Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

YSL WEDDING: MAJLIS BEDAK BEDAK MANDI

Assalamualaikum & hello!  :)
Kelmarin petang ada majlis bedak bedak mandi, apa tu? Ni kira adat orang di sini sebelum nikah. Kiranya macam kita di Malaysia biasanya dipanggil mandi bunga, kan? Tapi di Brunei dibuat majlis sederhana yg dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Sebelum pengantin dimandikan oleh 'pengangun', pengantin akan duduk berhias cantik di depan tetamu dan disapu sedikit bedak di dahi pengantin oleh org2 tua. 'Pengangun' tu apa lg? Pengangun tu kira macam penjaga pengantin tu sepanjang majlis berlangsung. Pengangun tu memang dh berpengalaman dlm hal2 kawen, org tua perempuan hehe.Kalau di Sabah ada majlis malam berbedak, sini pun ada jugak, dah nama jiran kan? Adat pun lebih kurang sama. Tapi malam berbedak berbeza ya dari bedak bedak mandi. Selepas majlis bedak bedak tu, tetamu dijamu selera dengan jamuan ringan. Semasa tetamu makan, pengantin naik ke bilik untuk 'dilulut' dengan bedak. Kalau org sarawak kata 'berkaser'. Lebih kura…

HAPPY HOLIDAY PEEPS! !

Assalamualaikum & hello readers!
Oyeahhh cuti sekolah dah start..bagi org brrkantin sekolah mcm aku ngan mak, memang heaven la sbb dpt cuti hehe. Cepatnya masa berlalu, kan? Rasa mcm baru awal tahun aritu pulang dari brunei, ni pegi lagi sebab wedding sepupu, si kakak. Rasa mcm tak percaya kakak kejap lagi jd bini org hehe.Semalam kami ambil flight ke Miri terus direct jalan darat ke Brunei, dekat saja bah. Kali ni kami malas nak naik feri dari menumbok ke labuan & kapal ekspress dr kk ke labuan sebab malaslah mau terheret-heret dgn brg pastu, kan bawa beliau org tua, kesian pulak nanti huhu. Pendek cerita, tenghari camtu kami pun sampai. Selamatlah rmh diorg ni ada wifi, kalau xda, semua melopong tgk dinding hihi.Minggu depan rombongan family dari Kuching Sarawak lagi datang, yahoĆ²oo lama x berkumpul ramai-ramai camni. Maksudnya aku jak la sebab dua tahun yg lepas ada dua wedding family yg diorg kumpul ramai-ramai jgk, tapi aku ja la xdpt nk dtg sbb join GEMS huhu.Aku paling…

PENGALAMAN MENGUNDI KALI PERTAMA YG SANGAT KELAM KABUT (PRU13)

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Sebelum ni dah pernah mengeluh sebab tiket pulang berlanggar dengan tarikh hari mengundi. Apa boleh buat, demi tanggungjawab terhadap negara kan, beli tiket baru pulang pagi hari mengundi. Dah la kali pertama nak pegi mengundi. Sabar sajalah. Kami sampai KLIA seawal jam 3 pagi. Sampai-sampai ja, bergelimpangan pulak manusia-manusia entah dari mana datangnya dan hendak ke mana. Malas nak ulas, isu sensitif. So, pagi-pagi tu masing-masing perut meragam, bayangkanlah tak mandi sehari tu, nak mandi di mana, kan? Malas nak check in hotel, fikir risau jalan raya sesak lagipun macam membazir pulak sebab flight awal pagi jam 7.30. Memang tragik gila lah keadaan kami masa tu haha.
Sebelum subuh tu, kami pergi isi perut dulu di KFC. Pun tiada selera nak makan tapi perut lapar. Tiba-tiba pulak dapat SMS dari MAS, bagitau flight delay pulak pegi jam 8.30 pagi. Sabar ja la. Mak dah bising sebab risau tak sempat balik mengundi. Lepas tu, pergi surau nak so…

THE LOAF, SOGO BERSAMA BLOGGER COMEL DAN KACAK

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Akhirnya sampai jugak giliran post entri jumpa blogger hehe. Marathon blogging ni buat entri autopublish dari 13 Mei sampai 22 Mei 2013. Kami janji nak jumpa di Secret Recipe Sogo. Tapi diorang kata Secret Recipe dah tiada, dah ganti dengan The Loaf, jadi layan ja la jumpa di The Loaf. Memang tak sabar nak jumpa geng-geng blogger saya ni, sebelum ni dah pernah jumpa Eva di Kuching tahun 2011. Kali ni pertemuan kali kedua la dengan Eva yang ngegeh itu hehe. Thanks Izza sebab sudi temankan jumpa geng blogger ni. Izza tak aktif blogging dah huhu. 
Walaupun dapat jumpa sekejap saja, dalam masa sejam macam tu la, tapi ianya satu pertemuan yg sangat best. Mula-mula Hanie yang sampai dulu, lepas tu Eva. Lepas tu, Jue pun sampai. Eh tiba-tiba ada Zuan jugak. Konon nak buat kejutan lah si Zuan tu hehe. Oleh sebab Zuan nak kejutan sangat, hahhh tak cukup ole-ole dari Sabah nak bagi, sorry Zuan huhu. Bestlah dapat jumpa semuanya, apa yang kamu nampak da…

SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI - IZZA IZALIS

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Sehari sebelum pulang mengundi, luangkan masa dengan sahabat kesayangan saya si Izza ! Thanks a lot Izza sebab sudi turun dari Ipoh ke KL semata-mata nak jumpa kawannya datang dari Sabah ni hehe. Cuma rasa macam tak cukup sehari luangkan masa dengan Izza, rasa macam singkat sangat. Insya Allah bulan Jun nanti Izza datang KK pulak. Dan seterusnya macam tu la, kalau ada masa dan tiket murah, saya pulak nanti ke KL jumpa Izza hehe. Now everyone can fly, gitewwww !
Dari selepas jumpa rakan blogger (akan update lepas entri ni) di Sogo, singgah sekejap ke kedai Lady First cari jubah lepas tu kami terus bergerak laju menuju ke PWTC. Masa 4 Mei tu, rasa masa sangat-sangat bernilai, limited sangat masa sebab sebelah malam kena bergerak ke airport pulak awal huhu. Dengan keadaan orang ramai di LRT, kami teruskan juga niat ke Pesta Buku di PWTC sekali jumpa classmate. Haaaa tu la anak kepada classmate yang kami jumpa, nama baby tu Iqbal. Comel sangatkan…

VICTORIA'S SECRET MURAH?

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Ni dah masuk minggu kedua, tak habis-habis lagi cerita pasal percutian lepas, 1-5 Mei 2013 di KL. Tak sabar nak update entri seterusnya tentang jumpa blogger JueHanie, Eva Romina dan Saiazuan. Fuhh sabar-sabar. Okey, ni nak cerita pasal Victoria's Secret. Best sangatkah perfume VS tu? Gilerrr tak best haha. Menyesal habis tak beli perfume 'Very Sexy'. Arghhhh menyesal menyesal !! Perfume botol kecik Very Sexy dah habis. Di mana saya nak cari di Sabah ni? Lol. Tiba-tiba pulak ada gambar H&M tu, nak bagitau dia pergi H&M la tu. Yayyy. Tak beli apa-apa pun di H&M tu, tiada yg menarik perhatian saya sebab masa tu di kepala dok ingatkan GM Klang Wholesale haha.
Sebenarnya, harga barangan Victoria's Secret ni tak lah terlalu mahal, sama juga lebih kurang macam jenama yang lain tu. Lagi mahal, lagi la tahan lama baunya. Yaka? memandai. Contoh macam dalam gambar di atas tu, pakej sekotak body mist dan lotion  'Love Spe…

JUMPA FATIMAH SYARHA DI PESTA BUKU 2013

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Sabtu sehari sebelum hari mengundi, sempat jugak ke Pesta Buku Antarbangsa 2013 di PWTC. Terima kasih my bestfriend, Izza sebab sanggup heret diri ini ke sana dengan keadaan penuh sesak di LRT sampailah ke PWTC. Sanggup tu tak ikut diorang Dian dan Izzah ke Nilai semata-mata nak ke Pesta Buku, maklumlah saya kan hantu buku haha. Beli majalah ujang tu gara-gara nak beg kertas ujang jak, sebab beg kertas ujang sangat cantik dan stylo ! Buku-buku tu saja sempat dibeli, kalau boleh semua buku nak beli, nasib baiklah waras lagi hehe.
Fatimah Syarha Mohd Noordin. Memang tidak dijangka mahupun terlintas di fikiran nak bertemu dengan my favourite penulis buku motivasi islamik ! Masa dapat jumpa tu, sampai tak terkata apa-apa haha. Bila diingat semula, lucu pulak. Dia tanya dari mana ni, dengan jujurnya saya jawab dari Sabah kak. Terkejut dia sebab datang dari jauh tu hehe. Bestnya dapat salam dan peluk insan yang saya sangat-sangat kagumi dalam dunia …

MAKAN MAKAN SEDAP DI KL

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Maaf kepada yg berpuasa di bulan Rejab sebab hari ni update entri makanan. Comel-comel kan aiskrim dalam gambar tu? Sebenarnya nak cari aiskrim Turki, tapi tak jumpa-jumpa. Bukan rezeki huhu. Jadi, makan ja la aiskrim Korea di Tokyo Street, Pavilion tu. Hahh jangan beli aiskrim yang green tea warna hijau tu ehh kalau korang bukan peminat green tea. Sebab, aiskrim tu rasanya pahit sedikit lepas tu dalam aiskrim tu ada red bean, jadi macam pelik sedikit rasanya huhu.
Di Jalan TAR tu ada banyak makanan sedap-sedap terutamanya cendol. Yummy. Tapi hanya gambar tu saja yang sempat diambil. Besar kan donut a.k.a kuih gelang tu? Kalau makan confirm tak muat di mulut, dah macam donut terbesar di dunia pulak hehe. Keropok lekor di sana memang sedap, sedap sangat !
Makan di sini memang sedap sangat-sangat. Suasananya pun nyaman. Nama restoran ni Restoran Sakura Kristal di KL Festival City. Malam tu, abang kepada Kak Dian yang belanja makan malam. Rezeki…

ADA APA DENGAN PAVILION KUALA LUMPUR?

Assalamualaikum dan hello my readers! :) Sebelum ni aku agak hairan jugaklah bila sebut ja Pavilion KL, mesti orang akan cakap, "Wahh, wooo pegi Pavilion"..."Wowww..Pavilion tuuu". Rupanya, aku faham dah kenapa kebanyakan orang cakap macam tu. Ibarat jugaklah kalau di Sabah, kau pergi mana arini? Pergi 1B (1 Borneo). "Macam kamu pegi 1B"..haaaa kan sama?? haha. Ala, tak kesahlah nak pergi shopping mall atau kedai tepi jalan, bagi saya semua tu sama saja bah. Dua-dua tempat tu pun guna duit. Jalan-jalan jak bah cuci mata, semua orang boleh pergi, jadi jangan malu-malu, sama jak tu hehe.
Ada apa dengan Pavilion KL? Hahh tak semestinya kau bergambar di dinding jenama mewah tu, kau kena beli barangan tu. Bukan dilarang pun kau nak bergambar kalau tak beli. Gambar jak pun hehe. Diorang tu sebenarnya lawan air siapa paling sedap, sebab salah satu flavour air tu tak sedap hehe.
Kebetulan minggu yang sama, aunt dan uncle saya dari Kuching pun bercuti ke KL. Jadi …

HOTEL CITIN, MASJID JAMEK, JALAN TAR KUALA LUMPUR : PENGALAMAN

Assalamualaikum dan hello my readers ! :) Kita sambung lagi. Setelah sampai di KLIA, jalan-jalan dulu sekejap cuci mata, sempat juga beli victoria's secret body mist sebotol sebab di airport bebas cukai hehe. Kami ambil keputusan naik teksi dari KLIA ke Hotel Citin. Kenapa? Sebab agak murah sedikit berbanding naik LRT, RM35 seorang. Naik bas jimat lagi sebenarnya dalam RM10 saja, tapi malaslah nak berangkut luggage bag dan bersesak naik bas. Dah la penat, okey juga la naik teksi dari KLIA ke Hotel Citin lebih kurang RM75 untuk tiga orang. Untung jugak sebab dapat teksi baru, kereta Sentra pulak tu selesa gilerrr. Pakcik teksi tu cakap kereta tu baru keluar dari plastik 2 minggu sebelumnya hehe. Agak peramah pakcik teksi tu, dia bekas tentera pernah bertugas di Sabah dan baru saja kerja jadi pemandu teksi. Bila kami cakap minta hantar ke Hotel Citin, haaa dia pun tak tau di mana hotel tu, tapi dia baik, sanggup pusing-pusing cari hotel tu sampai jumpa hehe.
Cerita pasal Hotel Citi…

MALINDO AIR : PENGALAMAN NAIK KAPAL MALINDO

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Okey lewat seminggu nak 'update' blog. Entri terakhir pun cerita pasal BERCUTI SEBELUM MENGUNDI. Bercuti ke mana? Bercuti ke KL saja, tak jauh pun hehe. Sebelum ni, biasa naik kapal tambang murah Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) kalau nak 'fly' ke mana-mana. So kali ni, kita cuba naik kapal terbang Malindo Air dengan tagline nya "Bukan Sekadar Tambang Murah" yang menggunakan konsep "Hybrid Airlines" iaitu keselesaan dengan tambang yang murah. Ia adalah usahasama antara NADI (National Aerospace & Defence Industries) dan Lion Air Indonesia (sumber).
Malindo Air juga menawarkan pilihan kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Tapi bagi saya, tempat duduk kelas ekonomi tu pun dah cukup selesa dan luas, siap boleh angkat-angkat kaki hehe. Menurut blog Jomlahbercuti.com, Malindo Air memberikan keluasan 32 inches seat pitch, berbanding Air Asia dengan 29.5 inches seat pitch dan Malaysia Airlines (MAS) 30 inches …