Skip to main content

VICTORIA'S SECRET MURAH?

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Ni dah masuk minggu kedua, tak habis-habis lagi cerita pasal percutian lepas, 1-5 Mei 2013 di KL. Tak sabar nak update entri seterusnya tentang jumpa blogger JueHanie, Eva Romina dan Saiazuan. Fuhh sabar-sabar. Okey, ni nak cerita pasal Victoria's Secret. Best sangatkah perfume VS tu? Gilerrr tak best haha. Menyesal habis tak beli perfume 'Very Sexy'. Arghhhh menyesal menyesal !! Perfume botol kecik Very Sexy dah habis. Di mana saya nak cari di Sabah ni? Lol. Tiba-tiba pulak ada gambar H&M tu, nak bagitau dia pergi H&M la tu. Yayyy. Tak beli apa-apa pun di H&M tu, tiada yg menarik perhatian saya sebab masa tu di kepala dok ingatkan GM Klang Wholesale haha.

Sebenarnya, harga barangan Victoria's Secret ni tak lah terlalu mahal, sama juga lebih kurang macam jenama yang lain tu. Lagi mahal, lagi la tahan lama baunya. Yaka? memandai. Contoh macam dalam gambar di atas tu, pakej sekotak body mist dan lotion  'Love Spell' juga percuma cermin muka wangi tu hanya RM66. Body mist Voctoria's Secret sekitar RM50 (harga di KLIA) dan RM53 (harga di kedai VS). Kalau harga perfume VS, standard harga mengikut jenis. Berbeza sangat bau body mist original VS dengan yang ciplak tu. Jadi, kamu hati-hati kalau jumpa body mist VS yang murah tu. Tengok label di belakang botol dan penutup botol. Kalau yang fake tu, akan tulis Secret Garden di belakang botol. Kepada yang menjual body mist fake tu, janganlah menaruh harapan palsu kepada penggemar body mist VS. Bagitaulah kat orang tu yg body mist tu seakan sama saja, tapi bukan original. Kan senang? Kalau jual murah dari harga sebenar original tu, takpalah. Ni tidak. Dah la jual harga yang sama dengan harga original, tipu pulak tu. Haiyaaa.

Gambar sebelah kiri tu, kami berteduh di bangunan apa entah tu, lupa dah nama tempat tu, sebab masa jalan kaki dari Pavilion tu tiba-tiba hujan lebat. Gambar sebelah kanan tu, entah bila dan di mana. Agak failed mengenal lokasi kejadian hehe. Terasa diri begitu muda pulak bila berdiri sebelah budak darjah enam haha.

Okey, sekian terima kasih :)

TAG: VICTORIA'S SECRET, VICTORIA'S SECRET LOTION, VICTORIA SECRET PERFUME, VICTORIA SECRET BODY MIST, VICTORIA SECRET MURAH, H & M, CUTI CUTI, VICTORIA'S SECRET MALAYSIA, H & M MALAYSIA, HARGA BODY MIST VICTORIA SECRET ORIGINAL, VERY SEXY VICTORIA SECRET, LOVE SPELL, BODY MIST VICTORIA SECRET FAKE, SECRET GARDEN

Comments

KMK LAGIKLAH X TAUK ADA KEDEY VS DI KAY ELL..HAHA
Fairul Azmi said…
Orang perempuan memang suka berjalan. Window shopping, blogwalking. :)

Best ke victoria secret ni? Bau wanginya tahan?
Fairul Azmi said…
Orang perempuan memang suka berjalan. Window shopping, blogwalking. :)

Best ke victoria secret ni? Bau wanginya tahan?
Tia Fatihah said…
victoria secret ni memang mahal kak. tapi ada satu tu victoria secret juga, tia suka. punya wangi. lembut ja baunya. btw, bha .. cantiknya kak yann :)
Salwa said…
Saye pun servey perfume victoria secret. Body mist tak mahal sangat. Tapi perfume eu de toilete VS macam perfume lain. Lebih kurang je. Dan most of perfume dia bau manis, tajam dan seksi..saye rasa la. Hehe.
wahida said…
mmg murah tu...
Acik said…
Untunglah ... Hahahaaaa!
Hanie Dew said…
shopping sakan dia kan.
macam sebaya je la.. sekelas ka kamu? hihih..gurau jak yann.
Anonymous said…
Visit facebook page "VS Lovelylicious". Byk brg2 VS original jual harga kilang. Lg murah dr Pavi/ KLIA.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …