Skip to main content

MY BESTFRIEND'S WEDDING, FIFFY KHAZRINA YANTY & FAUZEE

sumber : Facebook AkuDia Picthography
Asslamualaikum dan hello my readers ! :)
Ini merupakan entri autopublish yang sengaja di post pada 31 Mei 2013 bersempena tarikh penting buat rakan karib kesayangan kami, Fiffy Khazrina Yanty. Pada hari ini mungkin aku pun tengah sibuk dengan kenduri nikah sepupu ku, insya Allah jika dipanjangkan umur. Sebab tu la, aku tak dapat nak hadir majlis pernikahan kawan baik ku sorang ni si Fiffy. Maaf la sahabatku sayang, sahabatmu ni tak dapat nak menghadiri hari bersejarah dlm hidup kamu tapi sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kamu berdua. Sedihnya :'(

Fiffy Khazrina Yanty & Fauzee. Kedua-duanya sahabat baik ku. Suka dan duka kami lalui bersama semenjak zaman belajar di UMS sehinggalah sekarang. Semua kenangan manis dan pahit bersama diorang berdua ni sentiasa diingat. Kami pernah juga berselisih faham, kami pun manusia biasa jugak tak lari dari kesilapan. Bila ingat semula, kadang lucu juga tapi semua tu ada ada hikmah. Bukan mudah jadi Fiffy Khazrina Yanty yang sentiasa busy ya hehe. Aku cukup kenal orangnya, dia sangat baik orangnya. Sangat tidak berkira dan paling penting, dia seorang kawan yg sangat caring dan bila diberi tugasan, dia akan berusaha laksanakan sebaiknya walaupun dirinya sakit..bila kawannya dlm kesusahan, dia pasti akan cuba bantu sebaiknya walaupun dirinya pun susah..itulah si Fiffy, memang begitulah sifatnya. Kadang-kadang bikin geram jugak si Fiffy ni, puas jugak ku marah-marah si Fiffy ni sebab degil yg teramat haha.

sumber : AkuDia Picthography

Lagi lucu, bila kami sama-sama 'kering' tiada duit, kami akan kongsi apa-apa saja yang penting perut kenyang hehe. Fiffy jenis bukan kedekut walaupun dirinya 'kering kontang'..memang itulah dirinya. Si Pojiek tu pun baik, sama perangai diorg. Biar diri mereka susah dan sakit, yang penting diorg dapat tolong selesaikan masalah org sekeliling diorg terutamanya keluarga & kawan. Biar diorg jauh di utara, sanggup juga tu turun semata-mata mau menolong. Bersyukur sangat sebab Allah kurniakan aku kawan-kawan yg sgt baik di sekelilingku. Tapi, si Fiffy ni ada jugak kelemahannya ni. Aku jak tau ni, kan Fiffy kan haha. Biasalah kita tiada yg sempurna bah, tapi kita sentiasa berusaha untuk jadi yg lebih baik dari semalam :)

31 Mei 2013, tarikh istimewa buat sahabat kesayanganku, Fiffy dan Fauzee. Buat Fauzee a.k.a Pojik, tolong jaga sahabat kesayangan kami dengan sebaiknya. Jangan sakitinya mahupun melukainya. Kami tahu, kau lelaki terbaik yg akan jaga sahabat kesayangan kami hingga ke akhir hayat. Semoga menjadi suami yg soleh buat si Fiffy. Lagi satu, kalau kami bawa Fiffy jalan, izinkan ya hehe. Buat Fiffy, semoga menjadi isteri yg solehah buat suamimu, jangan malas masak ya dan jangan suka 'mengambur' rumah hehe. Jangan kuat nangis lagi bila dah jadi bini orang, esok lusa insya Allah mau jadi mak budak dah, semoga kuat dan sentiasa tabah mengharungi lembaran baru dlm kehidupanmu Fiffy. Paling penting, kami sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu berdua dan jangan lupakan kami ya ! :)

sumber : Facebook AkuDia Picthography

We love you Fiffy so much ! We hope kamu suka dengan hadiah perkahwinan kamu hehe. Make sure, kongsi gambar-gambar kamu nanti, ok? Kami mau baby yg comel-comel ya? hahaha. Aku sayang ko PP, sahabat ku dunia dan akhirat :')

Comments

amy1906 said…
slmt pngtn bru gak to fify n pojee...
Liza Razak said…
sama cantik dan sama padan diorang ni :)
Mimi Azirah said…
Cntik2 pic pre wed die
xila dot said…
giler berseni lahai gambaq nya...semoga depa dua bahagia till jannah. selamat hari lahir yann
MasyaAllah tears downnn! Superr loved and love u sayang dunia akhirat. No words can i say except imlove u dunia akhirat n thankss dear for everything
ciK LyndaWawa said…
wah.. kacak.. kitak tek bila gik oo.......

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …