Skip to main content

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU. SELAMAT HARI MAK SEDUNIA 12 MEI 2013

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Hari ni semua anak-anak di dunia menyambut hari ibu. Di setiap sudut news feed laman sosial memuat naik gambar kek dengan ucapan 'Selamat Hari Ibu', hadiah-hadiah dengan ucapan 'Kami Sayang Mak' dan gambar anak dan ibu dengan pelbagai ucapan tanda penghargaan kepada insan bergelar IBU. Anak mana yang tak sayang emaknya? Mungkin, bukan semua bernasib baik yang masih mempunyai mak pada masa sekarang, jangan bersedih kepada yang ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Ibu kita sentiasa berada di dalam hati kita tak kira masa, hari dan tempat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada kami untuk meneruskan sisa-sisa hidup kami bersama insan hebat bergelar 'Mak'. Comel tak Mak Ton dengan anaknya di atas tu? hehe

sumber : http://youtu.be/MRenlHcoSrk
Video ni dah lama saya buat, sekitar tahun 2011 dan dah pernah publish pun di blog sebelum ni dalam entri INI. Boleh guna lagi ni hehe. Bolehlah lihat wajah comel saya masa kecik haha.


Mak, Selamat Hari Ibu. Hari-hari pun hari ibu. Sorry mak, tiada kek sempena hari ibu macam orang lain buat hari ni. Tapi, tak semestinya kami lupa mak. Kami sentiasa ingat hehe. Lain orang, lain caranya mengekspresikan rasa sayangnya dan penghargaan kepada maknya. Zaman sekarang kan dah canggih, semuanya di hujung jari. Kadang-kadang upload gambar-gambar yg bagi kita itu sesuatu yg indah dan bahagia, tapi kadang-kadang kita terlupa mungkin ada insan yg sedih bila melihatnya kerana tidak mampu merasai detik bahagia itu. Maaf sekiranya gambar-gambar yg bagi kita ianya 'happy' tapi menyinggung perasaan kalian. Tiada niat di hati mengguris hati kalian. Semoga kita semua sentiasa bahagia dan meraih kebahagiaan bersama-sama insan tersayang. Selamat Hari Mak kepada semua yg bergelar Mak :)

Comments

Fairul Azmi said…
Ibu insan istimewa. sampai ada ungkapan syurga dibawah tapak kaki ibu.

Semoga kita dapat jadi anak soleh solehah. Ingatlah, jika hari ini kita layan ibu bapa dengan buruk, anak2 kita sedang melihat.

Jangan sampai mereka melayan kita sebegitu pula kelak.

Selamat Hari ibu. AZMI Pakar Menyelamatkan Manusia
amy1906 said…
Selamat hari ibu... :)
[sutera kasih] said…
@Fairul Azmi:
betul tu...thanks for your comment :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …