Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

TIPS TEMUDUGA SPA: PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Assalamualaikum dan hello readers ! Fuhhh dah nak habis bulan Jun, baru berkesempatan nak update pasal pengalaman temuduga SPA. Dapat SMS dari SPA masa awal bulan Mei, lepas tu cepat-cepat semak status di laman web SPA. Alhamdulillah, dapat panggilan temuduga, first time in my life oyeahhh ! Maksudnya semenjak habis belajar tahun 2010, barulah dapat panggilan temuduga dari SPA di tahun 2013. Ya Allah, sabarnya hati ini. Tapi, kebetulan tarikh temuduga 3 june 2013, masa tu baru selesai majlis perkahwinan sepupu di Brunei. Terpaksa terbang pulang sekejap ke Sabah untuk temuduga. Alhamdulillah murah rezeki ada hamba Allah yang baik hati belikan tiket return Brunei-KK-Brunei untuk hadir temuduga SPA. Hanya Allah Taala yang dapat balas jasa baik kamu, terima kasih :)
Pengalaman naik kapal Royal Brunei Airlines. Buat masa ni, airport Brunei dalam proses naik taraf jadi agak kelam kabut keadaannya. Dari Brunei ke KK ambil masa tak kurang dari 40 minit saja, dekat yang amat hehe. Tapi yang sa…

RAMADHAN JOM BERAMAL : SUMBANGAN 1000 NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAAN

sumber: Facebook Persatuan Siswazah Sabah (PSS) "Projek Ramadhan PSS 1434H. Projek ini mensasarkan untuk mengumpulkan sumbangan 1000 naskah terjemahan Al-Quraan yang akan disumbangkan kepada 1000 orang pelajar muslim di seluruh Sabah. Amal sama dikumpul, bakti sama ditabur." Assalamualaikum dan hello readers ! Jumaat hari ini Jumaat yang terakhir untuk bulan Jun. Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba, rasa tak sabar ! Rasa macam baru saja berterawih semalam, waktu sekarang pantas berlalu, kan? Okey dipendekkan cerita, sempena bulan Ramadhan yang akan datang, kepada sesiapa yang hendak beramal, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Persatuan Siswazah Sabah di nombor akaun 10016010043186 berdasarkan maklumat dalam gambar di atas. Sebuah projek dakwah untuk masyarakat yang dibuat oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang dinamakan 'Projek Ramadhan PSS 1434H' mengajak masyarakat untuk sama-sama beramal mewakafkan senaskah Al-Quran

BARANGAN ELMO KEGEMARAN BABY AQIL

Assalamualaikum dan hello readers ! Hai, nama saya Aqil hehe. Rindu pulak dengan budak nama Aqil ni. Aqil ni anak kepada my sepupu, anak buah kepada owner blog INI. Masa nikah sepupu di Brunei, tu la first time jumpa Aqil, fuhhh lamanya tak pulang Kuching. Insya'Allah nanti pulang beraya di sana, setelah sekian lama tak berkumpul beraya bersama keluarga sebelah mak, paling last raya ramai-ramai di sana masa tu arwah nenek masih ada, mungkin dalam 7 atau 8 tahun yang lepas. Masuk tahun ni, dua tahun tak pulang Kuching. Rindu Kuching ! :)
Elmo yang comel yang merah menyala. Elmo tu salah satu muppet dalam rancangan kanak-kanak 'Sesame Street'. Dulu kecik-kecik suka jugaklah tengok rancangan tu, biasalah masa kecik kan suka tengok kartun-kartun ni hehe. Elmo dan Cookies Monster antara muppet yang comel dalam 'Sesame Street'. Menyesal aku tak beli T-Shirt Elmo aritu huhu. Sebenarnya, si Aqil yang suka Elmo, Amy cakap Aqil akan senyum kalau tengok Elmo. Tu yang aku beli…

TEASER #YSLWEDDING ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

Assalamualaikum dan hello readers ! Fuhh lama jugak ni nak ambik mood update entri, entah kenapa malas sangat nak on laptop, macamlah susah sangat, kan? hehe. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar semasa majlis perkahwinan sepupu kesayangan saya ni. Cuma satu majlis saja saya tak hadir, terpaksa pulang ke Sabah sekejap sebab ada interview, bila dah pulang semula, semua majlis dah habis huhu. Dipendekkan cerita, dah nama pun entri berupa 'teaser' kan, tak boleh lebih-lebih haha. Kali ni saya nak kongsikan adat perkahwinan melayu di Brunei. Antara aturcara majlis perkahwinan#YSLWedding yang telah berlangsung dengan jayanya : Majlis Malam Berjaga-jaga (berlangsung selama seminggu sebelum majlis sehingga majlis perkahwinan)Majlis Berbedak-bedak mandiMajlis Khatam Al-QuranMajlis Menerima Berian dan Akad NikahMajlis Malam Berbedak dan BerpacarMajlis PerkahwinanMajlis Malam Ambil-ambilan
Majlis Malam Ambil-ambilan. Kalau kita di Malaysia, kira macam lebih kurang majlis potong kek yang…

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME

Happy belated birthday to me. Oyeahh rasa tak lengkap blog ni kalau tak update entri pasal birthday diri sendiri, sebab setiap tahun memang akan up entri pasal birthday sendiri. Lol. Birthday tahun 2013 tiada apa yg menarik dan menggembirakan sangat. Mungkin sebab usia dah semakin meningkat, orang wish ka tidak wish ka lambat wish ka langsung tidak wish ka, nampak normal saja. Apatah lagi mau celebrate? Tiada efek dah mungkin sebab usia dah semakin meningkat hahaha.Apapun, alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk terus hidup di usia 26 tahun..26 tahun???? urghhh..orang lain kalau 26 tahun ni dah ada kerja tetap, dah ada aset sendiri, dah ada keluarga sendiri..ya ya ya..jangan mengeluh please jangan mengeluh..bukan tak bersyukur, kalau tak bersyukur, lama dah buat kerja gila hoho.Kita manusia ni memang susah nak lari dari sikap mengeluh..hayooo. Astagfirullah al azim. Walaupun rasa kurang happy, tepat jam 12 masa 7 june aritu, sepupu sepapat jua la yg menyenangkan hati. Kebetulan…