Skip to main content

SULTAN KIRAM LUPAKAN SAJA SABAH. SABAH MALAYSIA. PRAY FOR SABAH.


Salam my readers,
Doakan kami yang berada di Sabah. Sentiasa risau dan berasa tidak tenang sejak pencerobohan kumpulan bersenjata yang kononnya tentera Kesultanan Sulu. Ya Allah, hati kami di Sabah ni hanya Allah Taala saja yg tahu. Sana sini ada pendatang asing yang entahlah ada dokumen sah atau tidak tapi kebanyakkan daripada mereka bukannya ada dokumen sah. Tengok polis saja sudah bertempiaran lari ketakutan tidak mahu ditangkap dan dihantar ke 'Rumah Merah'. Kami di sini pun risau sangat walaupun Kg Tundou Lahad Datu dan Semporna tu agak jauh juga sedikit, tapi kami hidup setanah. Peha kanan dicubit, peha kiri pun terasa. Saudara-saudara penceroboh tu pun ada juga di kawasan ni, bila-bila masa saja boleh 'mengamuk', bagi mereka yang berfikiran pendek dan tidak faham sejarah. Dengar-dengar, beras di kedai pun dah habis sebab orang ramai takut dah nak keluar jalan-jalan. Jadi ready stok makanan di rumah. Haaahhh kamu dapat rasa tak ketegangan kat sini? :(
Bukan saja 'perang fizikal', malah 'perang saraf' pun berleluasa sekarang. Dengan khabar angin yang menakutkan orang ramai. Dengan khabar angin yang boleh menjejaskan operasi pihak berkuasa. Sekarang ni entah mana berita yang harus dipercayai. Media asing pun dah mula gembar gemburkan isu di Lahad Datu, mula mengaitkan dengan isu lain, dengan nama-nama yang tidak asing lagi. Paling tak boleh blah, maklumat berkaitan Sabah dalam wikipedia google pun digodam dan ditukar. Uinaaa..bikin panas bah huhh. Sila report  beramai-ramai ya. Untuk kepastian, sila google.

Sekarang ni seluruh dunia mula mencari maklumat di mana-mana saja 'search engine' tidak kira Google, Yahoo, untuk mengetahui keadaan di Sabah. Bayangkan kalau banyak media alternatif khususnya blog, facebook dan twitter menghebahkan maklumat yang tidak benar berkaitan Sabah? Ya Allah...banyak kesan buruk akan diterima oleh Sabah, juga Malaysia. Jadi, tolong jangan kongsikan maklumat yang hanya didengar di cuping telinga. Sekarang ni memang banyak blog yang 'up' dengan sejarah-sejarah kesultanan Sulu dan Sabah. Boleh baca tapi jangan sebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Kemudian nilaikan sendiri.

Sedih bila lihat sesama sendiri menunding jari di laman sosial. Bermaki-makian. Mengutuk mengeji. Ya Allah...musuh hanya duduk, gelak ketawakan tengok kelakuan kita. Misi mereka berjaya, mungkin? Apa yang perlu dibuat kita sekarang, berdoa dan terus berdoa berdoa berdoa dan tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Kalau ya pun kamu benci kami di sini, sila lah berperikemanusiaan sedikit jangan dihina mereka yang berjuang mempertahankan negara.


Sila dengar nasihat pihak berkuasa. Jangan nak tunjuk diri tu 'jaguh'. Kalau ya pun kau tahu hal sebenar, please kawal diri anda. Sila fikir kesan dan akibatnya. Fikirkan juga keselamatan orang lain.

Aku akui, masih buta sejarah lagi dan kurang mengetahui salasilah hal sebenar. Siapa Sultan Sulu? Siapa Sultan Kiram? Siapa Nur Misuari? Siapa dan siapa siapa dan siapa dalang sebenar? Bila dibaca sejarah asal usul keturunan mereka, memang agak pening kepala jugaklah. Semua masih tertanya-tanya. Ku mohon, mana tahu ada orang putih sesat dalam blog aku ni yang mencari maklumat tentang Sabah dan Sabah milik siapa. For your information, SABAH is in MALAYSIA. SABAH, MALAYSIA. Sultan Kiram, lupakan saja Sabah. Sabah sudah lama merdeka. 

TAG: SABAH IS MY HOME, SABAH MALAYSIA, SABAH IN MALAYSIA, SABAH MERDEKA, KESULTANAN SULU, PENCEROBOHAN LAHAD DATU, MILITAN BERSENJATA, SULTAN KIRAM, PRAY FOR SABAH, PRAY FOR LAHAD DATU, PRAY FOR SEMPORNA

Comments

Sue-Rya Qistina said…
saya pun langsung taktau sejarah berkenaan dgn sultan sulu tu. ntah sape2 pun taktau la kan. tiba2 dtg menceroboh nakkan sabah semula. huhuhu

#letsprayforsabah
Yuni Aisyah said…
HAti sedih n gusar jugabila memeikirkan apa yg sdg terjadi di sabah...walaupun jauh disemanjung,kl tp kita tetap 1 MALAYSIA n senegara.

YA ALLAH selatkanlah sabah dr penceroboh dan sr sebarang bentuk kejahatan. Pulihkanlah keamanan seperti sediakala...
[sutera kasih] said…
@Sue-Rya Qistina:
Tu la..kita tdk didedahkan sgt dgn sejarah tersebut jd xtau sgt..ataupun mmg ada cuma kita terlepas pndg mgkin huhu

doakan kami di sabah :')
~AmyLiana86~ said…
betul tu yann..kadang2 dorg ni suke2 hati jer update pasal tentera2 kita kat mane...saje2 je bg info free kat dorg..ada otak pkir la sikit kan..huhu..

semoga sabah kembali tenang.. =)
ziha ismail said…
sabar la ha.. Allah sentiasa sama2 kita. sa d srwk pun terasa ni. baca news n tgk gmbr psl sabah pun bole nangis sa ow.. Sabar sj k? :)
Myra Jay said…
Semoga kita berjaya menyelesaikan hal ini secara aman
iPai said…
semoga semoga semuanya selesai segera tanpa petumpahan darah lagi ..

kita banyak2 bersabar, dan doakan org sekeliling di sana pon turut sabar bersama ..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …