Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

TANDA-TANDA HUBUNGAN RETAK PUDAR HAMBAR

sumber gambar : Carian Google
Di awal percintaan terasa begitu indah ketika bersama, tetapi bila sudah lama kadang-kadang segalanya jadi serba tidak kena, cepat bosan, sukar bertolak ansur, perkara remeh temeh punca pertengkaran sehinggakan hubungan semakin hari semakin renggang. Inilah lumrahnya hidup bercinta, ibarat air laut, ada pasang surutnya, begitulah jua cinta, ada masa bahagia ada masa kurang menyenangkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan cinta yang memang memerlukan komitmen, pengertian, pergorbanan, faham memahami yang bukannya mudah. Pasti bingung dan buntu memikirkan penyebab berlaku hubungan yang renggang. Apakah kerana masa bercinta yang lama? Atau apakah kerana memang hubungan tiada keseronokan lagi? Kenapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini pudar. Jom kita lihat tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar. Semakin Kurang MenghubungiTidak Berbual Tentang Masa DepanTiada Usaha Menyelamatkan PerhubunganGunakan Keburukan Untuk Mengeru…

TUN M : JUMPA TUN MAHATHIR SECARA 'LIVE'

"Orang buat demonstrasi dan mendesak perkara yang tak berasas ibarat orang primitif yang tidak bertamadun..tidak ada kebolehan berfikir.."
"Jika kita hanya turun berdemo, kita hanya menurunkan nilai pemikiran kita, ibarat sama dengan makhluk yang tidak tahu berfikir.."
"Saya orang yang memperkenalkan AUKU, banyak yang marah dengan saya, orang boleh tegur saya jika saya buat salah..bila kita berada dalam Universiti, kita di situ untuk masyarakat.."
"Kalau kita punya masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tak mungkin negara kita akan maju..masyarakat yang punya nilai-nilai yang mulia, pasti berjaya.."
"Jika kita diberi wang untuk belajar, tapi tak belajar, tak pergi kuliah, buku tak baca, tidur saja, maka institusi akan rosak malah masyarakat tidak dapat manfaat apa-apa daripada kita.."
"Inilah sebenarnya peranan generasi muda kepada negara kita..kita perlu sayang negara kita..kalau kita tidak punya perasaan patriotik, tentu negara kita…

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH 2013 - JURURAWAT MASYARAKAT & JURUTERA AWAM

Mohon jawatan kosong di http://www.jawatan.sabah.gov.my/
KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
1. NAMA JABATAN : JABATAN KERJA RAYA SABAH

1.0 No. Notis SPANS : 01/2013

Nama Jawatan : JURUTERA AWAM GRED J41
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : Enam (06) Jawatan
Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah

MINIMUN MAKSIMUM

Jadual Gaji : Gred J41
P1RM2359.72 - RM5559.76
P2 RM2468.21 - RM5892.94
P3 RM2581.43 - RM6221.67


1.1 SYARAT LANTIKAN
(i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf deng…

CINTA MENUNJUK-NUNJUK - SEMANIS KURMA, BERSAMA BLOGGER ABG NARA (BLOG BEAUTIFULNARA)

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Baru lepas tengok rancangan Semanis Kurma kat TV9, dari siang lagi tunggu sebab tajuk malam ni menarik, 'Cinta Menunjuk-menunjuk' hehe. Seda maklum rancangan yang di 'host' oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, dengan panel jemputan, Ustaz Mohd Izhar Ariff (Pensyarah di Ukm) & pasangan suami isteri, siapa tak kenal Abg Nara, blogger blog Beautifulnara, (Ahmad Nazuwan)& isterinya, Fadzlin. Boleh tahan jugak isu yang mereka bincang, kebetulan zaman sekarang, semuanya di hujung jari, sekelip mata saja kita boleh berkongsi dengan satu dunia di laman sosial. Okey, ini apa yg saya dapat simpulkan untuk malam ni, sila baca. Kalau tak nak baca, boleh tengok semula di www.tonton.com.my/semaniskurma hehe.
Sebagai pasangan suami dan isteri, ketika berkongsi sesuatu, jangan dilakukan sehingga menimbulkan fitnah, contoh : berpeluk2 bercium2 di khalayak ramai atau gambar yg ghairah (walaupun dah jadi suami isteri) diletak…

KERANA SAYANG, IBU BAPA SANGGUP BERHUTANG BELI SMARTPHONE UNTUK ANAK-ANAK?

Assalamualaikum dan hai readers ! :)
Wahhh, tajuk entri agak memanaskan telinga!! Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak? Semua ibu bapa di dunia ni sayangkan anak-anak. Tapi, jika terlalu sayang dan memanjakan anak-anak, kadang-kadang boleh 'pijak kepala' orang tua. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Memang tidak dinafikan, ada yang sanggup berhutang kerana mahu memenuhi permintaan anak-anak. Kalau berhutang kerana anak nak sambung belajar tu, lain cerita la ya. Ini berhutang sebab, "Mak, adik nak Iphone 5 sebijik hari ni jugak. Malu la mak, kawan-kawan adik semua pakai handphone smartphone dah"."Daddy, abg nak ipad 4, nak main angry bird jugak, tu anak uncle yang tadika tu pun ada ipad sendiri dah, takkanlah abg yg dah form 1 ni tiada ipad"."Mak, tak kira, org nak Samsung Note 2 yg baru tu jugak!!" "Laaa, kan abah dah belikan Blackberry tu bulan lepas, tak cukup lagi ka syg?" "Tu BB, org nak Samsung lagi&qu…

INDAHNYA BUDAYA MASYARAKAT SABAH, KATA GURU DARI JEPUN & MAJLIS PERKAHWINAN UMMU DAN KAMIL

Salam my readers, Sabtu lepas, ramai-ramai (ramai la sangat) pergi majlis perkahwinan my schoolmate, si Ummu yang comel hehe. Bukan senang nak buat konvoi lagi, sebab masing-masing ada komitmen dan ada hal yang tidak dielakkan. Lagipun, ramai juga yang dah duduk jauh dari pusat pertemuan. Cehh ayat nak bombastik. Macam mana la kalau tiba giliran saya kelak, ada lagi tak kawan-kawan dapat datang lagi? Sebab tu la kena always keep in touch, at least di facebook :)
Kami sampai tu dah kira lewat sebab Ummu dah tukar baju yang kedua masa tu, yang dalam gambar ni baju yang ketiga dah, baju tradisional suku kaum Dusun Lotud di Tuaran. Unik, kan? Dalam gambar ni semua kawan baik saya masa sekolah menengah. Semua dah ada kerjaya masing-masing, saya belum ada rezeki lagi :')
Haaa...yang ni saya nak cerita panjang. Yang dalam gambar tu, yang 'chinese look' tu. Lupa dah namanya, Hikaru ka Haruku ka apa tu, sorry friend, forgot already huhu. Dia kenal Ummu tu yang join sekali. Abaikan…

GIVEAWAY BLOG DEAR XILA

Salam my readers :) Alaaa..esok isnin dah huhu. Saya ikut serta Giveaway Blog Dear Xila merangkap jiran comel saya sebagai tanda sokongan hehe. Rasanya dah nak masuk setahun dah jadi jiran. Terima kasih Xila comel, walaupun tak pernah bersua muka, hanya jadi jiran di blog, hope panjang umur ada rezeki ada jodoh nanti kita ditemukan hihi. Jom lah ramai-ramai join, sebab hadiah best-best ! Harap-haraplah ada rezeki dan bertuah dapat Cardigan dan blouse Korean. Fuhhhhhhh !!! Amin !! haha.
Sila klik banner di atas atau ke http://www.dearxila.my/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html untuk sertainya :)
#PrayForSabah

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA

Tiada kata-kata panjang untuk hari ini...masih berasa risau dengan situasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu & Semporna, Sabah. Doakan kami di Sabah. Ditegaskan sekali lagi buat pencari maklumat yg dari luar negara, SABAH MILIK MALAYSIA. SABAH MILIK KAMI RAKYAT SABAH.
#PrayForLahadDatu #PrayForSemporna #PrayForSabah

SULTAN KIRAM LUPAKAN SAJA SABAH. SABAH MALAYSIA. PRAY FOR SABAH.

Salam my readers, Doakan kami yang berada di Sabah. Sentiasa risau dan berasa tidak tenang sejak pencerobohan kumpulan bersenjata yang kononnya tentera Kesultanan Sulu. Ya Allah, hati kami di Sabah ni hanya Allah Taala saja yg tahu. Sana sini ada pendatang asing yang entahlah ada dokumen sah atau tidak tapi kebanyakkan daripada mereka bukannya ada dokumen sah. Tengok polis saja sudah bertempiaran lari ketakutan tidak mahu ditangkap dan dihantar ke 'Rumah Merah'. Kami di sini pun risau sangat walaupun Kg Tundou Lahad Datu dan Semporna tu agak jauh juga sedikit, tapi kami hidup setanah. Peha kanan dicubit, peha kiri pun terasa. Saudara-saudara penceroboh tu pun ada juga di kawasan ni, bila-bila masa saja boleh 'mengamuk', bagi mereka yang berfikiran pendek dan tidak faham sejarah. Dengar-dengar, beras di kedai pun dah habis sebab orang ramai takut dah nak keluar jalan-jalan. Jadi ready stok makanan di rumah. Haaahhh kamu dapat rasa tak ketegangan kat sini? :( Bukan saja

ABU ASHGIVE DIFITNAH DALAM PAGE SEMENANJUNG MALAYA ANTI SABAH DAN SARAWAK

URGENT!!!

Kepada pembaca, facebookers, bloggers yg mengenali Abu ashgive, owner blog www.ashgive.com/ , Abu & kawan2 difitnah oleh pemilik page Facebook tersebut. Abu tu pun orang Sabah, takkanlah nak pecah belahkan negeri sendiri. Itu fitnah. Ini isu yg sgt serius melibatkan isu perkauman dan kenegerian. Tolong report gambar tersebut..Tak mau komen pasal page tersebut. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.


#Bahayanya letak gambar dalam internet :(

ATOK PERANG DI LAHAD DATU

1313... 1 MAC 2013... 01 03 13
Abby : Jangan bah olok-olok (mengejek) atok aku..

Aku : Kenapa Abby? Apa dia olok?

Abby : Dia ba olok-olok atok ku beperang di Kg Tanduo..

Aku : Hah? Kg Tanduo? Mcm penah dgr..Lahad Datu ka?

Abby : Iya Lahad Datu..

Aku : Mcm mana tau ada perang sana?

Abby : Td atok telepon bgtau ada perang di sana..

Aku : Ohh..

Tadi tengah hari mcm biasa bertugas di kantin sekolah rendah agama sebelah petang, tolong mak. Perbualan di atas tu antara aku dgn bdk kecil darjah dua. Aku memang suka berbual dgn bdk nama Abby ni. Masa tu aku tengah sibuk menjual di depan. Tiba-tiba dgr mcm suara si Abby merengek. Tu yg aku tanya tu, ada bdk lelaki kacau Abby pastu 'mengolok-olok' atoknya. Biasalah budak2 kan mmg suka menyakat.
Bayangkn bdk sekecil Abby pun dah takut & marah dengar perkataan 'perang'. Abby tak faham lagi apa maksud 'perang'. Apatah lg kita yg dewasa ni, kan? Start pencerobohan org asing tu di Lahad Datu lagi dah tak sedap hati sgt. Skrg ni mc…