Skip to main content

ADA APA DENGAN PAVILION KUALA LUMPUR?

Assalamualaikum dan hello my readers! :)
Sebelum ni aku agak hairan jugaklah bila sebut ja Pavilion KL, mesti orang akan cakap, "Wahh, wooo pegi Pavilion"..."Wowww..Pavilion tuuu". Rupanya, aku faham dah kenapa kebanyakan orang cakap macam tu. Ibarat jugaklah kalau di Sabah, kau pergi mana arini? Pergi 1B (1 Borneo). "Macam kamu pegi 1B"..haaaa kan sama?? haha. Ala, tak kesahlah nak pergi shopping mall atau kedai tepi jalan, bagi saya semua tu sama saja bah. Dua-dua tempat tu pun guna duit. Jalan-jalan jak bah cuci mata, semua orang boleh pergi, jadi jangan malu-malu, sama jak tu hehe.

Ada apa dengan Pavilion KL? Hahh tak semestinya kau bergambar di dinding jenama mewah tu, kau kena beli barangan tu. Bukan dilarang pun kau nak bergambar kalau tak beli. Gambar jak pun hehe. Diorang tu sebenarnya lawan air siapa paling sedap, sebab salah satu flavour air tu tak sedap hehe.

Kebetulan minggu yang sama, aunt dan uncle saya dari Kuching pun bercuti ke KL. Jadi kami berjanjilah keluar jalan-jalan sama-sama untuk satu hari. Sebelum pergi Pavilion, kami dah 'bersenam' borong barang di GM Klang Wholesale hehe. Dalam gambar tu sepupu kecik saya, Ashraff. Dia baru darjah enam, tinggi kami pun dah sama. Saya pun darjah enam haha.

Jauh perjalanan kami sampai ke Tokyo Street haha. Kononlah. Percaya tak, kami semua dalam gambar tu muat dalam kereta proton iswara yg lama tu? Percayalah! yang ambik gambar kami ni sepupu jugak dan merangkap driver kami hari tu. Sakit satu badan untuk hari tu haha. Memang gila, dari Jalan TAR sampai ke Bukit Bintang bersempit-sempit dalam Iswara. Pengalaman yang tak boleh dilupakan !

#NOTA KAKI : Di Pavilion KL tu, kebanyakkannya kedai-kedai yang bertaraf butik mewah untuk VVIP hehe. Jadi, mesti kamu faham kan? Kami ke sana cuma nak cari kedai Victoria's Secret ja, tapi harga mahal sedikit berbanding harga di airport hehe.

sambungan dari :
TAG : PAVILION KUALA LUMPUR, SHOPPING PAVILION, PAVILION MEWAH, TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR, CUTI CUTI MALAYSIA, TEMPAT SHOPPING MALAYSIA, DESTINASI PERCUTIAN MALAYSIA, SYURGA SHOPPING, CHATIME, FAMILY HOLIDAY, TOKYO STREET, GUESS PAVILION

Comments

sggh pon jdlah kan..hihi
||aLeaSaRa|| said…
wah kak lea lama tak gi sana..pergi pun masa baru sangat2 bukak :)
hehehe pasni mai la jejalan kat smban pulak.. tapi xde skycrapper la..hehehe
Maii Adinda said…
singkatannya pavi kak. hehe
Nurzakiah Hanum said…
selamat pagi
singgah pagi :)
wahida said…
selalu gak gi pavillion...tapi tak shopping, suka jalan2 carik mkn kat sana...heheh...
xila dot said…
penah g skali je tgok wyg...harga tix wyg sana lebih mahal..aishhh
Mi Mal said…
Wow pavilion hehehe :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …