikum dan hello readers ! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Cewahhh ayat nak comel saja. Thank you Zuan sebab hadiahkan buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah. Tak sangka pulak laju bebeno aku jawab soalan contest zuan aritu hehe. Soalannya simple ja “Siapakah penerbit buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah?”. Jawapannya PTS Milennia Sdn Bhd. Tapi, memandangkan buat masa ni aku ada masalah sedikit dengan urusan alamat pengeposan ni, jadi terpaksa minta tolong zuan pos kan ke alamat Amy di Kuching. Aku di Sabah, tapi minta pos ke Sarawak hehe. Takdala, sebab nanti pulang ke Kuching juga, balik beraya dengan keluarga di sana. Jadi, Amy, tolong simpankan dulu ya buku tu, dan thanks sebab tolong gambarkan buku hehe. Aku & Amy ni memang selalu kongsi bertukar tajuk buku yang best-best. Kami bukan jugak ulat buku la, sebab bukan 24/7 baca buku. Ada masa, kami baca. Kami suka buku yang jenis ala-ala motivasi islamik. Kalau novel pulak, ikut tajuk jugaklah, biasa…

KURMA RAMADHAN 2013 BERSAMA TELEKUNG PROJEK

Assalamualaikum dan hello readers :) Puasa tak arini, kawan-kawan? hehe. Ku sangkakan akan banyak masa terluang untuk blogging masa bulan puasa ni, rupanya tidak. Maaflah jika kurang menjenguk blog kamu, sebab bulan puasa ni ada komitmen lain hehe. Mungkin lepas ni buat entri autopublish saja, itu pun kalau sempat buat. Dipendekkan cerita, ada masa terluang ni, saya nak panjangkan niat baik saudara kita, my favourite pertubuhan iaitu The Telekung Project (TP) yang melaksanakan projek kebajikan, di mana semua orang boleh ikut serta tidak kira pangkat dan darjat. Ada satu hal yang saya sangat suka dengan pertubuhan ni, diorang mengajak kita untuk sama-sama beramal, contohnya, diorang boleh saja minta taja VVIP atau org kaya untuk menaja projek kebajikan, tapi diorg tak nak buat mcm tu sebab kalau diorg buat macam tu, org yg kurang berkemampuan tidak akan dapat merasa bersama-sama ikut serta projek mereka untuk melakukan aktiviti kebajikan..ehh macam mana nak explain ni eh, korang faham…

ADAM & HAWA SETIA HUJUNG NYAWA

Assalamualaikum dan hello readers :) Happy belated birthday to me ! Birthday sendiri, belilah hadiah untuk diri sendiri. Sedih hehe. Ada 4 novel saya beli di group facebook novel secondhand. Walaupun secondhand, cuba tengok dalam gambar tu, nampak masih baru, kan? Beza tiada balutan plastik saja, memang tak rugi beli hehe. Novel dan buku yang famous dan laris di pasaran ni susah sikit nak jumpa di KK, cara paling senang cari di internet sajala, terpaksa bayar kos pengeposan. Kalau nasib baik, dapat barangan yang free postage. Boleh cuci-cuci mata sambil beli novel di Novel Preloved. Paling syok, penjual preloved novel yang kebanyakan saya jumpa, semuanya baik-baik belaka, senang hati berurusan, alhamdulillah :)
Dah kemaruk sangat dengan lakonan Ain Hawani (Nadiya Nisaa) & Adam Mukhriz (Aaron Aziz) dalam drama Adam & Hawa dan Zain Hakimi (Amar Ashraf) & Ersalina Imani (Nelydia Senrose)..lepas dah habis drama, baru terhegeh-hegeh nak cari novel hehe. Maklumlah, saya bukan pe…

KEK CHEESE MARIE -RESEPI KEK CHEESE PALING MUDAH

Kek Cheese Marie
Assalamualaikum dan hello readers! Tadi kira nak update tentang isu video budak cinta seminggu. Tapi, bila fikir-fikir balik, tak perlulah. Lain kalilah, tapi bukan nak update kutuk kritik tindakan budak tu, cuma nak berkongsi pengalaman bercinta masa usia tak matang dan kenapa tindakan macam tu boleh terjadi. Next entri la ya, lama tak jadi konon-konon Dr.Love, bluwekkk hehe. Okey, hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang memang lama dah nak cuba buat tapi baru semalam berkesempatan nak buat, iaitu Kek Cheese Marie. Kek ni paling senang nak buat dan tak perlu nak bakar kukus panggang. Hanya perlu campur, lapis dan sejukkan. Thank you Google kerana memudahkan pencarian resepi kek paling senang nak buat hehe. Yang ni versi saya, tak ikut sangat resepi orang lain, kita cut kos perbelanjaan ya puan-puan hehe.
Resepi Kek Cheese Roti Marie
Bahan-bahan: Roti Marie (perisa original dan coklat - ikut kesukaan) Sebungkus Cream Cheese (Tatura pun okey juga, kuantiti berdasarka…

RASULULLAH IS MY DOCTOR. KEKUATAN SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan hello readers! Al-Fatihah. Sebelum baca entri ni sepenuhnya, sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada keluarga, sahabat handai, saudara seIslam kita yang sudah kembali ke Rahmatullah. Hari ini Jumaat yang terakhir di bulan Syaaban sebelum kita berjumpa di bulan Ramadhan, semoga kita diberi peluang bertemu bulan Ramadhan dan diberi kekuatan menjalankan ibadah di bulan tersebut, insya Allah. Tahu tak surah Al-Fatihah mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri yang jarang orang tahu? Maksud Al-Fatihah ialah 'Pembukaan', yang mana pembuka dan permulaan surah dalam Al-Quran. Maksud ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah juga sangat bagus, dimana kita memuji kebesaran Tuhan kita, Allah SWT, dan kita berdoa agar kita diberi petunjuk dan hidayah. Rugi bila kita hanya membaca ayat tetapi tak faham maksud. Sama-sama kita belajar dan memahami maksud ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah, bila kita sudah tahu, faham, hafal dan kita meyakininya, insya'All…

PRELOVED BAJU MURAH

Assalamualaikum dan hello readers ! Apa tu PRELOVED?? Tiba-tiba pulak kan post entri Preloved Baju Murah. Preloved tu maksudnya lebih kurang macam, kau pernah ada baju yang kau sayang teramat, lepas tu tak muat dah atau tak nak pakai dah, lepas tu kau nak let go kat orang lain. Itulah maksudnya barang preloved. Apa beza Preloved dan Bundle? Bagi aku, barang preloved ni tidak sama macam barang bundle. Bundle tu barang-barang yang orang borong secara pukal dari luar negara atau tempatan, ikut nasiblah, ada barangan terpakai dan baru tapi kena reject lepas tu dijual dengan harga murah. Preloved ni pulak bagi aku, barangan koleksi peribadi seseorang yang disayang sangat cuma tak saiz dah atau tak nak lagi, lepas tu kau nak kongsikan rasa sayang kau dengan barang tu kat org lain pulak dengan cara menjual dengan harga yang lebih murah dari harga asal kau beli. Haaaa lebih kurang macam tu la hehe.
Memandangkan almari aku dah penuh sesak dengan pakaian yang tak dipakai dan ada pakaian yang la…

BALIK KAMPUNG GAYANG TUARAN

Assalamualaikum dan hello readers ! Ahad lepas pulang kampung Gayang, Tuaran kejap, apa ingat saya tinggal di kampung tak perlu balik kampung lah? hehe. Pulang jenguk keadaan nenek, lama tak pulang, kan. Masa interview aritu, nenek terminum minyak gas la pulak. Sebab masa tu 'blackout' di kampung, jadi minyak gas tu bersusun sekali dengan botol minuman nenek, waktu tu kan gelap jadi nenek tersalah ambil botol. Ya Rabbi, nasib tiada apa-apa jugak. Tapi, nenek cakap mungkin ada hikmah juga sebab selama ni batuk nenek susah nak sembuh, lepas terminum minyak gas tu, alhamdulillah batuk nenek dah hilang, tak batuk batuk teruk macam sebelum ini. Syukurlah.
Kalau balik kampung, mesti mau berjanji dengan mak Fayyad ni sebab barulah meriah rumah nenek, ramai-ramai cucunya datang buat bising hehe. Fayyad ni comel sangat, cerdik pulak tu dan sangat nakal tapi suka bergambar, kau suruh saja dia posing, confirm dia excited hehe. Kampung Gayang ni best sebab dekat pantai, tepi laut.

Baju m…

KURSUS MASAKAN PERCUMA 2013

Assalamualaikum dan hello readers ! Kursus Masakan Percuma 2013, Latihan Pemprosesan Makanan Lauk Pauk anjuran Jabatan Pertanian Sabah di Papar, Sabah. Kelmarin ikut ibu-ibu kursus singkat sehari saja, kira macam kelas masak-masak. Ibu-ibu yang ikut tu dah pandai masak-masak cuma diorang nak sijil, kebanyakannya yang ikut semuanya peniaga makanan. Saya dengan anak buah saja orang bujang yang memang nak belajar masak hehe. Kira nanti nak tunjuk sijil pandai masak kat bakal mak mertua sebagai bukti boleh masak untuk anak dia makan kelak haha gurau ja ya. Maklumlah penganggur berjaya ni banyak masa, jadi daripada buang masa ikut sajalah aktiviti ibu-ibu untuk masa depan, oyeah !! Sebelum ni pernah ikut kelas buat Bun Sosej dan Tausa Kacang Merah (Pastri Rapuh, Siew Pau).
Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari, tolak masa makan hehe. Dalam masa 3 jam, kami belajar 4 resepi iaitu Daging Masak Hitam Prune, Daging Black Pepper, Ayam Masak Paprik dan Ayam Kuzi. Syok jugak…