Skip to main content

PENGALAMAN MENGUNDI KALI PERTAMA YG SANGAT KELAM KABUT (PRU13)

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Sebelum ni dah pernah mengeluh sebab tiket pulang berlanggar dengan tarikh hari mengundi. Apa boleh buat, demi tanggungjawab terhadap negara kan, beli tiket baru pulang pagi hari mengundi. Dah la kali pertama nak pegi mengundi. Sabar sajalah. Kami sampai KLIA seawal jam 3 pagi. Sampai-sampai ja, bergelimpangan pulak manusia-manusia entah dari mana datangnya dan hendak ke mana. Malas nak ulas, isu sensitif. So, pagi-pagi tu masing-masing perut meragam, bayangkanlah tak mandi sehari tu, nak mandi di mana, kan? Malas nak check in hotel, fikir risau jalan raya sesak lagipun macam membazir pulak sebab flight awal pagi jam 7.30. Memang tragik gila lah keadaan kami masa tu haha.

Sebelum subuh tu, kami pergi isi perut dulu di KFC. Pun tiada selera nak makan tapi perut lapar. Tiba-tiba pulak dapat SMS dari MAS, bagitau flight delay pulak pegi jam 8.30 pagi. Sabar ja la. Mak dah bising sebab risau tak sempat balik mengundi. Lepas tu, pergi surau nak solat subuh dan tunggu di sana sampai masuk ke dalam ruang menunggu. Dalam kapal, dua-dua member dah lowbat sangat dah, makan pun tak nak dah. Tapi, aku semangat pulak nak makan haha.

Lebih kurang jam 11 macam tu sampai dah di KKIA. Keluar dari KKIA pun dah jam 12 macam tu. Masa on the way nak pulang tu, terperangkap pulak dalam jem. Arghhh tension. Dah la tak mandi lagi ni, jumpa jem lagi. Dekat setengah jam jugaklah nak tunggu clear. Next election, please lah pilih sekolah yang berada jauh dari jalan raya besar, jangan pilih sekolah tepi jalan raya, menyusahkan pengguna jalan raya la bila dah kena jem macam tu.

Akhirnya sampai juga di pusat mengundi. Masa tu orang dah mula berkurangan. Mak kata awal pagi ramai orang berbaris panjang. Masa giliran aku tu, datang terus cek nama, lepas tu terus masuk bilik mengundi, lepas tu tadaaaa selesai. Tak sampai 5 minit. Syukur alhamdulillah, aku tawakal saja dengan Allah Taala dengan wakil rakyat yang ku pangkah tu. Diharap dapat menjalankan tanggungjawab memperjuangkan nasib dan hak rakyat. Jangan pula, masa pilihanraya saja tunjuk muka, habis pilihanraya tak muncul-muncul. Jangan main-main dengan rakyat zaman sekarang, terutamanya anak muda. Semuanya sudah bijak berfikir dan tahu membezakan mana yang baik dan tidak. Rakyat dah masak dengan permainan politik ni. Jangan 'gula-gula' kan rakyat dengan bantuan yg hanya sementara.

Oyeahhh dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Saya memerhati dari jauh apa tindakan dan kemajuan yang akan diberi oleh wakil rakyat yang saya telah pilih di kawasan saya dalam masa 5 tahun. Mana yang tak betul dan kurang menyenangkan di pandangan mata saya, bersedialah dengan senjata pena saya dalam blog haha. Poyo. Menulis pun kena ingat undang-undang sekarang, tak boleh blogging sesuka hati. Memang negara kita negara demokrasi, tapi biarlah 'bersuara' secara bijak, bukannya membabi buta. Apa-apa pun, tahniah kepada pihak yang menang dalam PRU13 baru-baru ini. Syabas kepada wakil-wakil rakyat yang telah dilantik. Jangan mudah rasa selesa dengan jawatan yg anda pegang, ianya merupakan cabaran besar dan amanah besar yang harus dipikul. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara !

TAG : PENGALAMAN MENGUNDI, MENGUNDI KALI PERTAMA, SALURAN PERTAMA KALI MENGUNDI, PILIHANRAYA UMUM 13, PILIHANRAYA MALAYSIA, PRU13, GE13, PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA, KERAJAAN MALAYSIA, DALWAT KEKAL, SITUASI MENGUNDI, HARI MENGUNDI 2013, MENGUNDI 5 MEI 2013

Comments

Nurzakiah Hanum said…
bagus2 dah tunaikan
Cik Aish said…
hehe biasala pengalaman pertama...suspen sikit..hik
hee sama la, 1st time gak ngundi aritu
ciK LyndaWawa said…
wah.. lambat cita tok.. p xpa.. updet2.. hehehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …