Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

TWILIGHT SERIES SET BOOK ONLY RM32

Assalamualaikum & hello my readers ! Wahhh ni entri terperap dalam draft. Bulan lepas, tercari-cari set buku bersiri Twilight by Stephen Meyer tapi yang bajet murah. Maklumlah kalau buku omputeh ni sedia maklum mahal. Sebelum ni tak berapa nak minat pun cerita Twilight segala vampire serigala jadian ni. Dah lah movie kena tunggu 1-2 tahun sekali ja keluar. Rimas tau nak tunggu sambungan hehe. Lepas dah complete movie Twilight keluar pawagam, barulah feeling nak nonton, no need la kena tunggu bertahun-tahun sambungannya hihi. Masa bosan-bosan aritu, merajinkan diri pinjam buku sepupu buku Twilight masa bercuti di Brunei. Best jugak layan novel english ni rupanya. Bahasa english yang mudah nak difaham. Tapi ready jugaklah fon di tangan, nak translate beberapa perkataan yang tak difaham hehe.
Lepas habis baca satu buku tu, ketagih pulak nak baca sambungan. Hahhh dah pulang, terus semangat waja nak cari koleksi set buku Twilight dan CD movie Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn…

PERASAAN YANG SUKAR DIMENGERTI

Salam & Hello ! Tau tak apa perasaaan ni sekarang? Haaaa tu macam dalam gambar di atas. Rasa macam nak bertinju pun ada, rasa nak memanah di 1B tu pun ada, nak panah orang haha. Tu la kan..mengeluh di social network ni pun tak guna, terutama kat facebook. Secara percuma kau akan 'dimenyampahkan' dan 'dinilai'.  Tambahan pulak, banyak family & friend yg kenal kau dalam friendlist tu. Haaahhh nanti tak pasal-pasal kau kena kutuk haha. Tempat selalu 'berteriak' dan berkelakuan 'tidak sopan' adalah di twitter haha. Sangat hodoh punya perangai.. Kadang-kadang sampai ada member cakap, wahhh PEMARAH nya. Bukan pemarah bah, melepas perasaan saja tu hehe. Okey la tu, daripada kau marah-marah depan-depan bercakap tak tentu pasal, lagi naya. Kita semua insan biasa yg lemah lagi hina, sabar ada tahapnya. Mengadu dengan orang pun lagi la tak guna. Lagipun tiada siapa juga suka dengar masalahmu tu hoho. The best way, mengadu kat Allah SWT ja la kan :')
E…

FEREENA BEAUTYCARE

Fereena Beautycare. Entri ni bukan nak buat perbandingan dengan mana-mana produk ya. Tidak. Sebab saya pun belum pernah guna lagi ni (^__^)
FEREENA BEAUTYCARE





sumber gambar-gambar : FEREENA BEAUTYCARE
*UPDATE : Entri ni bukan nak buat perbandingan dengan mana-mana produk, okey? Mereka nak meniru nama or packaging or whatever la, itu hak & urusan mereka yg berkaitan. Saya hanya berkongsi sesuatu yg menarik hehe. Mana-mana produk yg sesuai dengan diri kamu, teruskanlah. Mana yg tak sesuai tu, boleh berhenti, jangan salahkan produk atau owner produk. Salahkan diri sendiri, sebelum apa-apa pun, kita kena buat 'research' terlebih dahulu sebelum beli apa-apa, kan? Takkan lah main hentam saja. Kita kena ingat, setiap tindak balas dalam badan kita ni bukannya sama. Lain org, lain tindak balasnya. Cepat ataupun lambat atau tiada kesan langsung tu bergantung dengan kesesuaian sesuatu produk dengan badan kita. So, kesimpulannya, jgn cepat nak melatah atau nak salahkan org lain, belajar…

LISA SURIHANI WITH JUE & HANIE #BUDDYZNEVER

Salam my readers, Tahniah buat rakan blogger tersayang Jue & Hanie sebab terpilih menjadi..menjadi..menjadi apa ya? Tu dalam iklan DiGi #BuddyzNever bersama Lisa Surihani dan rakan blogger yang lain hehe. Satu pencapaian yang baik untuk seorang blogger tau ! So, keep blogging Jue & Hanie ! (^__^) Tadi jenguk facebook, pastu kan..kan..kan..nampak video kat bawah..view cepat view !! Tengok Jue & Hanie hehe. #BuddyzNever !!
Lisa Surihani and Blogger fans - Buddyz Never Apart Manifesto
Jue & Hanie dan Lisa Surihani. Jue & Hanie, nak tandatangan, boleh? hihi
TAG:LISA SURIHANI, JUE DAN HANIE, JUESTAN BLOGSPOT, IKLAN DIGI, BUDDYZ NEVER, LISA SURIHANI DAN BLOGGER

COUPLE - HELIZA HELMI & NOR HELMEE

Salam my readers :)
Best jugak layan drama bersiri online'Couple' ni kat youtube. Ternampak Heliza Helmi share kat facebook, terus klik. Rupanya dah episod 6. Seminggu sekali ja. Tapi memang layan habislah, sebab lucu-lucu tapi banyak mesej yang disampaikan khususnya buat sesiapa yang tengah cari jodoh hehe. Ni bukan drama yang menggalakkan 'jom lah couple beramai-ramai'..eh bukan! bukan!. Bukannya mengajar cara nak bercinta macam monyet a.k.a cinta monyet. Antara dialog-dialog yang menarik masih tersangkut di kepala ;
Syukur: Hidup ni, adalah membuat keputusan, lagi-lagi dalam memilih pasangan, kita kena pilih yang tepat. Ini dalam soal penyatuan dua jiwa, bayangkan kalau kita silap dalam memilih pasangan, seluruh hidup kita akan merana atau kita akan menzalimi pasangan kita.
Syukur: Di mana nak cari pasangan soleh/solehah?
Adik Syukur: Selalunya mereka suka pergi ke tempat-tempat yg baik je, suka muhasabah diri, hahhh kita mula kat kubur!!
Hahaha lucu adik Syukur tu, w…

MASIH AKU CINTA....SHARNAAZ AHMAD - SHILA AMZAH

Salam my readers :)
Zaman sekarang ni, semenjak ada kemudahan 'social network', bukan main lagi yaa semakin ramai pendebat-pendebat 'bertauliah'. Semakin ligat jari jemari comel menekan 'keyboard' 'keypad'. Bukan menyindir ya, ini realiti. Bukan cobaan. Tidak salah kalau nak memberi teguran, nasihat, mengkritik dan sebagainya yang bersifat positif. Tapi, biarlah kena pada caranya. Bagi kata-kata semangat kan lagi elok daripada dok menghentam. Kenapa? Kalau kita benar-benar nak menegur dan menasihati seseorang, lebih baik secara tertutup ataupun tidak menjatuhkan air muka seseorang. Siapa kita nak mengadili dan menjatuhkan 'hukuman' terhadap individu yang lain?
Kenapa aku tampal gambar Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ni dalam entri ni? Sedia maklum, rasanya ramai pun dah tahu kes mereka, kan? Kesian jugaklah kan tengok nasib diorang. Apa boleh buat. Aku bukanlah peminat tegar mereka berdua, sekadar minat dengar lagu Shila Amzah dan hasil lakonan …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT SEMPORNA, SABAH

Salam my readers :) Sekarang ni macam-macam produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di pasaran dengan tujuan membantu individu yang mempunyai masalah kulit, kegemukan, kesihatan dan sebagainya. Paling mendapat sambutan hangat antaranya produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi Vitamin C dan Collagen. Produk apa yang paling berkesan? Itu bergantung dengan tindak balas tubuh badan seseorang, lain orang lain tindak balasnya. Paling penting, sebelum nak beli, buatlah 'research' terlebih dahulu, jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata orang yang kita sendiri pun tak berapa nak kenal. Jangan nanti bila tak sesuai dengan tubuh badan kita, mula nak menyalahkan pihak berkaitan. Pengguna memang ada hak, tapi biarlah jadi pengguna yang bijak, ya? :)
Sekarang ni pun tengah 'HOT'rumpai laut collagen asli. Banyak rakan-rakan FB dan blog saya yang jual, teringin jugak nak cuba tapi tengoklah nanti hehe. Sesiapa yang jual tu, boleh promosi di ruang komen entri ni ya :…

SELAMAT TINGGAL SUTERAKASIHYANN.COM

Salam sayang my readers :)
Tinggal tak kurang 20 hari lagi Suterakasihyann dot com akan dtutup. Tak mampu saya nak renew bayar 'roadtax' hihi. Bukan apa, macam membazir pulak. Dulu bukan main semangat lagi nak ada domain sendiri, bila dah beli, tak dapat nak blogging secara konsisten. Blog terabai. Jarang ber 'update'. Blog terus jadi 'kosong'. Pembaca pun kurang dah huhu. Sedeyhhh. Entahlah kenapa sekarang ni malas blogging dah. Idea tu banyak, sangat banyak. Macam-macam nak kongsi dalam blog ni, siap berimaginasi lagi, tapi bila dah nak on laptop, tekan suis tu pun malas dah haha kritikal, kan?
Boleh ja blogging via phone tapi macam tak puas, skrin kecik. See? Sangat tak bersyukur, kan? Banyak songeh hehe. Macam mana ehhh cara nak kembalikan balik domain 'blogspot.com' ? Nanti kalau dah tamat tempoh domain dot com tu, abisla tergendala seketika viewers tak boleh nak view blog saya huhu. Kalau betul-betul dah ready serius nak blogging, boleh beli doma…

BERSANGKA BAIK KEPADA PENCIPTA - HUSNUZON SESAMA MANUSIA

Salam my readers,
1 February 2013. Sekejap masa berlalu. Berlalu sudah bulan January 2013. Apa yang saya, awak dan kita perolehi bulan lepas? Urghh...rasa berdosa sebab asyik mengeluh. Tapi apakan daya, pusing kepala fikir masa depan haha ketawa dalam tangisan gitu. Menyampah. Mungkin pandangan orang, akan cakap "eh, dia tiada usaha ka nak cari kerja?" "Eleh, memilih kerja sangat, tu la pasal menganggur, asyik mengeluh tak habis-habis tapi usaha tiada" "Kesiannya dia, pelajaran cemerlang tapi bila part nak dapat kerja, tiada rezeki" "Nehh, kau ingat kau pandai dulu dalam kelas, terus dapat kerja, kau tinguk saya, walaupun tidak pandai dulu sekulah, saya kerja suda bahh" blablablablabla dan blablablabla. Begitu ka kamu cakap saya? Tidak bah kan? hehe. Hishh, jangan bersangka yang bukan-bukan bah. Semai otak kita untuk sentiasa fikir hal positif saja, bersangka baik :)
Mulut manusia memang takkan pernah berhenti bercakap. Memang dah itu fungsi mul…