Skip to main content

MENGAPA PERLU MENGUNDI?


Assalamualaikum dan hello readers ! :)
Kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah? Penting sangat sebenarnya. Berdasarkan Penyair German, Bertolt Brecht, beliau melabelkan org buta yg paling teruk ialah BUTA POLITIK. Orang yg tidak ambil bahagian dalam politik seolah-olah tidak mahu peduli dengan segala kos hidup dan hal-hal berkaitan negara. Ada juga yg pertikaikan 'quote' tersebut. Mereka kata, itukan pendapat orang Jerman, tiada kena-mengena dengan negara kita, itu cara hidup mereka. Haaa, itu pertikaian golongan yg ego sebenarnya. Cuba menafikannya hanya semata-mata mahu buat tidak tahu dengan apa yg berlaku disekelilingnya. Mungkin bagi mereka tak nak kusutkan fikiran untuk memikirkan masalah politik negara. Itu namanya pentingkan diri sendiri sebenarnya.


"Sekiranya kita tidak mengundi, orang yg tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila org yg tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global" (Prof Dr Muhaya).

Kesimpulannya, janganlah pentingkan diri hanya kerana anda bencikan sesetengah golongan yg terlibat dalam politik. Jangan sekadar goyang kaki, mulut lantang bersuara mengatakan itu ini tentang politik, sedangkan anda tidak mengundi. Bangkitlah dari 'pemikiran zon selesa'. Undi adalah HAK anda. Jom mengundi (^_^)

Facebook Prof Dr Muhaya : https://www.facebook.com/profdrmuhaya
Blog Prof Dr Muhaya : http://www.drmuhaya.com/


TAG: TUJUAN MENGUNDI, HUKUM MENGUNDI, HUKUM TAK MENGUNDI, HUKUM TIDAK MENGUNDI, KENAPA PERLU MENGUNDI, BOLEH MENGUNDI, PROF DR MUHAYA, TUJUAN DAKWAT KEKAL, KENAPA DAKWAT KEKAL, HUKUM DAKWAT KEKAL, DAKWAT KEKAL TIPU, DAKWAT KEKAL SAH SOLAT, DAKWAT KEKAL SPR, DAKWAT KEKAL PRU13, PROSES PILIHAN RAYA, PILIHAN RAYA MALAYSIA, ISU SEMASA, ISU POLITIK, POLITIK MALAYSIA, UNDI HANTU, PROSES MENGUNDI, PENGUNDI MALAYSIA, PILIHAN RAYA 13, PRU13, SPR MALAYSIA, UMNO, BN, PAS, DAP, KEADILAN, PKR, UBAH, REFORMASI, TRANSFORMASI, UNDI ROSAK, POLITIK KOTOR, LANGKAH PENGUNDIAN PILIHANRAYA, PROSES BERGAMBAR HARI MENGUNDI, JOM KITA MENGUNDI, LAGU MENGUNDI, MARI MENGUNDI

Comments

dhiera said…
mari mengundi!
Ash Give said…
ya aku setuju dgn pendapat dlam entry ni..aku kalau bukan jauh mau jugak aku balik mengundi..kalau aku terlepas kali ni..ini adalah kali ketiga aku tidak mngundi..rugi kan..
Izzat Eshak said…
Mari mengundi!
Buat pilihan yg bijak!!
slmt mengundi semuaaaaaaaaa

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …