Skip to main content

APAM POLKADOT APAM ANGRY BIRD APAM LADYBIRD APAM STRAWBERI APAM COMEL

Salam my readers,
Apa program korang cuti-cuti Malaysia ni? hehe. Saya hari-hari cuti. Adoiii. Bosan-bosan di rumah, mencuba nasib buat apam. Yerderhhh, bukanlah masterchef sangat tapi sekadar suka-suka hehe. Mula-mula buat apam ni, memang tak jadi. Gambar 1st dan 2nd ni, tolong ukir ja tu, sepupu yang buat adunan. Dua kali kitorg buat, jadi tu memang jadi tapi bila dah kukus, jadi apam senyum merekah haha.

Orang puteh cakap, "Practice make perferct" maaa. Kemarin tengah hari, duduk sorang-sorang di dapur mengerjakan adunan haha. Budak-budak dilarang masuk ke dapur, semua duduk diam2 di dalam ya. Tak best kalau buat kerja camni dikacau oleh budak-budak. Nanti apam jadi apam balek haha. Akhirnya menjadi juga apam kukus ku, oyeahhhh haha mestilah excited ! Kau buat sendiri dan benda tu menjadi, memanglah gumbira walau nampak simple tapi boleh tahan juga penatnya. Kebetulan ada sorang member ni konon nak order 20 biji, aisehhh mintak puji ya haha. Sebab tu la buat apam tu. Nasib baek menjadi bulat :D

Tadaaaa...dah siap !! Selamat mencuba ya kawan-kawan. (^__^)

Resepi Apam Polkadot/Ladybird/Angrybird Kukus

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling coklat (ikut citarasa)

Cara-caranya:
  1. Masuk telur + gula + ovallete ke dlm bekas mixer dan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian, dah kembang adunan tadi, masukkan susu + tepung + baking powder + esen vaniilla, pukul sampai kembang.
  3. Bahagikan adunan dan masukkan pewarna ikut kesukaan masing2.
  4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, corakkan ikut citarasa korang (Boleh belajar cara lukis di entri Cik Tom :Cara Nak Lukis Resepi Apam Polkadot Versi Ladybird
  5. Akhir sekali, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
  6. Siap !!
*Tips: Kenapa apam jadi keras bila dah sejuk? tadi search2 kat google tejumpa tips apam tak keras di blog MamaMimi, "Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati "

Belajar Resepi Apam Polkadot Kukus Comel dan Sedap ni dari blog Cik Tom, suka2 hehe. Sila baca entri resepi tersebut sebab banyak tips-tips boleh belajar dari entri tu. Kenapa apam merekah? Kenapa apam keras? Kenapa apam bentat? Kenapa apam mengecut? Kenapa? Kenapa? Semua persoalan tu jawapannya ada dalam entri Cik Tom, rajin2 baca komen2 kat bawah entri tu kalau nak belajar :)

TAG: RESEPI APAM POLKADOT, APAM ANGRY BIRD, APAM LADY BIRD, TIPS APAM GEBU, KENAPA APAM KERAS, APAM COMEL, CARA LUKIS APAM, CARA KUKUS APAM

Comments

itmeMawarPutih said…
Warh, comeynyer. Boleh cuba jgk nie.
J.Syazwana said…
omey sangat !!
hehehe
AmirFX said…
Nyaman jak upa.. Antar ngn kmk ctok ckit.. :p
miri4ever.net said…
salam kenal...
cutenyer ekk...
tentu sedap...

As Salam…
Saya adalah salah seorang bloger yang menyertai contest “iPhone 5 gadget impian”

Harap rakan2 sudilah klik G+1 di entri “iPhone 5 gadget impian” saya.

http://miri4evernet.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_6.html

Sokongan dari rakan2 semua amat saya hargai…
Terima kasih…
Nurhayati Mohd said…
rajin dan kreatif pasti menjadi..tak gitu? ;-)
[sutera kasih] said…
@Nurhayati Mohd:
betul2, asalkan rajin ja hehe
fauzana zaini said…
as'salam,kenapa saya buat tak menjadi??apam tue menjadi keras??kurang apa ye disitu..harap dpt membantu,tq :)
fauzana zaini said…
as'salam,kenapa ye saya buat xmenjadi??apam menjadi keras??apa yg kurang ye?? harap dpt membantu :) tq
fauzana zaini said…
as'salam,kenapa saya buat x menjadi??apam menjadi keras??tepung kurang menaik pulak tue?apa yg kurang ye??harap dpt membantu?? tq
[sutera kasih] said…
W'salam, maaf lambat reply, jd keras? mgkin ovalette awk sikit, erm, mksud awk keras tu time lepas msk atau dh sejuk?

kalau tepung x naik, mgkin time kukus tu, air peluh d penutup tu terkena ats permukaan apam..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …