Skip to main content

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT (THE TIP OF BORNEO)

Assalamualaikum dan hello !
Tanjung Simpang Mengayau, Kudat atau juga dikenali sebagai The Tip Of Borneo iaitu bahagian paling utara Borneo, yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan  (sumber). Boleh rujuk dalam gambar di atas, nampak tu dekat bahagian tanduk peta Sabah tu? Sabtu lepas, ada kerja luar di Perpustakaan Negeri Sabah, di daerah Kudat. Orang cakap, sambil menyelam minum air, kan? Jadi sebelum pulang tu, singgah sekejap di Tanjung Simpang Mengayau, nak tengok dengan mata kepala sendiri. Sebelum ni, semua kawan-kawan cakap tempat tu tersangatlah cantik. Bila dah jejak kaki, betul lah tempat tu sangat-sangat cantik!. Memang rugi kalau pergi Sabah tak singgah Tanjung Simpang Mengayau. Memang rugi kalau dah duduk di Sabah ni tak pergi jalan-jalan tengok kecantikan negeri sendiri hehe.

Hahhhh...cantik kan? cantik kan? kan? tu baru nak mula berjalan kaki, dah rasa nak semput sebab jauh tu nak naik atas bukit tu haha dasar gemuk malas jalan kaki. Tapi, cuaca di sana memang sangat-sangat panas.Bukan macam panas biasa tu, rasa panas tepi laut. Memang 'terbakar' habis kulit muka. Sabar ja la hehe. Nasib baik di hembus angin laut yang sejuk dan nyaman. Tempat ni memang jadi kesukaan pasangan yang sedang bercinta (sudah kahwin), sebab ala-ala romantik gitu. Tempat honeymoon untuk pasangan yang baru berkahwin pun okey jugak sebab kat Tanjung Simpang Mengayau ni pun ada disediakan tempat untuk bermalam seperti chalet dan resort.

Tadaaaa...saya dah sampai di Tanjung Simpang Mengayau, bahagian paling utara di Borneo, awak bila pula? Biarlah kulit muka ku terbakar, yang penting dah sampai haha. Yang bulat-bulat besar tu, globe yang menjadi tanda mercu tempat ni sebagai tanda lokasi Tanjung Simpang Mengayau, tertera peta negeri Sabah di atas permukaannya. Memang tak sah sampai di Tanjung Simpang Mengayau kalau tak ber'posing' depan globe besar berwarna gangsa emas.

Okey, kami penat dah berjalan kaki ulang alik. Dah semput haha. Thank you so much to my big boss, Sis Liza & suami sebab sudi melayan karenah kami yang teringin sangat nak singgah Tanjung Simpang Mengayau. Cuma, ada beberapa perkara yang buat saya terkilan sepanjang perjalanan ke Kudat. Di tahun 2013, pun masih ada jalan raya yang teruk di Sabah ni terutamanya di kawasan terpencil yang jauh dari bandar. Nak dekat pilihanraya, kebanyakan jalan raya, baru nak dibaiki? Tak faham saya. Jauh bah itu tapi jalan raya tak bagus sangat. Apa pandangan orang luar terutamanya pelancong yang bukan penduduk Sabah? Yang naik kereta besar-besar tu memanglah sedap ja duduk dalam kereta tak rasa pun efek jalan raya berbatu-batu, lagi-lagi kalau yang naik helikopter, tapi kereta yang kecil? Saya cakap berdasarkan keadaan yang saya alami pada 27 April 2013, Sabtu. Kalau jalan raya dah okey selepas tarikh tersebut, syukur alhamdulillah !

Kepada sesiapa teringin nak bermalam di Tanjung Simpang Mengayau, bolehlah hubungi nombor tertera dalam gambar tu, itu ja sempat saya ambil untuk dikongsi dalam blog. Manala tau ada yang tengah mencari contact number hotel, chalet, resort Tanjung Simpang Mengayau dalam Google hehe. Akhir kata, selamat mengundi pada 5 Mei 2013, Ahad. Pangkah pemimpin yang betul-betul boleh dipercayai untuk mentadbir Malaysia. Cepat-cepatlah habis 5 Mei 2013, aku dah lelah dan penat dengan situasi sebelum pilihanraya, PRU13 ni. Bukan penat dari aspek fizikal, tapi lelah dari aspek mental.

NOTA KAKI : Ehh lupa nak bagitau...berapa jam nak ke Kudat? Kami bertolak dari Papar jam 6.40 pagi dan kami sampai di pekan Kudat jam 10.00 pagi..Kalau dari Kota Kinabalu nak ke Tanjung Simpang Mengayau mungkin mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah mungkin. Bergantung dengan kelajuan kereta yang dipandu. Dan bergantung dengan keadaan jalan raya ! huhu

TAG : TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, SIMPANG MENGAYAU KUDAT, PETA SABAH, PETA SIMPANG MENGAYAU, THE TIP OF BORNEO, KUDAT, UTARA BORNEO, TEMPAT PELANCONGAN SABAH, SABAH TOURISM, JALAN KUDAT, CARA KE SIMPANG MENGAYAU, THE TIP OF BORNEO SIMPANG MENGAYAU, SIMPANG MENGAYAU MAP, SIMPANG MENGAYAU HOTEL, SIMPANG MENGAYAU RESORT

Comments

dhiera said…
teringin nak pegi sini! dulu masa jalan2 dekat KK ingt kan dekat. rupe ye jauh jugak..
cntik..bestnya kalau dpt p..
Fairul Azmi said…
Jauh berjalan luas permandangan.

Saya pernah sampai kota kinabalu dan labuan je.

Memang cantik sabah ni. Sesuai dengan gelaran the pearl of borneo kan sutera kasih
xila dot said…
bwk kami pi sini !!
hiiiii
cantik la tempat ni. tenang je tengok :D
Hanie Dew said…
aku baru tanya ko hari tu kan nama tmpt ni..hahaha..dulu dulu aku pegi belum ada resort.
Ismail N said…
Aman damai dengan pemandangan yang amat menarik. Pergi banyak kali pun tetap puas hati..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …