Skip to main content

PATAH SERIBU PUTUS CINTA

Salam my readers,
'Bila dua hidup dah sebati, tak semudah tu utk dileraikan'..cewahhhh puitis sungguh kata-kata si Beto Khusyairi dalam filem Istanbul Aku Datang (IAD). Lisa Surihani memang always cute dalam cerita tu. Okey, bukan nak kritik atau review filem tu dalam post ni. Aku suka maksud, mesej, dan skrip dalam filem tu. Soal lakonan dan sewaktu dengannya tak nak sentuh. Tersangat sesuai ditonton untuk kaki curang, eh? Sila dengar lagu Shila Amzah- Patah Seribu untuk lebih feeling baca entri ni hehe..Patah seribu hatiku bila mengenangkan...lalalalalalala.
Dalam hidup, siapa tak pernah kecewa? Siapa tak pernah ditipu? Kita semua pernah rasa semua tu tapi berlainan situasi. Aku? perghhh puas jugaklah kena tipu kena curang kena kelentong. Berhati-hatilah kalau pasangan korang lain macam, itu tak boleh ini tak boleh. Ada sesuatu la tu hehe. Tapi, biarlah bersangka baik. Jangan diikut sangat perasaan dan emosi yg tak tentu pasal. Macam kes si Dian (IAD), kesian sebab kena tipu dengan Azad. Alasan? Sebab rasa sunyi berjauhan sebab tu pasang perempuan lain lagi di kampus tempat dia belajar. Alasan paling worst dan bodoh yg keluar dari mulut seorang lelaki yg gentleman haha.

Sebab tu la org tua selalu larang, jangan bercinta masa bangku sekolah. Dah habis SPM, masing-masing sambung belajar dan kita tak tau lagi masa depan macam mana. Kita tak tau lagi tahap kesetiaan kita macam mana. Ada juga pasangan yang berkawan dari bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin. Tapi tak banyak, tapi ada. Semua tu terpulang dengan diri masing-masing macam mana cara kamu mencorakkan hubungan dengan pasangan.

Kalau rasa diri anda belum betul-betul bersedia dengan hubungan yg lebih serius, jangan sesekali cuba untuk mendekati hati seseorang. Jaga hati diri sendiri dan jaga hati orang lain jugak. Hidup kita ni umpama roda tau, hari ini kamu tipu pasangan anda, esok lusa giliran kamu pulak terkena akibat perbuatan kamu sendiri. Serius, memang akan jadi. Tak percaya? Cuba cek diri masing-masing. Kenapa hal tu berlaku terhadap diri kamu? Cuba renung kembali masa sebelumnya, apa yg pernah kamu buat tak kira terhadap pasangan anda yg sekarang atau sebelumnya atau org lain.

Pengalaman aku? Banyak. Berbalas kata sesama perempuan sebab lelaki? Pernah juga. Awek tu siap ketawakan aku lagi sebab kena tipu dengan pakwe sendiri. Wahh agak bangga jugalah perempuan tu, tapi aku tak kisah. Aku hanya doakan kebahagiaan org-org yg mentertawakan aku tu. Masa tu umur masih 'bodoh-bodoh'. Kena tipu mentah-mentah dengan lelaki, tersalah mesej, konon member pinjam handphone dia nak SMS awek, tapi tersalah sent kat aku. Pun aku percaya jugak. Padahal, diduakan. What a stupid girl? Tapi itulah bak kata Beto, ''Bodoh ke? Org bodoh tak bergantung dengan org lain kalau ada masalah, Tapi siapa yg tak pernah kena tipu? Mak saya pun pernah kena tipu ngan saya masa saya ponteng sekolah dulu, tapi tak bermaksud mak saya bodoh. Cuma kita senang nak percaya dgn kejujuran org, lagi-lagi dgn org yg kita sayang".
Kamu putus cinta? Patah hati? Kecewa? Bercerai? Ingat pesanan Farah Lee :
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk
meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’
 
Sekarang? Masing-masing dengan kehidupan bahagia sendiri. Paling penting, aku tak nak langsung berhubungan dengan bekas-bekas, ehhh ayat jahat tak senonoh. Bukan bekas, okey. Teman rapat yang pernah wujud dlm masa silam yg lepas. Mereka banyak mengajar aku erti kehidupan. Kalau tak, takkan pernah tahu rasa ditipu, disakiti, dilukai, dikutuk, dihina, ditertawa, diumpat, dan sebagainya. Terima kasih kamu semua kerna pernah mewarnai kehidupan aku suatu ketika dulu. Kamu memang comel haha.

Alhamdulillah, bersyukur dengan segala ketentuan dan takdir dari Allah Taala. Seeloknya, kamu yg masih belum pernah terjerumus dgn benda-benda camni, cuba elakkan. Bercinta selepas nikah, kan lagi sweet macam Farah Lee & Ally Iskandar, Dena Bahrin & Suami. Serius, love story adik Dena Bahrin sangat sweet. Emm, tapi kalau dah terlanjur bercinta tu, takpa, janganlah bagi putus pulak tanpa sebab melainkan hubungan tu hanya menyebabkan kamu dan pasangan jauh dan lalai dariNYA. Bak kata org Sabah, 'Jangan dikasi lama'. Kalau cukup syarat dah, nikahlah yaa. Ingat, kalau dicurangi, jangan frust menonggeng, sebab ada lagi yg TERBAIK utk kamu di luar sana (^__^)

TAG: PATAH HATI, KECEWA, PUTUS CINTA, CURANG, TIPU CINTA, DENA BAHRIN, FARAH LEE, ALLY ISKANDAR, ISTANBUL AKU DATANG, TIPS PUTUS CINTA

MUST READ:

Comments

Myra Jay said…
Yann, akak pun bercinta lepas kawen jugak.. hehee(nak juga selit)

Betul tu, sebolehnya tak perlu berhubung dengan 'kisah cinta lama' berdepan dengan kisah cinta sekarang kerana itu lebih bahagia :D
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
akak pun?? wahhh syoknya, tahniahla kak :) yaa kak..tu prinsip sy..bkn sombong atau busuk hati, tp utk kebaikan masing2 ba kan kak :)
kalau leh nak nikah skg..hihi..gatal tak? lalalal.
zila manaf said…
ececehhh tula nk nk becinta lepas kawen jelah target 28 tahun wuaaa...entahlah url tu problem je..tatau nak buat cane. tu yg nk try dot my hehehehe
faridah nazurah said…
hee sy tgh bercinta, dan harap2 lepas kawen pun kitaorang bercinta lg .. hehe
Dunia Wilma said…
Suka entri nie...
Wilma pun sudah pernah rasa putus cinta, dikecewakan, ditipu bulat-bulat, etc tapi itu semua lumrah kehidupan kan ^_^ Life goes on ^_^
dhiera said…
kita pun pernah dikecewakan dan diputuskan jugak. rasa membazir betul masa tu.
alhamdulillah, sekarang mempunyai suami sangat memahami.
wahida said…
istanbul aku dtg tu best kan? heheh....


bercinta selepas nikah mmg sweet...tapi tak pernah rasa...haha...
Wak Gelas™ said…
sonoknyer bercinta tuuuu.. ammvoiii
J.Syazwana said…
kalau kite mesti tak boleh bercinta lepas nikah sebab kite panas baran. kene carik lelaki yg betol2 penyabar. huhuhu.

takpe belajar lagi mensabarkan diri. hihihi.
Hanie Dew said…
aku dah tgk kat wayang,siap donlod lagi movie ni nak tgk byk kali.cute gilerrrr sume bende dlm tu..

err..putus cinta?? alhamdulillah, aku kawin dengan orang yang aku becinta selama 5 tahun.. (^__^)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …