Skip to main content

SEDAPNYA BERHUTANG LIATNYA NAK BAYAR

Salam my readers,
Dah bayar hutang? Ohhh..baguslah kalau tiada hutang hehe. Memang tak bagus pun berhutang ni sebab akan menyusahkan diri sendiri. Betul lah, cuba kamu tak berhutang, konfem hidup tenang dan bahagia. Nak tidur malam pun senang jak macam nobita pantang jumpa bantal. Haishh tak tenang ni sebab hutang ngan mak lagi ni, belum bayar haha. See, tak tenang kan?
"Memberi hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang." (Islamdigest)
Sebenarnya, tak salah pun berhutang. Kalau keadaan dah terdesak, terpaksalah berhutang. Tapi janganlah berhutang dengan along (Pemiutang tidak berlesen), kelak buruk padahnya. Kalau kamu mampu lagi nak beli atau dapatkan sesuatu, seeloknya cuba elakkan daripada berhutang. Contohnya, kalau kamu dah dalam kedai di kaunter dah ni nak bayar, bila cek poket, dompet tiada. Ohh tertinggal di rumah, kebetulan ada kawan di belakang, bolehlah pinjam sekejap. TAPI, make sure sampai ja rumah teruslah bayar. Tapi, ada jenis orang ni, suka bertangguh nak bayar. Liat sangat. Rasa berat tangan tu nak keluarkan duit padahal barang yg dibeli barang sendiri. Pelik, kan? Pernah kena tak?

Kebiasaannya, memang wujud pun golongan-golongan sedemikian rupa. Lagi satu jenis golongan, perlu duit sangat2 sebab nak kena selesaikan satu masalah. Okey, pinjamlah ni wang dengan member. Tapi, bila dah ada duit lebih, tak reti nak bayar semula duit member yg dipinjam tu. Buat-buat lupa pulak tu. Org Sabah bilang, trep-trep ndak bedusa. (Konon-konon tidak bersalah). Memang bengang hidup kalau jumpa golongan yg agak bangang camtu. Kan?
"Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan. Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan. Orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman" (Islam Digest)
Lagi satu situasi, contoh jak ni ya. Kita ambil situasi masa kat asrama zaman belajar. Cukup bulan dah ni, memang kena membeli belah untuk keperluan. Yang membengangkan, roomate kau ni suka suki pinjam barang2 yg kau baru beli, baru beli tuuu. Tak kiralah, sabun mandi ka sabun cuci ka maggi ka apa-apa ja la. Dengan slumber ehh, "Pinjam dulu tau, nanti aku ganti". Haaaa kau tunggulah kucing bertanduk kalau hutang kau tu dibayar. Dah namanya roomate, tak sampai hati nak tagih2 or minta diganti, kan? Lagi-lagi, kalau dalam keluarga kau sendiri. Betul tak?

Tapi tu lah namanya manusia, bila kau tagih, orang akan cakap kau kedekut taik idung masin, berkira sangat, gila duit, lokek la apala. Tapi hakikatnya, memang macam tu pun. Kalau dah berhutang mestilah bayar pun. Kalau si penghutang lupa tentang hutang, si pemiutang tu boleh ingatkan. Tak salah pun. Tapi tu la, nanti org cakap kedekut pulak. Melainkan penghutang tu memang benar-benar susah, terpulanglah kepada pemiutang nak selesaikan macam mana.
"Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan selesa di dunia dan di akhirat kelak" (Islam Digest)
Nota Kaki: Didik diri untuk tidak suka berhutang walau seposen seringgit..bila diri dah biasa berhutang, lama-kelamaan akan jadi kebiasaan (habit) dan silap2 sampai satu tahap, menganggap hak milik orang jadi hak milik diri sendiri sebab beranggapan "nanti saja bayar hutang tu"..lama2 TERlupa, sampai perlu org nak tagih & ingatkan. Bila ditagih, timbul pulak kejahatan & akan anggap org tu kedekut dan berkira. Padahal diri sendiri yg nak berhutang, wajarlah ditagih dan bayar semula. Syukurlah ditagih sebab meringankan beban diri sendiri jugak. Ehemm, saya ada hutang dengan awak tak? Tolong ingatkan kalau ada, okey? Kecuali PTPTN, yaa saya sangat ingatkan kamu !

Nota hati: Post ni tiada kaitan langsung dengan my customer, jangan pulak nanti ada yg salah faham pulak. Mampus gue hehe Sebab konteks entri ni dari aspek lain, bukan aspek urusan jual beli hihi.

Kamus Comel: Penghutang maksudnya Orang yang meminjam. Pemiutang maksudnya Orang @ Institut yang memberi pinjaman.

TAG: HUTANG, KISAH HUTANG, RISIKO BERHUTANG, PENGHUTANG, PEMIUTANG

Comments

ciK LyndaWawa said…
ku mencintaimu. lebih dari apapun.......hehhee
puteri kasih said…
sebolehnya memang kena elak dari sifat suka berhutang
zila manaf said…
ohh ptptn...ilove yuuuuuuuu ;p
zila manaf said…
wahhh tukar layout yee
Myra Jay said…
Perkara kecil boleh kita elakkan untuk berhutang, perkara besar macam kereta, rumah mahupun study sukar elak dari berhutang....

TQ Yan, sama2 kita ingatkan :D
Ash Give said…
aku selalu tanyak kawan kawan ku macam ni "Eh aku ada utng tak dgn korang?"

utang utang ni paling aku x suka.. PTPTN pun aku bayar bagai nak rak..huhuhu..

bayar takat tidak black list je ni..
Zura Zue said…
akak plg risau bab2 hutang nie..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …