Skip to main content

TANDA-TANDA HUBUNGAN RETAK PUDAR HAMBAR

sumber gambar : Carian Google

Di awal percintaan terasa begitu indah ketika bersama, tetapi bila sudah lama kadang-kadang segalanya jadi serba tidak kena, cepat bosan, sukar bertolak ansur, perkara remeh temeh punca pertengkaran sehinggakan hubungan semakin hari semakin renggang. Inilah lumrahnya hidup bercinta, ibarat air laut, ada pasang surutnya, begitulah jua cinta, ada masa bahagia ada masa kurang menyenangkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan cinta yang memang memerlukan komitmen, pengertian, pergorbanan, faham memahami yang bukannya mudah. Pasti bingung dan buntu memikirkan penyebab berlaku hubungan yang renggang. Apakah kerana masa bercinta yang lama? Atau apakah kerana memang hubungan tiada keseronokan lagi? Kenapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini pudar. Jom kita lihat tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar.
  • Semakin Kurang Menghubungi
  • Tidak Berbual Tentang Masa Depan
  • Tiada Usaha Menyelamatkan Perhubungan
  • Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Keadaan
  • Bercakap Perkara Yang Boleh Mendatangan Kemarahan
  • Pergaduhan Di Tempat Awam
  • Belajar Berdikari
  • Simpan Rahsia
  • Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.
  • Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan.
  • Menjadi seorang pendengar yang gagal! Percaya atau tidak hubungan yang mesra sebenarnya bermula daripada komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan hubungan
  • Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.
  • Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan.
  • Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan
  • Mula berkeras dengan pasangan
  • Suka memarahi
  • Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana
  • Suka mengungkit hal yang lalu
Cuba semak tanda-tanda hubungan anda semakin bermasalah atau tidak. Jika benar, carilah jalan penyelesaian yang baik dan kalau tidak putuskan saja demi kebaikan anda. Setiap masalah pasti ada cara atau jalan penyelesaiannya agar hubungan cinta pulih kembali. Langkah yang paling baik adalah, anda dan pasangan boleh berehat seketika iaitu berpisah secara sementara waktu.

Sumber :
http://www.ilaniwahed.com/
http://www.penpatah.blogspot.com
http://www.sentuhanmaya.com

#Nota Hati : Bukan artikel milik blog ini...semuanya dikumpul, disatukan, diringkaskan dari sumber tersebut. Dalam apa-apa juga jenis hubungan, KOMUNIKASI sangat penting. Kalau kurang berinteraksi antara satu sama lain, hubungan akan menjadi semakin 'pudar', retak menanti belah dan hambar. Berdasarkan pengalaman, cewahhh pengalaman..di awal-awal hubungan memang sangat-sangat indah, macam dunia ni kau yg punya sorang..tapi bila di pertengahan hubungan, kalau tak pandai nak jaga hubungan...bersedialah menanti hubungan tu berakhir, mungkin tiada jodoh..alasan 'standard' kalau nak minta putus..amboiiiiii..masa nak, bukan main lagi siang malam jari jemari tu 'non-stop' tekan keypad keyboard, bila dah dapat, dah 'puas' dan bosan, good bye la..haaa tanda-tanda hubungan yg tidak diredhai la tu huhu. Alaaa biasalah tu..kau ingat senang nak dapat pasangan baik kalau diri sendiri pun tak berapa nak baik..hmmm. Kalau yg dah lama kenal saya melalui blog since 2008, mesti faham sudah dengan apa yg saya dah lalui dan 'cetuskan' dalam blog ni..Blog ni sangat-sangat bermakna dalam hidup saya..saya tahu ada yang dlm diam-diam, 'stalk' blog ni sebab nak tahu perkembangan hidup saya, since tak dapat nak berkawan dalam laman sosial lain kan..haha bajet artis. Tapi, memang ada tu...kan? haha bye2 !

Rasa terharu kalau seseorang sanggup bukak blog jugak sebab kau sgt minat blog walaupun tak seaktif macam kamu...harus bersyukur kalau kamu sudah ketemu pasangan macam tu dan sgt menyokong hobi dan minat kamu :')

------> Rasa bersyukur sangat dikurniakan insan-insan yg sentiasa mengingati diri ini yg menanam anggur, setiap kali ada iklan kekosongan jawatan, mesti ramai yg bagitau suruh cuba nasib..walaupun tiada duit di poket, tapi rasa sangat happy bila orang sentiasa ingat kita  (^__^)

TAG : HUBUNGAN CINTA, KISAH CINTA, TIPS CINTA, TIPS HUBUNGAN JARAK JAUH, TIPS JAGA HUBUNGAN, TANDA HUBUNGAN BERAKHIR, TANDA HUBUNGAN HAMBAR, TANDA HUBUNGAN RETAK, TIPS SUAMI ISTERI 

Comments

Langkah2 penyelamatan perlu disegerakan bila hubungan mulai hambar n retak. jika tidak retak akan menjadi belah.
FiZ said…
hmmm...jika retak menanti belah, takde jodoh la tu.inshaAllah bakal berjumpa yang lebih baik.:)
kalau saya lah kan, mmg dari awal kenal lagi suka gaduh benda benda remeh. tak angkat call la. tidur mati. pergi training tak bagitahu lah. haha. kelakar. tp benda ni makin buat rapat lah bila da gelak gelak balik :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …