Skip to main content

COUPLE - HELIZA HELMI & NOR HELMEE

Salam my readers :)
Best jugak layan drama bersiri online 'Couple' ni kat youtube. Ternampak Heliza Helmi share kat facebook, terus klik. Rupanya dah episod 6. Seminggu sekali ja. Tapi memang layan habislah, sebab lucu-lucu tapi banyak mesej yang disampaikan khususnya buat sesiapa yang tengah cari jodoh hehe. Ni bukan drama yang menggalakkan 'jom lah couple beramai-ramai'..eh bukan! bukan!. Bukannya mengajar cara nak bercinta macam monyet a.k.a cinta monyet. Antara dialog-dialog yang menarik masih tersangkut di kepala ;

Syukur: Hidup ni, adalah membuat keputusan, lagi-lagi dalam memilih pasangan, kita kena pilih yang tepat. Ini dalam soal penyatuan dua jiwa, bayangkan kalau kita silap dalam memilih pasangan, seluruh hidup kita akan merana atau kita akan menzalimi pasangan kita.

Syukur: Di mana nak cari pasangan soleh/solehah?

Adik Syukur: Selalunya mereka suka pergi ke tempat-tempat yg baik je, suka muhasabah diri, hahhh kita mula kat kubur!!

Hahaha lucu adik Syukur tu, watak yang dilakonkan oleh Epul Raja Lawak. Dah nama pun raja lawak hehe. Lagi satu, point best nak kongsi pasal agen kempen cinta. Haaa memang betul sangat. Tapi tu la, semua manusia pun ingin mencintai dicintai menyayangi disayangi (^__^)

Agen kempen cinta :
  1. Iklan
  2. Drama/filem
  3. Media cetak
  4. Makhluk lain?? (haiwan berpasangan)
  5. Orang sekeliling
Siapa cakap couple tu best? Tak best pun sebenarnya. Sebab tetttttt haha gatai naaa. Tiadalah bah. Kamu pun faham kan. Awal-awal perkenalan tu, sebulan dua ketiga bulan, memanglah indah macam dunia tu kamu yang punya, wahhhh ! Hiperbola sunggoh. Sudah lama-lama, macam-macam tu dugaan, dugaan kau kenal sudah perangainya, dugaan kau fobia kisah cinta kau yang gagal sebelum ni, dugaan mau dilayan dimanja terus 24/7, dugaan feeling marah-marah mintak puji kalau tiada SMS dalam sehari, mananya dugaan perasaan, hasutan syaitonnirajim, dugaan pengaruh betapa indahnya majlis persandingan ibarat cerita dongeng tapi kau rasa kau tak mampu nak kecapi, dugaan dengar cerita yang bukan-bukan dan sewaktu dengannya.

Semua orang nak hidup berpasangan. Tipulah siapa cakap tak mau. Mulut kata tak mau, tapi hati kata, nak! nak! nak! Amboi. Tapi tu la kan, kenalah ikut di jalan yang betul dan tidak melanggar batas-batas agama. Cara terbaik, bina ikatan sah yang diredhai Allah Taala. Syukur! Cehhh tadi cakap mau kongsi cerita si Heliza, macam mau ganti si Heliza sudah berceramah hehe. Bah, teruskan. KLIK saja tajuk setiap episod di bawah untuk tonton di youtube, okey?

Drama bersiri online - COUPLE

Mengisahkan SYUKUR dan QURRATUAIN dalam mencari cinta. Pelbagai situasi mencuit hati, sedih, diluar jangkaan, berlaku dalam misi mereka bertemu jodoh yang telah ditentukan. Persoalannya, siapa jodoh mereka? Lakonan Nor Helmee Zainal Abidin (Syukur), Heliza Helmi (Qurratuain), Diana (Adik Qurratuain) dan Epul Raja Lawak (Adik Syukur).
"Apabila tiba masanya..ditempat yang telah ditentukan..pada keadaan sudah ditakdirkan..mata bertentangan mata, hati akan merasa, lidah kelu berbicara..inilah saat bermulanya CINTA :)"
COUPLE Episod 1 (fitrah ingin berpasangan)
Naluri manusia ingin hidup berpasangan. Fitrah ini secara semulajadi Allah anugerahkan dalam diri setiap manusia. Tiada siapa boleh menafikan perasaan ini.

COUPLE Episod 2 (persekitaran membentuk rasa)
Dalam kehidupan seharian, setiap individu sedikit sebanyak akan terkesan dengan faktor persekitarannya. Persekitaran mampu "membentuk" peribadi seseorang. Jika persekitarannya positif, ia akan membantu seseorang jadi lebih baik, begitu sebaliknya.

COUPLE Episod 3 (calon baik, ada ditempat baik)
Setiap orang inginkan pasangannya dari kalangan orang yang baik. Jadi untuk dapatkan pasangan yang baik SYARATNYA: 1) DOA minta jodoh orang baik. 2) PERBAIKI diri jadi lebih baik. 3) BERKAWAN dengan kawan - kawan baik. 4) SENTIASA dalam persekitaran baik. InsyaAllah NIAT ikhlas mencari cinta kerana Allah SWT dengan CARA mengikut syariat, kita akan BERJAYA temui pasangan yang SOLEH / SOLEHAH & HENSEM / CUN :)

COUPLE Episod 4 (jodoh telah ditentukan)
Jodoh adalah rahsia ketetapan Allah, yang kita boleh pilih mengikut selera sendiri dengan cara usaha dan doa. Kekal usaha perbaiki diri, bersahabat dengan orang - orang baik, sentiasa dalam persekitaran baik, insyaAllah peluang jumpa yang baik lebih cerah. Paling penting doa dapat yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu Allah, bukan dari kacamata seorang hamba yang lemah kerana selalu tewas pada nafsu, lagi jahil ini.

COUPLE Episod 5 (minta pada Allah, usaha berurusan sesama manusia)
Dalam hidup banyak hajat ingin kita perolehi, antaranya jodoh yang baik. Caranya: 1) BERDOA minta pada Allah kerana segala2nya adalah milikNya. Sebagai tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Bijaksana, Dia tunai permintaan sesuai apa terbaik untuk kita. 2) USAHA sebagai hamba dengan perbaiki diri, berkawan & berada dalam persekitaran baik. Gabungan jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kemudian jaga hubungan sesama manusia (habluminannas) insyaAllah akan dapat yang terbaik. Syaratnya minta pada Allah terlebih dahulu, kemudian baru usaha berurusan sesama manusia.

COUPLE Episod 6 (niat baik, cara mesti betul)
LELAKI: Carilah wanita yang dirinya bersedia dibimbing oleh kamu kerana dia akan melahir, mendidik anak & menarik kamu ke syurga@neraka. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai ketua.
WANITA: Carilah lelaki yang kamu rasa hormat padanya kerana dia akan jadi ketua keluarga & pembimbing kamu. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai pembantu lelaki. Apabila masing2 FAHAM & BERPERANAN sesuai dengan tujuan diciptakan, suami tunai TANGGUNGJAWAB & isteri TAAT pada suami soleh, "you will live happily everafter" :)

Episod seterusnya..akan di'update'..tunggu minggu akan datang hehe.

Apa yg sebenarnya kita cari? teman lelaki/perempuan atau pasangan hidup? Kenapa nak orang sayang, cintai kita? Faham tak maksud SAYANG? CINTA? Cuba sabar, in shaa Allah kita semua akan temuinya bila masanya sudah tiba, okey adik2 sekalian? Belajar sunggoh-sunggoh dulu. Pesanan terakhir, sila lihat gambar di bawah dan tampal dalam kepala masing-masing (^__^)


TAG: COUPLE, DRAMA COUPLE, DRAMA BERSIRI ONLINE, DRAMA YOUTUBE, COUPLE HELIZA HELMI, EPUL RAJALAWAK, NOR HELMEE, HUKUM COUPLE, KISAH CINTA, TONTON DRAMA COUPLE

Comments

~AmyLiana86~ said…
xtau pun ada drama nie..yg penting heliza tu cantik kan..heheh..hai yann da mula berblog balik ker? gud2..hehe
~AmyLiana86~ said…
wah da aktif balik ek..suke ngat yann..aritu tanya blog amy wat sendiri ke kan..xdela..amy tempah jer..rm50..eheheh..nk mtk tlg yann da segan..hehe..
Cik Tia said…
eeeee .. macam siyuk .. mau tingukkk .. terima kasih kongsi :)
Ash Give said…
eh ada drma macam ni dalam you tube jak kah..

kalau comel comel dan ada pengajaran bagus jgk tu dilayan..
xila dot said…
eh eh rasa teruja plak nak tgok...anyway kamik copy bah quote pink tu haa versatile tak bahasanya ;p
Wow your blog is very beautiful, congratulations and kisses from Spain. follow me and I will follow back?

http://redecoratelg.blogspot.com.es/
wahida said…
wah...nak tgk la nnt
nur emilya said…
Kat tv takde ehh? Huhu.
ain farahin said…
baru je layan.menarik sangat,
heliza comel..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …