Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT (THE TIP OF BORNEO)

Assalamualaikum dan hello ! Tanjung Simpang Mengayau, Kudat atau juga dikenali sebagai The Tip Of Borneo iaitu bahagian paling utara Borneo, yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan  (sumber). Boleh rujuk dalam gambar di atas, nampak tu dekat bahagian tanduk peta Sabah tu? Sabtu lepas, ada kerja luar di Perpustakaan Negeri Sabah, di daerah Kudat. Orang cakap, sambil menyelam minum air, kan? Jadi sebelum pulang tu, singgah sekejap di Tanjung Simpang Mengayau, nak tengok dengan mata kepala sendiri. Sebelum ni, semua kawan-kawan cakap tempat tu tersangatlah cantik. Bila dah jejak kaki, betul lah tempat tu sangat-sangat cantik!. Memang rugi kalau pergi Sabah tak singgah Tanjung Simpang Mengayau. Memang rugi kalau dah duduk di Sabah ni tak pergi jalan-jalan tengok kecantikan negeri sendiri hehe.
Hahhhh...cantik kan? cantik kan? kan? tu baru nak mula berjalan kaki, dah rasa nak semput sebab jauh tu nak na…

FENOMENA GWIYOMI & MOHON DELETE VIDEO GWIYOMI GADIS INI.

Maksud Gwiyomi
Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute. Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. (sumber)
Video Gwiyomi Kanak-kanak Paling Comel. View video at http://youtu.be/2tZ1DWom8WM. Ni antara video gwiyomi kanak-kanak yg paling comel dan aku suka tengok, siap download dalam phone hehe. Seterusnya dua video Gwiyomi yang dibuat oleh dua orang jejaka, tak pasti orang mana. Orang Malaysia la kali tu berdasarkan komen-komen orang kat video tu. Tontonlah sendiri dan nilailah sendiri. Aku nonton untuk menghiburkan hati ja, bagi senaman urat muka, ketawa-ketawa hihi. Gwiyomi Versi Malay Handsome Boy. View video at -----> http://youtu.be/l9viQ2H29CE
Gwiyomi / Kwiyomi Cutie Song Malaysia. View video at ---->  http://youtu.be/0mCu5SEyM6g
Haaa...video Gwiyomi ini pada asalnya aku pernah kongsi dalam facebook (dah padam) dan nak kongsi dalam blog, tapi aku baru terbaca komen-komen dari orang yg mengenali…

MENGAPA PERLU MENGUNDI?

Assalamualaikum dan hello readers ! :) Kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah? Penting sangat sebenarnya. Berdasarkan Penyair German, Bertolt Brecht, beliau melabelkan org buta yg paling teruk ialah BUTA POLITIK. Orang yg tidak ambil bahagian dalam politik seolah-olah tidak mahu peduli dengan segala kos hidup dan hal-hal berkaitan negara. Ada juga yg pertikaikan 'quote' tersebut. Mereka kata, itukan pendapat orang Jerman, tiada kena-mengena dengan negara kita, itu cara hidup mereka. Haaa, itu pertikaian golongan yg ego sebenarnya. Cuba menafikannya hanya semata-mata mahu buat tidak tahu dengan apa yg berlaku disekelilingnya. Mungkin bagi mereka tak nak kusutkan fikiran untuk memikirkan masalah politik negara. Itu namanya pentingkan diri sendiri sebenarnya.

"Sekiranya kita tidak mengundi, orang yg tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila org yg tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu kerana kita tidak…

KENAPA PERLUNYA DAKWAT KEKAL DALAM PILIHANRAYA KE-13?

Tujuan penggunaan Dakwat Kekal?
Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia.
Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa. (sumber) Laporan Jabatan Kimia Malaysia menyatakan ujian dakwat kekal adalah telap air dan kekal pada kulit jari dan kuku.Dewan Rakyat telah meluluskan penggunaan dakwat kekal iaitu salah satu syor dalam Laporan Jawatankuasa Penambah Baikan …

7 LANGKAH PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE 13 MALAYSIA

7 Langkah Pengundian Pilihanraya Umum ke 13 di Malaysia
Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.Keluarkan segera dari Tempat Mengundi. sumber : Facebook Pilihan Raya Umum ke 13
Untuk lebih faham dan jelas tentang suasana semasa proses h…

TARIKH HARI MENGUNDI PILIHANRAYA KE 13 TAHUN 2013

Tahniahlah...tiket flight pulang dari KL 5 Mei...hari mengundi pun 5 Mei 2013 arghhhh !! macam mana ni...hangus tiket dan terpaksa beli tiket baru lagi pulang awal :( MALINDO, kamu bagi tak aku nak tukar tarikh flight secara free? Tak, kan??? uwaaaaa !!

KAMERA INSTAGRAM SOCIALMATIC & POLAROID FUJI FILM HELLO KITTY (WISHLIST)

Assalamualaikum & hello readers ! Sebenarnya lama lagi detik-detik ucapan Selamat Hari Jadi ! Tahun lepas, macam tiada hadiah harijadi dari diri sendiri untuk diri sendiri. Tapi seronok juga sebab dapat sambut harijadi dengan my bestfriend. Jadi, tahun ni mesti nak beli hadiah harijadi dari diri sendiri untuk diri sendiri hehe. Wishlist 2013 bukan alang-alang ya, agak 'membunuh' sebab di luar kemampuan, wishlist suterakasihyann gitu haha. Tapi, ok what berangan? Berangan sampai ke bintang macam angan-angan Mat Jenin. Berangan nak tukar handphone baru, sebab yang ada sekarang tak dapat memenuhi kehendak, cewah. Bunyi macam banyak duit, kerja pun tiada. Samsung Galaxy Note 2 Pink atau Iphone 5. Wahhh heaven kalau dapat. Tapi, memang takkan dapat punya haha. Polaroid Fuji Film. Oyeahhh ni memang dalam pemerhatian sebab harga boleh tahan kira mampu nak beli pakai duit sendiri, siapalah nak bagi hadiah mahal-mahal kalau tak betul-betul hehe. Nak hadiahkan diri sendiri handphone …

DISTANCE & JAR OF HEARTS. LONG DISTANCE RELATIONSHIP & BROKEN HEART.

Dah lama rasanya aku tak bermadah pujangga dalam blog ni. Kira-kira dua tahun lepas memang sangat aktif update entri berkisarkan kisah cinta. Hello? bukan kisah cintaku. Maksudnya di sini, 'ceramah motivasi' bagi mereka yg putus cinta atau yg bermasalah dalam hubungan cinta. Cewahhh geli. Selagi kau tidak berada dalam situasi tersebut, bukan senang kau nak 'up' entri berkaitan kisah perasaan, tau? Bukan mudah. Pedulikan apa org nak kata tentang blog kita, blog jiwang or what so ever, yang penting ada orang lain yg sememangnya memerlukan perkongsian dari kita untuk bangkit semula, ceahhh !
Long distance relationship. Bukan semua orang mampu untuk melibatkan diri dalam situasi hubungan jarak jauh. Ada yang hanya mampu bertahan sekadar di awal dan pertengahan hubungan, kemudian 'kalah' di hujung jalan. Macam aku jugak sebelum ni haha gila pengakuan berani mati. Alasan comel macam biasa orang nak putus, 'kita tiada jodoh'. Ingat senang? bila kau dah ada pen…

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA DAN PROSES DALAM BILIK MENGUNDI

Assalamualaikum dan hello my readers :)
Hari ni mari kita belajar subjek Pengajian Am macam dalam kelas tingkatan enam hehe. Memandangkan parlimen dan dewan undangan negeri dah pun dibubarkan, mari kita baca dan ambil tahu semula proses-proses pilihan raya. Saya yakin masih ramai rakyat di Malaysia ni yang masih tak tahu proses pilihan raya kecuali yang memang sudi ambil tahu. Contoh terdekat, ada yang bertanya, kenapa Najib tak umum lagi tarikh pilihan raya, kan parlimen dah bubar? Haaa nampak tak di situ masih ada segelintir yang tak faham proses pilihanraya. Mari kita ulangkaji semula sebelum turun padang untuk mengundi.
PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA UMUM ATAU KECIL DI MALAYSIA
Ianya melibatkan enam peringkat iaitu : Pengeluaran WritPenamaan CalonKempen Pilihan RayaPengundianPenjumlahan Rasmi UndiPengumuman Keputusan Pilihan Raya Keterangan enam peringkat tersebut :
1.  Pengeluaran Writ Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar…

NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN 11.30 PAGI 3 APRIL?

sumber : Twitter Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)

sumber : Facebook bapak saya
# Dah ala-ala mood Wordless Wednesday la sangat hiksss !! Jom tunggu depan TV :)

#UPDATE 11.30 pagi : Sah sudah. #PRU13 #GE13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebentar tadi, 3 April 2013.
mesti baca -->TUN M : JUMPA TUN MAHATHIR SECARA 'LIVE'

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" "Janji Ditepati"

PENGALAMAN TEMUDUGA TERBUKA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Assalamualaikum dan hello my readers ! Fuhhhh...penat seharian dari pagi berdiri berpanas berbaris panjang-panjang sepanjang-panjangnya sampai berpeluh ketiak tau hehe. Maklumlah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar dekat dengan rumah, dengan senang hati turun jam 8.30 pagi. Sampai saja di tempat kejadian, haaaa ambek kau panjang barisan macam ular. Dah namanya 'open interview'..walaupun bertaraf sambilan tapi dalam sektor pendidikan, siapa tak nak, kan? Lagi-lagi 'penanam anggur' yang sangat berjaya ni huhu.
Dapat tau pasal temuduga terbuka ni dalam minggu lepas, keluar iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Di Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Negeri Sabah bertaraf sambilan. Tu pun member bagitau. Dipendekkan cerita, bayangkan berbaris punya panjang macam dalam gambar di atas tu, semata-mata nak ambil borang saja, lepas isi borang tu kena berbaris panjang lagi di kaunter semak sijil, lepas tu hantar borang. Haaaa tunggu lah nama di…